Sabtu, 6 Oktober 2012

Projek Teranformasi Kampung Morten Dan Sungai Melaka Telah Berjaya.....

Gambar Kampung Morten Pada 2008....

Gambar Kampung Morten Pada 2012....


Sejarah Kampung Morten dan Sungai Melaka:
Kampung Morten yang terletak di tengah Bandaraya Melaka , adalah satu-satunya perkampungan Melayu di Bandar Melaka.
Kampung ini dianggap sebagai muzium hidup memandangkan ramai penduduknya masih mengamalkan cara hidup yang tidak banyak berubah dan banyak mempamerkan keunikan rekabentuk rekaan rumah mereka.
Perkampungan ini dinamakan sempena nama J.F Morten , pesuruhjaya Tanah apabila suruhanjaya tersebut ditubuhkan pada awal 1920-an.Morten telah memainkan peranan untuk membina perkampungan ini , yang dahulunya hanya merupakan sebuah kawasan paya.
Manakala Sungai Melaka merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dari tahun 1402-1511 dan selepas itu. Sungai ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai ini merupakan kawasan perbandaran, penempatan, perkuburan, perniagaan, perkapalan, pelabuhan dan lain-lain sejak ratusan tahun yang lalu.

Lantaran itu keputusan kerajaan negeri Melaka pimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam untuk mengindahkan Sungai Melaka sebagai destinasi pelancongan adalah wajar sekali. Antara keistimewaan terbaru yang disediakan di sekitar Sungai Melaka, Bandar Hilir, Melaka, termasuklah:

Perkhidmatan 'river cruise' sepanjang Sungai Melaka.
  • "Malacca Duck Tours", bot amfibia yang membawa pengunjung merentasi laluan di sekitar Jalan Taman Melaka Raya dan terus ke Pulau Melaka sebelum turun ke laut. Ia kemudian melalui sepanjang pesisiran Selat Melaka sehingga naik semula ke darat berhampiran muara Sungai Melaka.
  • Perkhidmatan Monorel Melaka menyelusuri Sungai Melaka.
  • Program tebatan banjir sebanyak RM90 juta serta RM120 juta untuk projek banjir kilat.
  • Hotel "Casa del Rio" di Jalan Kota Laksamana.
  • Menara Taming Sari yang berputar setinggi 110 meter di Bandar Hilir. Menara ini boleh berputar 360 darjah meniru konsep menara di Pulau Sentosa, Singapura. Kerja-kerja pendawaian profesional dilakukan oleh jurutera syarikat pembekal projek dari Switzerland. Namun menara berputar ini telah dipindahkan ke kawasan baru kerana di tepi sungai itu terjumpa runtuhan tembok bersejarah.
  • Marina Melaka di muara Sungai Melaka - untuk sukan rekreasi laut.
  • Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) berharga RM35 juta.
  • 6.8 juta pelancong melawat pelbagai destinasi di Melaka dan antara destinasi terbaru ialah menjejak sejarah Sungai Melaka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...