Selasa, 9 Oktober 2012

Projek Teranformasi Terminel Bas Melaka Sentral Telah Berjaya.....

Gambar Terminel Bas Lama Di Melaka Mall....

Gambar Terminel Melaka Sentral Baru Di Peringgit....


Melaka Sentral yang merupakan terminal bas dan teksi terletak di pinggir Bandar Peringgit kira-kira 15 minit perjalanan dari bandar Melaka dan bertentangan dengan pasaraya Tesco dan Jaya Jusco di Jalan Tun Razak. Melaka Sentral merupakan pusat pengangkutan yang menghubungkan perkhidmatan bas dan teksi antara negeri  dan perkhidmatan domestik.

Rekabentuk terminal ini adalah gabungan motif tradisional Malaysia dan moden. Bangunan satu tingkat yang luas ini direka dengan atap yang tinggi dan mempunyai bukaan cahaya yang menerangi terminal ini yang berhawa dingin sepenuhnya.

Bangunan ini mempunyai bahagian yang berbeza untuk bas dan teksi. Terdapat 24 kaunter tiket dan 24 ruang pelepasan untuk perkhidmatan bas ekspres antara negeri. Untuk perkhidmatan bas domestik pula, terdapat 12 kaunter tiket dan 18 ruang pelepasan. Setiap bahagian mempunyai ruang tengah yang direka dengan taman tropika. Bahagian ini dilengkapi dengan kemudahan kafe jalanan, restoran dan kedai makanan segera serta kedai barangan untuk kemudahan pengunjung. Kaunter Penerangan terletak diantara dua bahagian ini.

Melaka Sentral dibina dengan tiga komponen utama: terminal bas dan teksi di bangunan utama, pasar basah dan kering, dan bazar di luar bangunan.


Gambar Terminel Melaka Sentral....

Melaka Sentral Sdn Bhd (343577 V) dahulunya dikenali sebagai Kumpulan Melaka Development Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 9hb Februari 2004. 
Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri Melaka ("Pihak Kerajaan"), telah melantik dan memberi kuasa kepada Melaka Sentral Sdn Bhd (MSSB) untuk mengurus dan mentadbir lima (5) bangunan utama iaitu Terminal, Bazar, Pasar dan Medan Selera 1 dan Medan Selera 2.

MSSB mempunyai lima belas (15) kakitangan yang terlatih bagi mengurus dan mentadbirkan syarikat. Terdapat tiga (3) jabatan utama di dalam pentadbiran Melaka Sentral Sdn Bhd, iaitu : 

i. Jabatan Promosi Dan Pemasaran 
ii. Kejuruteraan Dan Keselamatan 
iii. Jabatan Sumber Manusia dan Perakaunan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...