Ahad, 14 Oktober 2012

Projek McDonald's Di MITC Sudah Siap....

Gambar Bagunan McDonald's Di MITC....




Gambar Semasa Majlis Pembukaan Rasmi.......


MELAKA - Pemilik rangkaian restoran McDonald's di Malaysia, Golden Arches Restaurants Sdn Bhd merancang membuka 12 lagi cawangan restoran itu di seluruh negara menjelang hujung tahun ini bagi memperluaskan sayap perniagaan dalam industri makanan segera.

   
Pengarah Kanannya Lee May Yin berkata ia sejajar hasrat syarikat berkenaan yang mensasarkan pembukaan sebanyak 25 cawangan baru pada tahun ini.
   
"Terbaru kita telah membuka cawangan McDonald's ke-235 di Pengkalan Chepa, Kelantan pada Jumaat lepas," katanya kepada pemberita selepas majlis pembukaan rasmi Restoran Pandu Lalu McDonald's di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sini, hari ini.
   
Restoran McDonald's di MITC yang merupakan cawangan ke-11 di Melaka itu dibuka 10 Ogos lepas.
   
Lee berkata pembukaan setiap cawangan melibatkan kos antara RM5 juta hingga
RM6.5 juta.
   
Katanya pihaknya juga mensasarkan untuk meningkatkan jumlah cawangan di negara ini kepada 300 pada tahun 2014 dan 500 cawangan pada tahun 2020.   
   
Beliau juga berkata pihaknya merancang untuk membuka lapan lagi cawangan McDonald's di Melaka dalam tempoh dua tahun akan datang.
   
Katanya perancangan tersebut dibuat kerana negeri itu dilihat mampu memberi peluang besar pada pertumbuhan perniagaan syarikat berkenaan disebabkan prestasi ekonomi dan populasi demografinya selain faktor peningkatan jumlah pelancong asing setiap tahun. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...