Selasa, 26 Jun 2012

Projek Alor Gajah Sentral Telah Siap.....



Gambar di Alor Gajah Sentral.....



RM11.97j untuk projek prasarana



ALOR GAJAH 30 Okt. - Sejumlah RM11.97 juta telah disalurkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Melaka bagi meningkatkan projek kemudahan prasarana di seluruh negeri sepanjang tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Md. Yunus Husin berkata, ia meliputi 154 projek pembangunan di kawasan Melaka Tengah, daerah Jasin dan Alor Gajah melalui PBT masing-masing.
Menurutnya, bagi daerah Alor Gajah, sejumlah RM2.32 juta disalurkan pada tahun ini melibatkan 30 projek menaik taraf dan membaiki kemudahan awam di seluruh daerah tersebut.
''Antara projek tersebut ialah seperti membina gerai, menaik taraf jalan dan longkang, membaiki tembok runtuh dan menaik taraf kawasan letak kenderaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Terminal Bas Alor Gajah (AG Sentral) yang disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung di sini, hari ini.
Pembinaan AG Sentral yang menelan belanja kira-kira RM3.3 juta mula beroperasi Julai lalu. AG Sentral menyediakan kemudahan tempat meletak bas, kedai pelbagai jenis, kaunter tiket, kemudahan tandas awam serta surau.
Kata Md. Yunus, sejumlah RM22.45 juta telah diterima oleh PBT di negeri ini sepanjang tahun lalu meliputi pelaksanaan 248 projek pembangunan infrastruktur.
Jelasnya, pelaksanaan projek tersebut terdiri daripada projek kemudahan kecil, kawalan vektor, projek kampung tradisional, lokal agenda dan program keselamatan awam.
''Malah, pembinaan AG Sentral ini juga bukan yang terakhir dibuat di daerah ini kerana selepas ini, projek menaik taraf Terminal Bas Masjid Tanah akan mula dilakukan tahun depan," katanya.
Pada masa yang sama, beliau meminta setiap PBT memantau dan melakukan susulan ke atas semua projek pembangunan yang telah siap bagi memastikan kualitinya memenuhi keperluan masyarakat.


Sumber Akhbar Dari Utusan......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...