Jumaat, 1 Jun 2012

Projek Mahkamah Syariah Beroperasi September ini.......


Gambar Pelan Projek Mahkamah Syariah Melaka...........


Gambar Semasa Majlis Pecah Tanah Projek Mahkamah Syariah Melaka......


Majlis Perasmian Pecah Tanah Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka

Pada 15 Jun 2010, jam 3.00 petang Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) telah mengadakan Majlis Perasmian Pecah Tanah Kompleks Mahkamah Syariah Ibu Pejabat bertempat di Tapak Projek bersebelahan Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Ayer Keroh, Melaka.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Rashid Redza Md Salleh, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Ghazale, Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Ketua-ketua Jabatan Perseketuan dan Negeri, peguam-peguam, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)  dan kakitangan MSNM. 

Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata projek Kerajaan Persekutuan (peruntukan RMK-9) di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ini dijangka siap pada tahun 2012 di mana kompleks MSNM ini menelan belanja RM 34 juta dan pembinaannya merupakan satu agenda yang selari dengan tuntutan serta keperluan melaksanakan undang-undang pentadbiran Islam di negeri ini.
Kompleks MSNM yang bercirikan senibina Islam dan digabungkan dengan nilai-nilai tradisi tempatan yang kontemporari ini terdiri daripada sebuah Mahkamah Rayuan, dua Mahkamah Tinggi dan tiga Mahkamah Rendah serta lain-lain kemudahan seperti Pusat Jagaan (nursery), Lokap Tahanan, Perpustakaan dan Kafeteria.

YAB Datuk Seri Mohd Ali juga mengharapkan agar Majlis Mahabbah perlu diperbanyakkan agar masyarakat Islam setempat mengetahui  fungsi sebenar Mahkamah Syariah untuk dijadikan tempat rujukan penting bagi menyelesaikan masalah kekeluargaan terdiri daripada permohonan pernikahan, tuntutan perceraian, pembahagian harta pusaka dan tuntutan-tuntutan selepas perceraian.
Dengan terlaksananya projek ini,  beliau juga amat mengharapkan agar Mahkamah Syariah Negeri Melaka mampu meningkatkan prestasi organisasi dan dapat menyelesaikan semua kes syariah dalam tempoh masa yang munasabah kerana MSNM memainkan peranan yang besar dalam memberi impak dalam kehidupan Masyarakat Islam.









 Gambar Semasa Melawat Tapak Pembinaan Mahkamah Syariah.....



MELAKA 1 Jun - Kerajaan negeri menyasarkan 200 kes tertunggak yang sering dihadapi oleh Mahkamah Syariah di negeri ini setiap tahun dapat diselesaikan segera apabila Kompleks Mahkamah Ayer Keroh yang kini dalam pembinaan akan mula beroperasi September ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kompleks baru bernilai RM38 juta itu akan menempatkan tiga dewan mahkamah rendah dan tiga dewan mahkamah tinggi serta dijangka dapat mengendalikan 240 kes sehari.

Menurutnya, pada masa ini mahkamah rendah di Peringgit dan mahkamah tinggi yang berkongsi dengan bangunan mahkamah sivil di Ayer Keroh hanya mampu mengendalikan 120 kes sehari.

Sumber Utusan .....

Sumber Dari Akhbar Melaka Hari Ini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...