Khamis, 22 Mac 2012

Projek Melaka Alive Bahtera Merdeka 5D dalam pembinaan.....


Gambar lakaran melaka alive......














 Gambar diambil pada 25/6/2012.....





 Gambar diambil pada 16/7/2012.....


Projek yang menelan belanja RM21 juta itu merupakan sebuah panggung wayang yang menggunakan tirai air sebagai layar dan dibangunkan di atas sebuah kapal dikenali sebagai Bahtera Merdeka.
Dibangunkan dengan usahasama Syarikat Sarner IXL Sdn. Bhd. dan Perbadanan Muzim Melaka (Perzim).

Projek ini, katanya, telah pun bermula sejak menandatangani perjanjian dengan Perzim pada 10 Ogos lalu dan dijangka siap sepenuhnya April tahun depan dan kini projek dalam pembinaan.




sumber dari You Tube.......

Selasa, 20 Mac 2012

Cadangan Bina Jambatan Melaka-Dumai....








12/11/2009 6:08pm

MELAKA 12 Nov. — Cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan Melaka dengan Dumai di Sumatera, merentangi Selat Melaka akan diteruskan walaupun ada pihak yang membantah, persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka diberitahu hari ini.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, pembinaan jambatan sepanjang 35 KM yang melibatkan kos kira-kira RM44 bilion itu akan dilaksanakan oleh syarikat swasta.
"Exim Bank of China dilaporkan telah bersetuju untuk membiayai sehingga 85 peratus kos pembinaan jambatan ini manakala baki 15 peratus lagi disediakan oleh syarikat swasta terbabit,” katanya ketika menjawab usul yang dikemukakan oleh Khoo Poay Tiong (DAP-Ayer Keroh) supaya projek pembinaan jambatan berkenaan dibatalkan memandangkan ia tidak praktikal.
- BERNAMA


sumber dari You Tube.......

Jumaat, 9 Mac 2012

cadangan Projek Rio Terraco Melaka.......

gambar Cadangan projek di melaka...

Gambar Peta lokasi Projek Rio Terraco Melaka......



Kediaman pembangunan perkhidmatan menduduki 2,35 ekar tanah pegangan bebas yang terletak di dalam tengah-tengah bandar Melaka dan laluan pelancong.
Ini cadangan pembangunan menggunakan kekuatan laman sungai yang sedia ada, runtuhan gereja Portugis zaman pertengahan dan daya tarikan warisan bandar lama, menetapkan untuk menjadi ikon terkenal di Melaka apabila siap.
Menara 36 tingkat akan terdiri daripada 373 unit susun atur kediaman yang direka bentuk dengan unit luas 2-bilik tidur, 3 bilik tidur dan 4-bilik tidur dengan keluasan binaan antara daripada 756 kaki persegi hingga 1391 kaki persegi.
Kawasan podium akan terdiri daripada dua peringkat ruang niaga dengan saiz antara dari 538 kaki persegi kepada 10.435 kaki persegi.


Cadangan Projek Malaysia Eye Melaka.....

Gambar Pelan Eye Malaysia......


Gambar Majlis Pecah Tanah Eye Malaysia.......


Sumber Akhbar Melaka Hari Ini....



Sumber Dari Facebook Mohd Ali Rustam.........


Sumber Dari You Tube Melaka Tv....

Projek Planetarium Melaka Telah Siap.......




AYER KEROH, 1 Julai- Planetarium Melaka bernilai RM20 juta yang dijangka dibuka kepada orang ramai mulai 15 Julai ini merupakan sebuah planetarium tercanggih di Asia, sekaligus menjadikan ia sebagai satu lagi produk pelancongan berasaskan pendidikan di negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, Planetarium Melaka juga bakal menjadi kebangaan kepada seluruh rakyat Malaysia, khasnya negeri ini yang mampu menjadi tarikan baik di peringkat negeri, negara serta antarabangsa.
Beliau memberitahu, projek yang dibiyai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri itu merupakan satu produk baru pelancongan berasaskan pendidikan bagi menarik lebih ramai pelajar sama ada sekolah rendah, menengah mahupun institusi pengajian tinggi menanamkan minat terhadap aktiviti aero-angkasa.
"Pembinaannya kini mencapai 95 peratus siap. Ia dijangka siap sepenuhnya pada 14 Julai. Sementara 15 Julai, kita boleh mulakan operasi dan dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sempena lawatan rasmi ke Melaka pada 1 Ogos ini," kata Mohd Ali kepada pemberita selepas meninjau ruang pameran dan beberapa bahagian di Planet Melaka di Lingkaran MITC, hari ini.
Turut serta dalam lawatan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Pembangunan Koperasi Negeri, Datuk Md Yunos Husin; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pembangunan Pekan Kecil dan Pemulihan Projek Negeri, Datuk Abd Ghafaar Atan; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri, Datuk Mohamad Hidhir Hasan; Pengerusi Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Latiff Tamby Chik; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Gan Tian Loo; Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna Negeri, R. Perumal; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Kesihatan dan Pembangunan Keluarga Negeri, Norpipah Abdol; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar serta Ketua Pegawai Eksekutif PKNM, Zainal Abu.
Ketua Menteri memberitahu, Planetarium Melaka yang dilengkapi pelbagai kemudahan peralatan canggih bernilai RM2.4 juta yang pertama di Asia dibekalkan oleh Pico International (M) Sdn Bhd, berupaya melonjakkan industri pelancongan di Melaka, khususnya kajian mengenai sains angkasa lepas.
Katanya, semua peralatan yang terdapat di planetarium ini adalah buatan tempatan, cuma menggunakan pakar-pakar dari Amerika Syarikat untuk kerja-kerja dekorasi dalamannya.
"Saya sudah pergi melawat banyak planetarium di seluruh dunia. Saya lihat, Planetarium Melaka antara yang terbaik. Baru-baru ini saya pergi melawat planetarium di Quebec City, Kanada dan juga Amerika Syarikat, saya lihat tarikannya kurang berbanding di sini yang banyak mempamerkan benda-benda baru berkaitan sains aero-angkasa," ujarnya.
Ketua Menteri menambah, Planetarium Melaka juga turut menyediakan simulator dan beberapa kemudahan canggih yang tidak terdapat di tempat lain.
"Biasanya kalau hendak bina simulator sendiri seperti di Auckland, kosnya begitu mahal. Di sana kita cuma boleh tengok simulator sahaja, berbanding di Planetarium Melaka setiap pengunjung boleh melihat simulator dan melawat pelbagai peralatan dan pameran yang disediakan," ujarnya.
Planetarium Melaka juga kata Mohd Ali akan mengadakan pertukaran filem dengan empat lagi planetarium yang terdapat di Malaysia iaitu di Tanjung Bidara, Planetarium Negara di Kuala Lumpur, di Kuching dan Kuala Terengganu.
"Harga tiket akan kita tentukan kemudian. Saya fikir, sekurang-kurangnya RM10 untuk dewasa dan kita akan beri potongan istimewa untuk pelajar. Mungkin harganya mengikut kadar tiket di Melaka River Cruise atau Menara Taming Sari. Kita akan tentukan kemudian," kata Mohd Ali.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Aerospace Education Sdn Bhd, Sam Gibbs memberitahu, pihaknya (Pico) amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Melaka kerana memberi peluang melakukan kerja-kerja dekorasi dalaman di Planetarium Melaka.

"Peralatan dan kemudahan yang terdapat di sini adalah antara yang terbaik dan tercanggih sekali di Asia. Kita mempamerkan bahan-bahan terkini mengenai aero-angkasa untuk tontonan pengunjung," ujarnya.

Manakala rakannya, Bruce Head selaku Pengarah Rekabentuk Pico berkata, Planetarium Melaka berpotensi menjadi pusat kajian penting mengenai aero-angkasa.

"Ia bukan sahaja terletak di lokasi strategik dari Tol Ayer Keroh, malah Planetarium Melaka turut dilengkapi pelbagai informasi terkini tentang angkasa lepas. Pemaparan bahan-bahan pameran juga amat menarik sekali. Semua pengunjung pasti berbangga," ujarnya.


Tahukah Anda? Planetarium  melaka..
Planetarium  melaka adalah tercanggih di asia serta merupakan kebanggaan rakyat malaysia....

Projek Dataran Pahlawan Melaka Megamall telah siap......





MELAKA, 14 Ogos (Bernama) -- Hypermarket Carrefour dan restoran makanan segera McDonalds, akan membuka perniagaan masing-masing di Dataran Pahlawan, sebuah kompleks perniagaan termoden di negeri ini, yang terletak di Banda Hilir.

McDonalds dijangka memulakan perniagaan hujung bulan ini manakala Carrefour pada April tahun depan.

Setakat ini 99 peratus pembinaan Dataran Pahlawan telah siap dan kompleks itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh empat hingga lima bulan lagi, kata Pengerusi Lianbang Ventures Sdn Bhd, Datuk Shuaib Lazim, kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian antara Lianbang Ventures Sdn Bhd dengan Carrefour dan McDonalds di sini, Isnin.

Dataran Pahlawan dengan kos keseluruhan pembinaan RM220 juta dibina oleh Lianbang Ventures Sdn Bhd dan rakan usaha sama Kumpulan Melaka Berhad, cabang pelaburan kerajaan Melaka.

Pada majlis itu, Shuaib menandatangani perjanjian bagi pihak Lianbang Ventures Sdn Bhd manakala Carrefour Malaysia diwakili Pengurus Besar Magnificient Diagraph Sdn Bhd, Shafie Shamsudin dan McDonalds oleh Pengurus Besar Golden Arches Restoran Sdn Bhd Azmir Jaafar.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohamed Ali Rustam menjadi saksi kepada majlis perjanjian tersebut.

Dataran Pahlawan mempunyai kawasan 1.5 juta kaki persegi dan kawasan runcit bersih 700,000 kaki persegi yang menempatkan lebih 600 cawangan runcitan berkeluasan 120 kaki persegi hingga 3,500 kaki persegi setiap satu.

Projek itu bermula pada 2001 sebagai inisiatif kerajaan negeri Melaka untuk menjadikan pusat bandar Melaka sebagai sebuah zon komersial bertenaga.

Dataran Pahlawan yang dibina atas kawasan 7.7 hektar di atas tanah yang dipajak dekat Kota A'Famosa, Muzium Melaka dan Memorial Kemerdekaan mengandungi sebuah pusat membeli-belah satu tingkat dan sebuah lagi lima tingkat.

Kompleks itu turut dilengkapi dengan sebuah padang yang boleh menampung acara besar dan aktiviti luaran.

Ia juga menyediakan 1,000 petak tempat letak kereta sekaligus menjamin keselesaan kepada pelanggannya.

Mohamed Ali berkata kerajaan negeri mempelawa syarikat besar dan jenama terkenal lain membuka perniagaan di Dataran Pahlawan bagi membolehkannya memberi banyak pilihan kepada pengunjung.

Beliau berkata dataran tersebut akan menjadi satu lagi tarikan baru pelancong ke negeri ini.

Kerajaan negeri menyasarkan kunjungan lima juta pelancong ke negeri ini tahun ini dan seramai enam juta tahun depan.

Projek Menara Taning Sari Melaka Telah Siap......






MELAKA 1 Feb. - Menara Taming Sari yang dijangka dapat memulakan operasinya selewat-lewatnya pertengahan bulan ini terpaksa ditangguhkan pembukaannya ekoran masalah teknikal.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, menara berputar tersebut yang sepatutnya menjalankan percubaan pada 8 Februari ini tidak dapat dimulakan akibat masalah tersebut.
''Kita berharap ia dapat menjalankan percubaan pada 8 haribulan dan beroperasi penuh pada 21 haribulan. Akibat masalah ini, ia mungkin mengambil masa sebulan lebih lagi," katanya.
Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas majlis tahlil dan doa selamat sempena selesai pembinaan menara berputar bernilai RM24 juta itu di sini malam tadi.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Ismail Saleh dan Ahli Lembaga Pengarah Menara Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Mohamad.
Menurut Mohd. Ali, beliau dimaklumkan oleh jurutera yang dilantik bahawa kerja-kerja membaiki masalah tersebut akan melibatkan tempoh sebulan atau lebih.
Menara Taming Sari yang menggunakan teknologi Eropah itu akan diuruskan oleh Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Kumpulan Melaka Berhad.
Kos pembinaan menara tersebut melibatkan tiang setinggi 110 meter, struktur berbentuk kepala keris di bahagian puncak serta kabin berputar yang mampu memuatkan 80 orang.
Di samping itu, sebuah kompleks yang menempatkan restoran, kaunter tiket dan kedai cenderamata turut dibina bersebelahan menara tersebut.
Beliau berkata, apabila beroperasi kelak, dijangkakan seramai 500,000 orang akan menggunakan perkhidmatan itu dalam setahun khususnya bagi mereka yang mahu menikmati pemandangan sekeliling bandar raya Melaka.

Sumbrt Dari You tube......

Tahukah Anda? Menara Taming Sari.....
Nama menara ini diambil sempena nama keris lagenda Taming Sari yang digunakan oleh Laksamana Melaka yang terkenal iaitu Laksamana Hang Tuah. Menara ini dibina atas cetusan idea YAB Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Seri Mohd. Ali bin Haji Mohd. Rustam sendiri.
Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara tinjau yang berketinggian 110 meter ini merupakan satu-satunya menara berputar yang menggunakan konsep 'gyro' di Malaysia dan dapat memuatkan 66 penumpang pada satu masa.
Menara yang menggunakan teknologi baru dari Switzerland dijangka dapat menarik lebih ramai pelancong ke negeri Melaka. Setiap pengunjung yang menaiki Menara Taming Sari ini pasti akan tersenyum puas melihat pemandangan dari atas pelantar menara ini.

Casa Del Rio Melaka Sudah Siap.......





Casa del Rio Melaka pangsapuri mungkin boleh dijual untuk RM20m dalam semua
32 pangsapuri mewah di Casa del Rio Melaka, yang terletak di sepanjang sungai Melaka, boleh dijual dengan harga yang dianggarkan RM20 juta secara kolektif.
Apartmen-apartmen ini membentuk sebahagian daripada projek RM102 juta Casa del Rio Melaka butikhotel, pusat membeli-belah dan pangsapuri yang akan dibuka pada bulan Jun 2010. "Unit-unit pangsapuri akan mengukur antara 1134 kaki persegi dan 2109 persegi," Tan Sri Syed YusofSyed Nasir, Pengarah Urusan Kumpulan Casa del Rio (Malaysia) Sdn Bhd, pemaju projek memberitahuBusiness Times dalam satu temu bual.
Set yang akan dilancarkan dalam tempoh dua bulan akan datang, unit dua bilik tidur dan tiga bilik tidur inidikatakan telah mendapat sambutan yang menggalakkan.
Sebaik sahaja mereka dijual, pembeli mempunyai pilihan melantik Casa del Rio untuk menguruskan bagi mereka.
Bangunan empat tingkat juga akan mempunyai 64 bilik suite yang semua akan duduk di atas 1.29ha di sepanjang Sungai Melaka.
Sementara itu, Syed Yusof menjangka hotel untuk mendaftar penghunian purata sebanyak 60 peratuskepada 65 peratus pada tahun pertama operasi.
Ini boleh meningkat kepada 70 peratus pada tahun kedua.
"Kami menjangka aliran tunai yang positif. Kami sedang mencari kira-kira RM450 satu malam kepada RM1, 000 satu malam untuk suite yang lebih besar," tambah.
Casa del Rio Sepanyol untuk "Laman Utama oleh Sungai". Hotel ini mempunyai pengaruh Sepanyol, tetapijuga mengekalkan ciri-ciri tempatan selaras dengan Melaka sebagai tapak Warisan Dunia.
Syed Yusof juga mengendalikan 570 bilik Concorde Hotel Kuala Lumpur, Concorde Shah Alam 381 bilikdan 338 bilik Concorde Inn KLIA.

Cadangan Projek Sungai Melaka Fasa 2........


Douglas Uggah Embas (dua, kiri) menaiki Melaka River Cruise di Jeti Taman Rempah untuk meninjau Sungai Melaka bagi Projek Pembersihan dan Pengindahan Sungai Melaka Parcel 2 sempena lawatan kerja sehari beliau ke Melaka, semalam. Turut kelihatan Mohd. Ali Rustam (kiri). - BERNAMA



RM135j pengindahan fasa kedua Sungai Melaka



MELAKA 7 Julai - Sejumlah RM135 juta diluluskan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi projek fasa kedua pengindahan Sungai Melaka yang dijangka dimulakan akhir tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, kerja-kerja menaik taraf sungai tersebut melibatkan pemanjangan dan pelebaran sungai itu sejauh 2.3 kilometer.

Menurutnya, pelbagai kemudahan infrastruktur bakal dibina sepanjang sungai tersebut sehingga ke kawasan Melaka Sentral dan ia dijangka siap tahun depan.

''Apabila projek ini siap nanti, Sungai Melaka akan menjadi salah satu produk pelancongan yang terkenal sekali gus menarik lebih ramai kunjungan pelancongan ke negeri ini pada masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat berkaitan projek pengindahan Sungai Melaka yang turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di sini hari ini.

Menurutnya, projek pengindahan dan naik taraf sungai tersebut turut melibatkan penyediaan kemudahan teksi air bagi memudahkan orang ramai ke Melaka Sentral sekali gus mengelak kesesakan di pusat bandar.

''Kita juga merancang mewujudkan tempat pejalan kaki, kawasan habitat haiwan seperti burung dan kelip-kelip yang pasti akan ada nilai tambah untuk kepuasan pelancong," ujar beliau.

Sementara itu, Mohd. Ali pada sidang akhbar yang sama turut mencadangkan agar diwujudkan pasar terapung seperti di Thailand berhampiran Jambatan Hang Jebat.

Beliau berkata, pihaknya melalui Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai negeri akan menambah lebih banyak bot untuk dijadikan sebagai teksi air yang boleh memuatkan 16 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...