Isnin, 5 Mac 2012

projek CIQ Melaka hampir siap 90% ........


model projek CIQ Melaka.....





CIQ Melaka dalam pembinaan ......



CIQ Melaka hampir siap.....





CIQ Melaka dijadual siap Mac 2012





Mohd. Ali Rustam (kanan) memperkatakan sesuatu mengenai projek pembinaan CIQ Melaka kepada kontraktor projek semasa melawat tapak projek itu di Kota Laksamana, Melaka, semalam. - bernama


MELAKA 2 Jun - Projek Kompleks Kuarantin Kastam dan Imigresen (CIQ) Melaka berhampiran Kota Laksamana di sini kini sudah 38 peratus siap dibina.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kegagalan kontraktor asal menyiapkan projek itu yang menelan kos RM73 juta menyebabkan ia mengalami kelewatan lima tahun daripada jadual yang sepatutnya.
Menurutnya, pada masa ini, kontraktor kedua telah dilantik melaksanakan projek tersebut yang mengambil masa kira-kira 11 bulan lagi untuk siap sepenuhnya iaitu sekitar Mac tahun depan.
''Kita jangkakan apabila CIQ siap sepenuhnya nanti, ia mampu meningkatkan kedatangan pelancong menggunakan feri ke negeri ini kepada 250,000 orang setahun berbanding 50,000 orang pada masa ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan CIQ di muara Sungai Melaka di sini hari ini.
Kompleks CIQ yang sebelum ini dianggarkan menelan kos projek sebanyak RM35 juta sepatutnya dijadual siap pada April 2007.
Kelewatan projek itu menyebabkan ia tersenarai antara enam projek kerajaan Persekutuan yang mengalami kelewatan di negeri ini melibatkan jumlah RM200 juta.
Selain itu kata Mohd. Ali, pada masa ini terdapat dua buah feri ke Melaka dalam tempoh sehari iaitu dari wilayah Dumai dan Bengkalis, Indonesia.
''Kita harap apabila kompleks itu siap, lebih banyak feri penumpang akan datang ke negeri ini menggunakan kemudahan di CIQ tersebut terutamanya feri penumpang dari destinasi baru seperti Singapura dan Batam," ujarnya.
Kata beliau, selain perkhidmatan feri, pintu masuk utama ke negeri ini ialah melalui kemudahan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam dengan kemampuan menampung kapasiti seramai 1.5 juta pelancong setahun.
Sementara itu, mengenai perkembangan projek kenderaan ro-ro atau feri pengangkut kenderaan antara Melaka dan Dumai, Mohd. Ali berkata, pihaknya masih belum mendapat kelulusan Lembaga Pelabuhan Klang untuk menggunakan Pelabuhan Tanjung Bruas di sini, bagi operasi ro-ro.
Katanya, bagi pihak kerajaan negeri, pelbagai masalah teknikal telah diselesaikan dan hanya menunggu kebenaran operator terbabit dan pihak Lembaga Pelabuhan Klang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...