Jumaat, 13 Jun 2014

AirAsia bakal beroperasi di Melaka....

 Sumber Gambar Dari FB Negeri Melaka....

Sumber Gambar Dari FB Sayang Melaka....

AirAsia bakal beroperasi di Melaka

MELAKA 12 Jun AirAsia Berhad sedang mempertimbangkan usaha memulakan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam dalam usaha memperluaskan lagi pengoperasian syarikat penerbangan itu pada masa akan datang.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Kamarudin Meranun berkata, perkara itu kini dalam peringkat kajian dan pihaknya telah menubuhkan kumpulan penyelidik bagi mengumpul maklumat berkaitan.

Menurutnya, kumpulan berkenaan turut berperanan menjalinkan perbincangan antara AirAsia dengan kerajaan negeri bagi merealisasikan hasrat memulakan operasi penerbangan di negeri ini.

"AirAsia mempunyai keyakinan tinggi terhadap kemampuan LTAM dan juga industri pelancongan di Melaka. Justeru, kami bersedia membantu menyediakan rangkaian perkhidmatan penerbangan dari tempat tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjung hormat terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Pada peringkat awal, jelas Kamarudin, AirAsia berminat menawarkan penerbangan dari Melaka ke Kalimantan dan Sumatera di Indonesia.

"Sekiranya laluan peringkat pertama itu berjalan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan, AirAsia akan meluaskan lagi laluan penerbangan sehingga ke China," ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, jumlah pelaburan yang bakal dilaksanakan di LTAM bergantung kepada beberapa perkara termasuk pulangan kewangan diperoleh selain faedah bagi keduadua pihak.

"Melalui perbincangan bersama Ketua Menteri, kami berharap dapat samasama menggembleng tenaga menjayakan hasrat menjadikan Melaka lebih maju dengan membantu dalam mewujudkan hubungan dari tempattempat tertentu," ujarnya.

Sementara itu, Idris memberitahu, usaha tersebut dilihat dapat memberi nafas baharu kepada LTAM dan aktiviti penerbangan di Melaka selain meningkatkan kedatangan pelancong pada masa depan.

"Kerajaan negeri akan membantu pihak AirAsia menyelesaikan beberapa isu berbangkit atau perkara asas di LTAM agar pelaksanaan kerjasama ini dapat dilakukan secepat mungkin," katanya.

Sumber Artikel Dari Utusan Online...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...