Jumaat, 1 Jun 2012

Projek Philea Resrort & Spa Melaka Telah Siap....

Gambar pintu masuk Philea Resrort & Spa Melaka...


 Gambar Suasana Malam Di Philea Resrort & Spa Melaka.....













Gambar Keindahan Philea Resrort & Spa Di Melaka......

Gambar Semasa Melawat Tapak Pembinaan
Philea Resrort & Spa Melaka.....

ALOR GAJAH 5 April - Melaka bakal mempunyai sebuah hotel kayu pertama di negara ini yang berkonsepkan seni reka Eropah, dijangka beroperasi sepenuhnya November tahun ini berhampiran Taman Rama-Rama di sini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kos keseluruhan hotel bertaraf lima bintang itu dianggarkan sebanyak RM120 juta yang kini sedang dalam pembinaan.
Menurutnya, pembinaan hotel di kawasan seluas enam hektar itu juga dianggap strategik kerana ia berdekatan dengan lokasi pelancongan iaitu Taman Rama-Rama dan pintu masuk Tol Ayer Keroh.
''Kerja-kerja pembinaan hotel ini telah bermula setahun lalu dan diuruskan oleh sebuah syarikat swasta dari Kuala Lumpur iaitu Philea Resort MGMT Sdn. Bhd," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau perkembangan projek pembinaan hotel terbabit di sini hari ini.
Katanya, setakat ini, pihak pengurusan hotel berkenaan masih belum dapat mengenal pasti nama yang sesuai untuk diberikan kepada hotel baru itu.
Katanya, antara keunikan hotel itu ialah selain menggunakan sepenuhnya kayu balak lembut yang diimport khas dari Rusia itu, bahagian belakang setiap bilik juga berdindingkan batu marmar yang dibawa dari Perak.
''Tangga pada setiap bilik juga diperbuat daripada kayu landasan kereta api lama dan keaslian bahan tersebut amat terserlah terutama dari segi ciri-ciri klasiknya.
''Selain itu, pembinaan hotel ini juga juga amat menarik kerana pihak pemaju akan membina sebatang sungai yang akan mengalir di tengah-tengah kawasan hotel bagi mewujudkan suasana santai persekitarannya," katanya.
Kata Mohd. Ali, setakat ini, kadar sewa bilik hotel yang ditetapkan ialah sekitar RM300 hingga RM660 yang menyediakan lebih 200 bilik hotel.
Menurut beliau, pembinaan hotel tersebut mampu meningkatkan populariti Melaka sebagai salah sebuah destinasi pelancongan utama di negara ini, sekali gus merancakkan lagi industri itu pada masa depan.
Katanya, kerajaan negeri juga akan menambah beberapa produk pelancongan baru yang lebih moden khususnya di sekitar Klebang, Kampung Jawa dan Pulau Melaka menerusi pembinaan projek perkampungan Arab pada masa terdekat ini.
Beliau berkata, selain giat menambah kemudahan penginapan kepada pelancong, pihaknya juga akan turut meningkatkan lagi kualiti sistem pengangkutan bagi memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang melancong ke negeri ini setiap tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...