Selasa, 30 April 2013

Projek Jasin Sentral Dan Pasaraya Econsave Sudah Siap...






JASIN 3 April - Jasin Sentral yang menempatkan terminal bas dan teksi di bandar ini, kini menjadi mercu tanda baru bagi Jasin hasil kerjasama Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan pasar raya Econsave Cash and Carry Sdn. Bhd. (Econsave).

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, terminal di tapak seluas 0.8 hektar itu yang dinaik taraf pihak Econsave dengan nilai mencecah RM3 juta, juga dilihat bakal memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Menurutnya, kawasan lebih selesa dan strategik itu turut akan membantu meningkatkan pendapatan para pengusaha teksi dan bas selain memberi ruang kepada peniaga kecil menjana ekonomi sendiri.

"Selain pasar raya, Jasin Sentral turut menempatkan sebanyak 12 gerai jualan bagi peniaga kecil serta ruang menunggu berhawa dingin dan kemudahan internet tanpa wayar secara percuma untuk orang ramai," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Jasin Sentral dan Econsave Jasin di sini semalam.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md. Yunos Husin; Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri, Datuk Ghazale Mohamad dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin, Murad Husin.

Jelas Mohd. Ali, lebih banyak projek perkongsian melalui dasar penswastaan akan dapat dilaksanakan melalui persefahaman antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan syarikat swasta.

"Konsep perkongsian seperti ini merupakan sesuatu yang patut dicontohi dan diharap dapat diperluaskan lagi ke pekan-pekan kecil seperti di Merlimau, Masjid Tanah dan kawasan-kawasan lain," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga, Hamdan Mohd. Sharif, 48, berkata, projek menaik taraf Jasin Sentral amat diharapkan kerana mampu memberi keselesaan selain memudahkan para peniaga dan masyarakat setempat.

"Projek ini memberi peluang kepada peniaga mencari pendapatan lebih namun PBT perlu memantau jenis perniagaan yang beroperasi supaya lebih pelbagai dan mampu menarik ramai pengunjung," ujarnya.

Seorang penduduk tempatan, Zulkifli Kalil, 43, pula memberitahu, dia gembira dengan adanya kemudahan serba moden di Jasin Sentral.

"Dengan adanya kemudahan seperti ini, orang ramai tidak perlu bersusah payah mendapatkan perkhidmatan bas dan teksi selain mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi orang ramai," tambahnya.




Sumber Dari Utusan: Berita Utusan

Isnin, 29 April 2013

Projek MyDin Jasin Dah Siap....


Gambar Bagunan Hypermarket MyDin Jasin.... 



Gambar Semasa Majlis Pembukaan MyDin Jasin....


JASIN- Mydin Hypermarket berharga kira-kira RM60 juta kini beroperasi di Bandar Jasin Bistari, Melaka dan kira-kira 7,000 warga Jasin dan lokasi berhampiran. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, pada 30 Mac 2013.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holding Berhad, Datuk Wira Dr. Ameer Ali berkata, Mydin Bandar Jasin Bistari merupakan cawangan Mydin Hypermarket kedua di Melaka selepas Mydin MITC dan ke-12 yang juga merupakan rangkaian ke-101 di Malaysia.

Katanya, pembukaan Mydin Bandar Jasin Bistari bakal menjadi alternatif destinasi membeli-belah untuk warga Jasin, Tangkak, Segamat atau Muar, bahkan ia bakal menjadi katalis pembangunan sosio-ekonomi setempat di samping memberi peluang pekerjaan kepada kira-kira 300 anak tempatan.

"Kewujudan Mydin Hypermarket di ini juga adalah sebagai melaksanakan sebahagian dari Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kerana ia bertujuan menambah baik taraf hidup rakyat kerana CSR tidak terhad hanya sekadar sumbangan kewangan atau barangan, bahkan pengertian CSR adalah jauh lebih luas termasuk dalam bentuk perkhidmatan yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai," ujarnya.


Sumber Dari FB: perjalanan saya 30.03.2013 (mohd ali rustam)
Sumber Dari Akhbar: Sinar Harian
Cerita sebelum ini: Projek Pasaraya Mydin Di Jasin.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...