Rabu, 29 Februari 2012

Jumaat, 3 Februari 2012

SENARAI PROJEK DI HANG TUAH JAYA....

1. Projek Bayou Lagoon Park Resort.... 

( Penginapan Resrort )




4. Projek LTAM Telah Berjaya....... 

( Pegangkutan Udara )






9. Projek Planetarium Melaka Telah Siap....... 

( Pendidikan & Pelancongan )






14. majlis pecah tanah Honda......

( Industeri )


15. Projek McDonald's Di MITC Sudah Siap....

( Makanan )


SENARAI PROJEK DI MELAKA TEGAH....

1. Projek The Straits Residence..... 
( Peginapan Hotel )

2. projek CIQ Melaka hampir siap 90% ........ 

( Pegangkutan Laut )

3. Projek CIQ Melaka Sudah Siap.... 

( Pegangkutan Laut )

4. Cadangan Projek Parkson Festival Mall - Pulau Melaka, Melaka... 

( Pusat Beli Belah )

5. Projek UTC Melaka Telah Siap...... 

( Pentakbiran )

6. Jambatan Panglima Awang Di Buka 1 Jun 2012.... 

( Pelancongan )

7. projek Sungai melaka Fasa 1 telah siap....... 

( Pelancongan )

8. majlis pecah tanah projek sungai melaka fasa 2 

( Pelancongan )

9. projek perkampungan hang tuah melaka............ 

( Pelancongan )

10. projek perkampungan hang tuah melaka dalam pembinaan...... 

( Pelancongan )

11. projek arab city melaka hampir siap ....... 

( Pusat Beli Belah & Pelancongan )

12. wildlife Theatre Melaka Sudah Operasi...... 

( Pelancongan )

13. Projek Malaysia Eye Melaka kini dalam pembinaan...... 

( Pelancongan )

14. Melaka Alive Bahtera Merdeka Akan Mula Dibuka Pada September Ini. 

( Pelancongan )

15. cadangan Projek Rio Terraco Melaka....... 

( Peginapan Hotel )

16. Projek Dataran Pahlawan Melaka Megamall telah siap...... 

( Pusat Beli Belah )

17. Projek Menara Taning Sari Melaka Telah Siap...... 

( Pelancongan )

18. Casa Del Rio Melaka Sudah Siap....... 

( Peginapan Hotel )

19. Projek Terminal Bas Melaka Sentral Telah Siap Pada 2004.... 

( Pegangkutan Darat )

20.Projek Masjid Selat Di Pulau Melaka telah siap pada 2006...... 

( Pelancongan )

21. projek jaya99 sudah siap 2010......... 

( Peginapan )

22. projek hatten square sudah siap...... 

( Pusat Beli Belah )

23. The Heritage Melaka dalam pembinaan......... 

( Peginapan Hotel )

24. projek kerjaya hotel dalam pembinaan........ 

( Peginapan Hotel )

25. hard rock cafe melaka dalam pembinaan ......... 

( Cafe )

26. hatten city melaka dalam pembinaan........ 

( Pusat Beli Belah )

27. Cadangan Projek Naik Taraf Studium Hang Tuah Melaka....
( Sukan )

SENARAI PROJEK DI ALOR GAJAH....

1. Projek Masjid Cina Di Klebang Kecil,Melaka.... 
( Kemudahan Awam & pelancogan )

2. Projek Asrama Penempatan pekarja Asing.... 

( Kemudahan Awam )

3. Projek Alor Gajah Sentral Telah Siap..... 

( Pegangkutan Bas & Kemudahan Awam )

4. Projek Naik Taraf 40 Bas Buruk Jadi Restoran Dan Chalet Di Melaka..........

( Pelancongan & Penginapan )

5. Projek Swan Garden Hotel Melaka Dalam Pembinaan.....

(Penginapan )

6. Cadangan Projek Tropika Beach Resort Melaka...... 

( Penginapan )

7. Cadangan bina jambatan Melaka-Dumai akan diteruskan 

( Kemudahan Awam )

8. Cadangan projek pelancongan hawaii melaka......

( Pelancongan )

9. Projek Akademi Teknologi Hijau & Restoran Hijau Dibina di Melaka 

(Pentakbiran )

10. projek muzium kapal selam di kompleks pelancongan klebang melaka ......

( Pelancongan )

11Projek RTC Melaka Telah Siap.....
( Pentakbiran )

12. Majlis Pelancaran Projek RTC Melaka....
( Pentakbiran )

SENARAI PROJEK PELANCONGAN....

1. rancangan projek di pulau melaka..........
( Rangka Projek )

2. Melaka Alive Projek Sudah Siap Akan Dibuka..... 
( Pelancongan )

3. Projek Naik Taraf 40 Bas Buruk Jadi Restoran Dan Chalet Di Melaka.......... 

( Pelancongan & Peginapan )

4. Projek Philea Resrort & Spa Melaka Telah Siap....

( Pelancongan & Peginapan )

5. Cadangan Projek Taman Tema Ala-Disneyland Di Melaka...

( Pelancongan )

6. projek Sungai melaka Fasa 1 telah siap.......

( Pelancongan )

7. majlis pecah tanah projek sungai melaka fasa 2

( Pelancongan )

8. Projek Sungai Melaka Fasa 2........

( Pelancongan )

9. projek arab city melaka hampir siap ....... 

( Pelancongan & Pusat Beli Belah )

10. projek perkampungan hang tuah melaka............

( Pelancongan )

11. projek perkampungan hang tuah melaka dalam pembinaan......

( Pelancongan )

12. Cadangan Projek Malaysia Eye Melaka.....

( Pelancongan )

13. Projek Malaysia Eye Melaka kini dalam pembinaan......

( Pelancongan )

14. Melaka Alive Bahtera Merdeka Akan Mula Dibuka Pada September Ini.

( Pelancongan )

15. Projek Melaka Alive Bahtera Merdeka 5D dalam pembinaan.....

( Pelancongan )

16. Projek Menara Taning Sari Melaka Telah Siap......

( Pelancongan )

17. Projek Dataran Pahlawan Melaka Megamall telah siap......

( Pelancongan & Pusat Beli Belah )

18. Casa Del Rio Melaka Sudah Siap.......

( Pelancongan & Peginapan )

19. Projek Masjid Selat Di Pulau Melaka telah siap pada 2006......
( Pelancongan & Kemudahan Awan )

20. Cadangan projek pelancongan hawaii melaka......
( Pelancongan )

21. projek Trem Melaka........

( Pelancongan & Pegangkutan Trem )

22. projek taman burung terbesar asia di melaka.......

( Pelancongan )

23. Projek Taman Tema Air Melaka Wonderland sudah siap......

( Pelancongan )

24. wildlife Theatre Melaka Sudah Operasi......

( Pelancongan )

25. monorail melaka fasa 1 sudah siap 2010......

( Pelancongan & Pegangkutan Rail )

26. hard rock cafe melaka dalam pembinaan .........

( Cafe )

27. projek muzium kapal selam di kompleks pelancongan klebang melaka ......

( Pelancongan )


SENARAI PROJEK PEGANGKUTAN AWAM....

1. bas melaka berwajah baru......
Pegangkutan Bas )

2. Projek Memajukan Sistem Bas Panorama Melaka.....

Pegangkutan Bas )

3. Projek Terminal Bas Melaka Sentral Telah Siap Pada 2004....

Pegangkutan Bas )

4. Projek Alor Gajah Sentral Telah Siap.....

Pegangkutan Bas )

5. Projek Hatten Terminal Pahlawan,Melaka.....

Pegangkutan Bas )


6. projek naik taraf stesen bas jasin......
Pegangkutan Bas )

7. projek CIQ Melaka hampir siap 90% ........
Pegangkutan Laut )

8Projek CIQ Melaka Sudah Siap....

Pegangkutan Laut )

9. projek Trem Melaka........

Pegangkutan Trem )

10. cadangan projek Aerorail di melaka........ 

Pegangkutan Rail )

11. monorail melaka fasa 1 sudah siap 2010......

Pegangkutan Rail )

12. projek monorail sungai melaka fasa 2

Pegangkutan Rail )

13. projek pemanjangan landasan Lapangan Terbang Batu Berendam (LTBB).

Pegangkutan Udara )

14. Projek LTAM Telah Berjaya.......

Pegangkutan Udara )

15. Projek Melaka Kad....

( kemudahan Pegangkutan )

16. Projek Terminel Kapal Mewah Di Melaka...
( Pegangkutan Laut )


SENARAI PROJEK DI JASIN....

1. projek naik taraf stesen bas jasin...... 
( Pegangkutan Bas )

Rabu, 1 Februari 2012

Hang Tuah Jaya...



Selamat Datang ke Daerah Hang Tuah Jaya
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
"Bandaraya Pintar"



Mari menatang si buah seraya,
Seraya dimakan si cenderawasih;
Selamat datang ke Hang Tuah Jaya,
Bandaraya pintar, cantik dan bersih.

Sejarah Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

Hang Tuah Jaya merupakan pusat pentadbiran baru bagi kerajaan negeri Melaka. Hang Tuah Jaya meliputi kawasan seluas 35733.04 ekar, merupakan sebahagian daripada 3 daerah iaitu Melaka Tengah dengan 22601.03 ekar, Alor Gajah (12396.41 ekar) dan Jasin (28532.01 ekar).


Di sini terdapat pelbagai pejabat kerajaan, kawasan perdagangan, pusat konvensyen, kawasan rekreasi, terminal pengangkutan, pendidikan serta tempat tumpuan pelancongan. Hang Tuah Jaya dibahagikan kepada beberapa zon iaitu:

Zon Pentadbiran
Zon R&D dan Hub Pendidikan
Zon Perdagangan
Zon Enterprise
Zon Airport City
Zon Perlancongan
Cyber City

Antara tempat-tempat utama yang terdapat di sini ialah:

Ayer Keroh
Seri Negeri yang menempatkan pejabat Ketua Menteri
Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), tempat berlangsungnya pelbagai konvensyen, seminar dan pameran.
Zoo Melaka
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Masjid al-Alami MITC
Taman Buaya Melaka
Taman Mini Malaysia
Taman Mini Asean
Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam (LTAM)
Planetarium Melaka, planetarium kedua di Melaka
Muzium Orang Asli
Muzium Lebah Sedunia

Perbadanan Hang Tuah Jaya (PHTJ) telah ditubuhkan bermula pada 1 Jun 2005 melalui kuatkuasa Enakmen PHTJ yang telah diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka pada 11 Mei 2005. Pengerusi Perbadanan Hang Tuah Jaya ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam manakala Timbalan Pengerusinya ialah Datuk Wira Ismail Saleh yang merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Majlis Pembandaran Hang Tuah Jaya telah ditubuhkan pada 1 Januari 2010 .

Latar Belakang MPHTJ

Kawasan Pentadbiran Majlis Perbadanan Hang Tuah Jaya (MPHTJ) pada asalnya merupakan kawasan pentadbiran Perbadanan Hang Tuah Jaya (PHTJ) yang telah diwartakan didalam Warta Kerajaan No. 44 bil.PUN(M)353/46/77 bertarikh 19 Januari 2006.

Berdasarkan peruntukan Seksyen 4 Akta Kerajaan Tempatan 1976(Akta 171), Kawasan Hang Tuah Jaya akan diwartakan semula sebagai kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi mengantikan warta asal sebagai kawasan Perbadanan. Pintu Masuk MPHTJ ialah melalui Plaza Tol Ayer Keroh yang terletak dalam kawasan Alor Gajah yang merupakan antara plaza tol terkenal di negara ini. Sebaik sahaja pelancong memasuki plaza tol itu, mereka disajikan dengan kawasan pelancongan yang menarik disekitar Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC.) Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) berkeluasan 144.6 km persegi (35,733.04 ekar) merangkumi tiga daerah iaitu sebahagian daerah Melaka Tengah, sebahagian daerah Alor Gajah dan sebahagian daerah Jasin.

Kawasan Pentadbiran ini mengandungi Sembilan Mukim seperti yang dinyatakan dibawah:

Enam (6) di Daerah Melaka Tengah
Sebahagian Mukim Batu Berendam
Sebahagian Mukim Bukit Baru
Sebahagian Mukim Bukit Katil
Sebahagian Mukim Bachang
Sebahagian Mukim Peringgit
Sebahagian Mukim Ayer Molek

Satu (1) di Daerah Alor Gajah
Sebahagian Mukim Durian Tunggal

Dua (2) di Daerah Jasin
Sebahagian Mukim Ayer Panas
Sebahagian Mukim Kesang

Objektif

Membangunkan Hang Tuah Jaya sebagai pusat ICT dan Multimedia secara bersepadu sebagai pengerak kehidupan.
Merancang dan membangunkan zon kediaman yang selesa dan lengkap dengan Infrastruktur sosial dan memenuhi segala prinsip pembangunan Bandar Mampan.
Merancang dan Menyediakan persekitaran pekerjaan yang selamat dan kondusif serta mengalakkan penjanaan peluang pekerjaan yang luas dan berkualiti.
Merancang dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang holistic menerusi pembangunan hub pendidikan dan institusi-institusi pendidikan tinggi.
Merancang dan menyediakan kawasan rekreasi dan landskap berkualiti sesuai dengan Imej MPHTJ sebagai Bandaraya Pintar.

Visi        

Menjadikan Hang Tuah Jaya Bandaraya Pintar bertaraf dunia berkonsepkan Teknologi Hijau

Misi       

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya peneraju perkhidmatan dan pembangunan bertaraf dunia

Dasar Kualiti Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

Mengutamakan kepuasan pelanggan serta komited untuk memenuhi keperluan Sistem Pengurusan Kualiti, akta, undang-undang, peraturan dan dasar yang telah ditetapkan.
Sentiasa berusaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan cemerlang selaras dengan slogan nasional rakyat didahulukan pencapaian di utamakan.
Membuat kajian semula terhadap keberkesanan dasar dan objektif kualiti dari semasa ke semasa.

Logo



Bunga Rasmi

Sepit Udang

Nama Tempatan : Sepit Udang, Mempisang, Bird of Paradise
Nama Saintifik : Helicornia


Tempat-Tempat Menarik dan Tarikan Pelancongan Daerah Hang Tuah Jaya

1. Planetarium Melaka
2. Rumah Batik Melaka
3. Pusat Bowling Antarabangsa Melaka, MIBC
4. Zoo Melaka
5. Taman Buaya
6. Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, MITC
7. Bandar MITC
8. Kompleks Seri Negeri
9. Taman Seribu Bunga
10. Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka
11. Masjid al-Alami
12. Taman Mini Malaysia dan ASEAN
13. Kota Fesyen
14. Muzium Orang Asli
15. Taman Botani
16. Melaka Wonderland
17. Muzium Lebah Sedunia
18. Kampung Buku
19. Litar Permortoran Antarabangsa Melaka, MIMC
20. Gerbang Melaka (Melaka Arches)
21. Dataran Sejarah
22. Muzium Pengangkutan

Jasin...

Bandar Jasin...


Selamat Datang ke Daerah Jasin
Daerah Lestari Bandar Bestari



Ikan kitang si ikan masin,

Ikan merah kami hidangkan;

Selamat datang ke Daerah Jasin,

Permaidani merah kami bentangkan.


Sejarah MPJ

Sejarah Majlis Perbandaran Jasin bermula pada 1959 sebagai Majlis Daerah Luar Bandar Jasin (Jasin Rural District Council). Kemudian dengan berkuatkuasanya undang-undang Akta Kerajaan Tempatan 1976, seperti mana juga dengan penguasa-penguasa tempatan yang lain, Majlis Daerah Luar Bandar Jasin telah diberi pengiktirafan sebagai Majlis Daerah Jasin mulai 1 Julai 1978. Pada 1 Januari 2007 ia telah dinaiktaraf menjadi Majlis Perbandaran Jasin.

Bangunan Majlis Perbandaran Jasin telah dibina pada 12 Mei 1937 oleh Persatuan India Jasin semasa pemerintahan Raja George VI. Pada zaman dahulu, bangunan ini dijadikan sebagai pusat pentadbiran daerah Inggeris. Seterusnya pada tahun 1959, apabila Majlis Daerah Luar Bandar Jasin ditubuhkan, banguanan ini menjadi pusat pentadbiran Majlis, dan ia berkekalan sehingga kini.

 Misi

Menjadikan Daerah Jasin sebagai sebuah Perbandaran Dinamik yang mengutamakan pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020.

Visi

Komited untuk memberikan perkhidmatan perbandaran yang terbaik, berkualiti, telus dan cekap melalui penggembelingan tenaga dan sumber secara optimum.

Objektif

Menjadikan Jasin sebuah daerah yang maju.
Dengan meningkatkan pertumbuhan pembangunan melalui perindustrian dan pelancongan.
Memberikan kehidupan yang harmoni, persekitaran bersih dan indah.
Mempunyai infrastruktur terbaik dengan penekanan kepada teknologi informasi, rekreasi dan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti, untuk menjamin kesejahteraan dan kesempurnaan hidup berasaskan wawasan negara.

Bunga Rasmi

Alamanda 




Alamanda berbunga kuning, Mudah ditanam senang dijaga, Bunga rasmi Daerah Jasin, Menambah seri alam semesta.

Bunga Alamanda kuning atau nama saintifiknya Allamanda cathartica L, merupakan daripada keluarga APOCYNACEAE yang dipercayai berasal daripada Brazil.
Pokok dari jenis renek ini mempunyai bunga di hujung tangkai dan berbentuk corong seperti cawan.

Nama lain bagi pokok ini ialah Small Leaved Butter Cup.


Deskripsi Logo

Logo MPJ



Huruf M dan P bermaksud Majlis Perbandaran serta melambangkan visi Majlis Perbandaran Jasin.

Huruf J mewakili bandar Jasin serta misi Majlis Perbandaran Jasin.


Bunga alamanda merupakan bunga rasmi Bandar Jasin. Ia juga melambangkan objektif utama Majlis Perbandaran Jasin.


Lima garisan ini melambangkan lima fungsi utama Majlis Perbandaran Jasin.

Warna Kuning Bermaksud wargakerja MPJ sentiasa meningkatkan produktiviti dan kualiti.

 Warna Ungu Merupakan warna koprat MPJ yang melambangkan keberanian dan kebijaksanaan dalam melaksanakan tanggungjawab.



Warna Merah Memberi gambaran MPJ sebagai sebuah organisasi yang mantap dan bertoleransi.

  
Warna Putih Menunjukkan MPJ melaksanakan tugas dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab.

Lagu Rasmi

Majlis Perbandaran Jasin
Khidmat Bakti Untuk Semua
Alamanda Bunga Rasmi
Lambang Sejahtera, Jasin Di Hati
Urusan Cepat Berkesan
Layanan Mesra dengan Senyuman
Khidmat Ikhlas Yang Di Beri
Berkat Restu Illahi
Dibawah Yang Dipertua
Jasin Maju Jaya
Kita Bekerjasama
Menuju Arah Wawasan
Kebersihan Bandar Kita
Tanggungjawab Bersama
Kemakmuran Hidup Tercipta
Majlis Perbandaran Jasin
Majlis Kita Semua
Kemakmuran Keindahan
Wawasan Kita Semua


Daerah Jasin


Daerah Jasin merupakan daerah terbesar (41.47%), diikuti Daerah Alor Gajah (40.48%) dan Daerah Melaka Tengah (18.05%). Luas keseluruhan Daerah Jasin ialah 67,799 hektar (678 km persegi). Kawasan yang bersempadan dengan Daerah Jasin ialah Daerah Melaka Tengah (di bahagian selatan), Daerah Alor Gajah (di bahagian barat), Daerah Muar, Johor (di bahagian timur) dan Daerah Tampin, Negeri Sembilan (di bahagian utara). Daerah Jasin dibahagikan kepada 20 mukim.

Hampir 75% bentuk mukabumi di Daerah Jasin adalah landai kerana berada di bawah ketinggian 50 meter dan sesuai untuk aktiviti pertanian. Terdapat sebuah empangan di Mukim Jus iaitu Empangan Jus yang membekalkan air kepada penduduk daerah dan sekitar. Pembangunan di Daerah Jasin lebih tertumpu di Bandar Jasin, Pekan Merlimau dan Pekan Selandar yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran daerah, pusat perdagangan dan pusat perindustrian.

Mukim-mukim Daerah Jasin

1. Nyalas
2. Ayer Panas
3. Selandar
4. Jasin
5. Merlimau
6. Kesang
7. Rim
8. Batang Melaka
9. Chabau
10. Chin Chin
11.Sungai Rambai
12. Sebatu
13. Serkam
14. Semujuk
15. Bukit Senggeh
16. Umbai
17. Jus
18. Chohong
19. Sempang
20. Tedong


Tempat-Tempat Tarikan Pelancongan, Rekreasi, Budaya, Semulajadi dan Bersejarah Daerah Jasin

1. Agrotourism Homestay Parit Pnghulu, Sungai Rambai
2. Pusat Rekreasi Sungai Rambai
3. Rumah Tradisional Melayu Sungai Rambai
4. Rumah Penghulu Natar Merlimau
5. Perigi Portugis Merlimau
6. Makam Tun Teja, Kampung Sempang
7. Makam Datuk Senara Jasin
8. Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai Baru
9. Medan Ikan Bakar Serkam
10. Serkam Halal Hub
11. Muzium Pertanian Jasin
12. Pusat Rekreasi Bukit Langsat
13. Hutan Rekreasi Bukit Batu Lebah
14. Dataran Jasin
15. Jeti Anjung Batu
16. Medan Ikan Bakar Anjung Batu
17. Air Panas Bemban
18. Chalet Agrotourism Kampung Tehel
19. Orna Golf and Country Club, Gapam





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...