Khamis, 20 Disember 2012

Projek Naik Taraf Sungai Rambai Airstrip....





JASIN - Lapangan terbang Sungai Rambai Airstrip di Kampung Tasek di sini akan dinaik taraf kepada lapangan terbang sokongan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di Batu Berendam.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman berkata, ia ekoran pengiktirafan yang diberikan oleh Airport Standard, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan serentak dengan itu, pelbagai kemudahan dan infrastruktur lebih lengkap akan dibina di lapangan tersebut.
Menurutnya, antaranya tempat meletak pesawat, kemudahan mengisi minyak, pusat penyelenggaraan, menara kawalan, kafetaria, bilik rehat dan tempat penginapan.
"Lapangan terbang ini yang dahulunya dikenali Sungai Rambai Airstrip akan ditukar nama kepada Sungai Rambai Aerodrome dan menerima pengiktirafan daripada Airport Standard DCA pada 10 Disember lalu.
"Segala infrastruktur yang akan dibina di sini akan diuruskan oleh Teguh Oil Sdn. Bhd. dengan kos RM5 juta dan dijangka siap dalam tempoh setahun," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Teguh Oil Sdn. Bhd. dan Japerun Sungai Rambai di sini semalam.

Ahad, 16 Disember 2012

Projek Imperio Mall @ Hatten City




Gambar Projek  Imperio Mall.......



Gambar Projek Dalam Pembinaan....
(Gambar Di Ambil Pada 7/12/2014)

Sumbar Dari Facebook Hatten


Sumber Akhbar Melaka Hari Ini....


Sumber Dari You Tube.....

Khamis, 13 Disember 2012

Projek Business Centre Melaka....

 Logo Business Centre Melaka.....


 Gambar Semasa Majlis Perasmian Pecah Tanah....

Gambar Peta Lokasi projek.....



Gambar Lakaran Sebenar Projek....


+
Gambar Semasa Projek Dalam Pembinaan....
(Gambar Di Ambil September 2012)





(Gambar Di Ambil Pada MAY 2013)



(Gambar Di Ambil Pada 19/5/ 2014)

Gambar Semasa Projek Dalam Pembinaan....

Rabu, 12 Disember 2012

Projek kilang kaca berteknologi hijau di jasin....


Rujukan Dari Berita TV3....

Gambar Semasa Pertukaran MOU Di Seri Negeri, Ayer Keroh....

MELAKA 14 Nov. - Guardian Industries Malaysia Sdn. Bhd. (Guardian Industries) merancang membina kilang kaca berteknologi hijau di Melaka dengan nilai pelaburan sebanyak RM800 juta.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, syarikat pengeluar kaca yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu memilih Jasin sebagai lokasi kilang dan kerja-kerja pembinaan akan bermula pada Januari depan.

Menurutnya, pengeluaran kaca tingkap daripada pasir yang dihasilkan menggunakan mesin berteknologi tinggi itu mampu menyerap haba lebih 20 peratus berbanding kaca biasa.

"Kilang pertama syarikat tersebut bakal didirikan di atas tanah seluas 24.28 hektar di Kawasan Perindustrian Lipat Kajang, Jasin yang dibeli dengan kos sebanyak RM20.5 juta daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pembelian tanah antara Ketua Pegawai Eksekutif PKNM, Datuk Yusof Jantan dan Pengarah Guardian Industries, Gregory Poulson di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Mohd. Ali memberitahu, teknologi yang dihasilkan syarikat tersebut melalui produk kaca tingkap itu mampu menyerap haba pada bangunan dengan lebih baik, sekali gus dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

"Penjimatan tenaga ini selari dengan sasaran kerajaan negeri untuk mencapai status negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang 2020," katanya.

Tambah beliau, pembukaan kilang yang dijangka bermula pada awal 2015 itu bakal menyediakan peluang pekerjaan baru kepada kira-kira 700 tenaga mahir, khususnya di daerah Jasin.

Sementara itu, Poulson berkata, pembinaan kilang tersebut dijangka mengambil masa antara 18 hingga 24 bulan dan bakal menjadi antara kilangnya yang terbesar selepas Rusia.

"Gentian kaca yang dihasilkan syarikat ini akan menggunakan bahan mentah iaitu pasir yang diperolehi dari dalam negara iaitu Johor dan Pahang bagi menjimatkan kos pengeluaran," tambahnya.
Rujukan Dari Utusan Online.




Untuk Rujukan Melaka Hari Ini: http://mhi.com.my/paper/NOVEMBER/151112/index.html

Isnin, 10 Disember 2012

Cadangan Projek Kereta Kabel Di Pulau Melaka....

Gambar Contoh Kereta Kabel Di Langkawi....


MELAKA: Kereta kabel akan menjadi satu lagi tarikan baru pelancongan di negeri ini, apabila Kerajaan Melaka semalam, mengumumkan rancangannya untuk membangunkan projek berkenaan tidak lama lagi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, cadangan projek itu secara umumnya belum selesai, tetapi membayangkan ia bakal menghubungkan kawasan muara Sungai Melaka hingga ke Pulau Melaka.

Katanya, kos keseluruhan projek itu masih belum diputuskan kerajaan negeri kerana masih pada peringkat penelitian akhir, tetapi mengesahkan tender pelaksanaannya mungkin dikeluarkan pada awal tahun depan.

"Kerajaan negeri mempunyai rancangan membangunkan projek kereta kabel bagi merancakkan lagi industri pelancongan di Melaka. Kos projek ini belum diputuskan, tetapi ia akan menghubungkan muara Sungai Melaka sehingga ke Pulau Melaka.

"Antara laluan kereta kabel ini kelak adalah Medan Selera Newton dan pusat beli belah Mahkota Parade atau Pahlawan City. Tender bagi membangunkan projek ini dijangka dikeluarkan pada awal tahun depan," katanya selepas menerima lawatan rasmi Presiden Austria, Dr Heinz Fischer ke negeri ini semalam.

Sepanjang berada kira-kira tiga jam di sini, Heinz dan isteri, Margit Fischer berkunjung ke beberapa lokasi pelancongan popular di sekitar pusat bandar raya di sini. Terdahulu, rombongannya yang turut disertai lebih 50 delegasi itu termasuk Menteri Ekonomi, Keluarga dan Belia Austria, Dr Reinhold Mitterlehner tiba di sini, kira-kira jam 1.30 petang.

Sepanjang berada di sini, beliau dan isteri, dijamu makan tengah hari di Hotel Equatorial, sebelum dibawa menaiki beca ke Muzium Kesultanan Melaka, Menara Taming Sari, Bangunan Stadhuys dan beberapa rumah ibadat di Jalan Harmoni.
Selepas itu, rombongan dibawa menaiki bot Melaka River Cruise menyusuri Sungai Melaka selama kira-kira 20 minit, sebelum berhenti di Taman Rempah, Pengkalan Rama. Heinz dan rombongan berlepas balik ke ibu negara pada jam 5 petang.

Hadir sama sepanjang lawatan itu ialah isteri Ketua Menteri, Datin Seri Asmah Abd Rahman; Menteri Kerja Raya selaku menteri pengiring, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh.

Mohd Ali berkata, beliau ada berbincang dengan Presiden Austria berhubung rancangan Kerajaan Melaka untuk membangunkan projek kereta kabel itu dan dimaklumkan, negara berkenaan mengeluarkan gondola terbaik di dunia.

"Kita berharap negara berkenaan akan membantu Melaka memajukan projek ini kerana sebelum ini, kita sudah menggunakan teknologi Switzerland untuk membangunkan Menara Taming Sari, manakala teknologi China untuk monorel," katanya.

Mengulas lawatan rombongan dari Austria itu, Mohd Ali melahirkan rasa gembira dan berharap dapat menjalin hubungan lebih baik dengan kerajaan negara Eropah itu pada masa depan melalui pelbagai bidang sesuai seperti teknologi komunikasi dan maklumat serta bioteknologi.

  Sumber Dari  Berita Harian 

Jumaat, 7 Disember 2012

Projek Pulau Buatan Di melaka....



Mestika Heritage Island, pusat ekonomi bertaraf dunia.


3 Disember 2012 
SERI KEMBANGAN - Projek pulau buatan di luar pantai Melaka, "Mestika Heritage Island", yang dianggarkan mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) lebih RM20 bilion, akan menjadi pusat perdagangan bertaraf dunia yang pertama menjelang 2020.

"Projek ini, yang dijangka menelan belanja RM15 bilion dengan keluasan 600 hektar, akan menjadi pusat ekonomi kepada Malaysia dan seluruh dunia," kata Pengerusi Mestika Megan Sdn Bhd Mohd Jasmi Mohammad Jais kepada media. 

Mestika Megan Sdn Bhd, yang diwakili Mohd Jasmi hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan konglomerat dari China, Dewan Perniagaan Gansu Qinghai, iaitu pelabur dalam projek mega tersebut.

Dewan Perniagaan Gansu Qinghai adalah satu konglomerat, yang menghimpunkan kesemua perniagaan Islam di China.

Mestika Megan Sdn Bhd turut bekerjasama dengan syarikat EIPU Holdings dan menubuhkan Mestika IEPU JV Sdn Bhd, yang akan melaksanakan pembangunan "Mestika Heritage Island."

Jasmi berkata projek Mestika Heritage Island itu yang dijangka mengambil masa selama lima hingga tujuh tahun untuk disiapkan sepenuhnya dan akan dibahagikan kepada dua fasa.

"Fasa pertama projek ini melibatkan dua pulau yang berdekatan, Kerja-kerja penambakan itu melibatkan lima jenis pembangunan di atas satu pulau yang berkeluasan 256 hektar. Ia akan dimulakan pada awal tahun depan dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun."

"Bagi projek pulau kedua pada fasa pertama, ia melibatkan tujuh jenis pembangunan, yang melibatkan keluasan 280 hektar," katanya, sambil menyatakan bahawa lima projek itu melibat pembangunan rumah kelab dan padang golf, taman tema dan Laguna Villa.

Bagi fasa kedua pula, antara infrastruktur yang akan dibina adalah institut pengajian yang bakal dinamakan "Institut Cheng Ho", pusat perdagangan yang mengumpulkan kesemua 57 ahli peniaga dari negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan juga kampung warisan.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Naib Presiden Eksekutif Dewan Perniagaan Gansu Qinghai Ma Hu Cheng.

"Taraf ekonomi Malaysia yang semakin meningkat merupakan faktor utama kami memilih untuk melabur di sini, dan secara tidak langsung menjadikan Malaysia sebuah hab halal terbesar di dunia," kata Ma, melalui seorang penterjemah. 

Ma, bagi pihak Dewan Perniagaan Gansu Qinghai dan China, berkata mereka mahu mengulangi peristiwa sejarah 600 tahun dahulu di mana Melaka merupakan sebuah negara strategik yang dijadikan pusat perdagangan.

Di negara tersebut, Dewan Perniagaan Gansu Qinghai adalah satu syarikat konglomerat terbesar bagi Cina Islam.

Setakat ini, lebih kurang 10 syarikat kontraktor tempatan dan luar negara telah dikenal pasti untuk membangunkan projek terbesar di Melaka itu dan lima daripada syarikat itu akan dipilih untuk membangunkan Mestika Heritage Island. - Bernama





Gambar Semasa Majlis Pertukaran MOU .....



Sabtu, 24 November 2012

Projek Laluan Basikal Di Melaka....

Gambar Pelan Projek Laluan Basikal....

Laluan Basikal Di Jalan Hang Tuah...


Jalan yang terbabit ialah:-

Jalan Hang Tuah
Jalan Tun Ali
Jalan Tun Mutahir
Siar Kaki Sungai Melaka
(Jarak Keseluruhan 3.46 km)

Rujukan: http://www.melakagreentech.gov.my/inisiatif-hijau/peringkat-pbt-2/majlis-bandaraya-melaka-bersejarah-mbmb/projek-hijau/projek-laluan-basikal/

Rabu, 21 November 2012

projek kota warisan "porto historia"....

Gambar Projek....




Gambar Lakaran Projek Kota Warisan....



Gambar Semasa Majlis Pecah Tanah Projek....
Rujukan: perjalanan saya 20.11.2012 (mohd ali rustam)


Gambar Projek Dalam Pembinaan....
(Gambar Di Ambil Pada 27/5/2014)


MELAKA 20 Nov. - Kerajaan negeri kini dalam proses membangunkan Kompleks Kota Warisan Porto Historia bernilai RM92 juta di Kota Laksamana di sini dalam usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri terutama di daerah Melaka Tengah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, projek pembangunan hartanah itu dibangunkan di atas tanah seluas 1.9 hektar berhadapan Sungai Melaka, melibatkan bangunan komersial tiga tingkat dengan 55 unit kedai.

Menurutnya, pembinaan Porto Historia yang dijangka siap sepenuhnya November hadapan merupakan hasil usahasama pintar antara anak syarikat kerajaan negeri iaitu Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Finance House Berhad dan First Avenue Partners (Asia) Sdn. Bhd.

"Projek ini mendapat sambutan amat menggalakkan kerana kesemua unit kedai yang bakal dibangunkan ini telah habis dijual.

"Ini menunjukkan bahawa bidang pemilikan hartanah mempunyai potensi besar bagi meningkatkan ekonomi negeri," katanya ketika berucap sebelum merasmikan majlis pecah tanah projek tersebut di Kota Laksamana di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md. Yunos Husin; Pengurus Besar DMDI Finance House Berhad, Mashitah Ismail dan Pengarah Perhubungan Awam First Avenue Partners (Asia) Sdn. Bhd, Datuk Amzah Omar.

Mohd. Ali berkata, pembangunan Kompleks Kota Warisan ini adalah unik kerana reka bentuk bangunan yang dibina berkonsepkan bangunan bersejarah di negeri ini seperti yang terdapat di Banda Hilir dan Jonker Walk.

"Saya mengalu-alukan projek seumpama ini kerana dapat membantu mengekalkan ciri-ciri bersejarah yang sememangnya merupakan identiti Melaka sebagai Bandar Raya Warisan Dunia seterusnya menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara," ujarnya.

Katanya, kompleks perniagaan ini juga bakal memberikan lebih 200 peluang pekerjaan kepada orang ramai terutama ahli Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad (Kobemas) serta anak-anak mereka yang mahu mencari pekerjaan.



Selasa, 20 November 2012

Projek Naik Taraf Dataran Pahlawan....

Gambar Lakaran Projek...



(Gambar Di Ambil Pada:18/11/2012)


(Gambar Di Ambil Pada:29/10/2013)
Gambar Kerja Naik Taraf....



Gambar Projek Naik Taraf Dataran Pahlawan Melaka Sudah Siap...
(Gambar Di Ambil Pada:13/5/2014)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...