Isnin, 5 Mac 2012

Projek Hard Rock Cafe Melaka....

Logo Hard Rock Cafe Melaka.......





Gambar  Model Projak Hard Rock Cafe Melaka.......








Gambar Lakaran Projak Hard Rock Cafe Melaka.......


Gambar Datuk Ali Sedang Bermain Gitar Di Majlis Pecah Tanah Hard Rock Cafe Melaka......










Gambar Projek Hard Rock Cafe Dalam Pembinaan .....
Gambar diambil pada 23/1/2012....





Gambar Projek Hard Rock Cafe Dalam Pembinaan .....
Gambar diambil pada 25/6/2012....






Gambar Projek Hard Rock Cafe Dalam Pembinaan .....
Gambar diambil pada 15/10/2012....






Gambar Projek Hard Rock Cafe Dalam Pembinaan .....
Gambar Di Ambil Pada: 18/11/2012....





Gambar Projek Hard Rock Cafe Dalam Pembinaan .....
Gambar Di Ambil Pada: 26/12/2012....





Gambar Projek Hard Rock Cafe Dalam Kerja Akhir....
Gambar Di Ambil Pada: 2/1/2013....




MELAKA 10 Jun - Hard Rock Cafe Melaka di Jonker Walk bernilai RM17 juta dijangka siap dan dibuka kepada orang ramai penghujung tahun depan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pembinaan Hard Rock Cafe di bandar raya bersejarah itu adalah yang ketiga di negara ini selepas Kuala Lumpur pada 1991 dan Pulau Pinang pada 2009.
Menurutnya, Hard Rock Cafe Melaka bakal menjadi tarikan terbaru di negeri ini yang sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
"Pembinaan Hard Rock Cafe membuktikan kepercayaan pelabur terhadap pertumbuhan pesat industri pelancongan di sini. Saya sangat teruja dengan adanya Hard Rock Cafe yang cukup terkenal di seluruh dunia dan kini sudah berada di Melaka dan saya harap ia dapat dibuka lebih awal," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis pecah tanah tapak pembinaan Hard Rock Cafe di Jonker Walk di sini semalam.
Turut hadir Pengerusi Hard Rock Cafe Enterprise (M) Sdn. Bhd., Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir dan Naib Presiden Franchise Operasi dan Pembangunan Hard Rock International, Michael Beachem.
Sementara itu Syed Yusof berkata, pembinaan premis itu di kawasan seluas 9,000 meter persegi akan menerapkan senibina klasik, selaras dengan lokasinya berada di kawasan tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
"Hard Rock Cafe Melaka akan menyediakan perkhidmatan terbaik, hidangan makanan klasik Amerika Syarikat dan tempatan serta persembahan secara langsung oleh kumpulan pemuzik tempatan atau luar negara," katanya.
Beliau menjangkakan kira-kira 30,000 hingga 40,000 pengunjung mengunjungi restoran tersebut setiap bulan apabila dibuka nanti.




Sumber Dari Akhbar....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...