Sabtu, 3 Mac 2012

projek pemanjangan landasan Lapangan Terbang Batu Berendam (LTBB).










AYER KEROH, 19 Dis- Kerajaan Negeri akan memohon bantuan kewangan sebanyak RM62 juta lagi daripada Kementerian Pengangkutan bagi projek pemanjangan landasan Lapangan Terbang Batu Berendam (LTBB).

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mahu Kementerian berkenaan membuat semakan bajet bagi membolehkan bajet untuk pengangkutan darat dan air dipindahkan kepada udara.

"Kementerian sebelum ini telah meluluskan RM131 juta. Kalau tidak ditambah, hanya pesawat jenis Foker akan digunakan dan ini tidak akan dapat memajukan industri pelancongan.

"Kita mensasarkan 1.5 juta penumpang setahun dan ini akan membawa pendapatan sebanyak RM1 bilion setahun.

"Kos pembinaan LTBB akan meningkat kepada RM193 juta termasuk kos memanjangkan landasan sebanyak RM62 juta tetapi pulangannya adalah lebih besar," katanya kepada pemberita di Seri Bendahara, di sini, hari ini.

Mohd Ali berkata, Unit Perancang Ekonomi (EPU) telah bersetuju dengan jumlah bantuan kewangan yang diminta tetapi menggunakan bajet Kementerian Pengangkutan.

"Kalau tidak dapat juga, kita minta EPU benarkan Kerajaan Negeri membuat pinjaman kepada bank,"katanya lagi.

Mohd Ali optimis proses pemanjangan LTBB boleh disiapkan dalam tempoh tiga bulan sekiranya kerja-kerja pemanjangan dilakukan 24 jam sehari dengan 3 shift kerja.

Mohd Ali turut mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Wira Omar Kaseh bagi membincangkan perkara ini dengan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan.

Katanya, proses pemanjangan landasan ini penting bagi membolehkan pesawat jenis Air Bus 737 mendarat secara 'full load' dengan penumpang penuh dan kargo yang penuh.

Panjang asal landasan, 1800 meter akan bertambah kepada 2135 meter sekiranya proses pemanjangan dilaksanakan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...