Sabtu, 30 Jun 2012

Porjek Rumah Melaka Di Bukit Katil Telah Siap....


Gambar Rumah Melaka Di Bukit Katil.....


Berikutan permintaan produk kayu-kayan yang dihasilkan oleh pengusah-pengusaha dari seluruh Melaka, Kerajaan Negeri Melaka telah mengambil inisiatif untuk membina dan memajukan sektor kayu-kayan dengan membina sebuah pusat promosi perabot dan perkayuan atau lebih dikenali sebagai Rumah Melaka. Rumah Melaka akan menjadi pusat promosi dan pameran bagi produk-produk yang dihasilkan di Melaka. Terletak di Bukit Katil, Rumah Melaka dijangka mampu menjadi tumpuan pembeli-pembeli produk perkayuan dan perabot dari seluruh negara serta para pelancong domestik dan antarabangsa.
Kerajaan Negeri Melaka sememangnya bijak dalam mengekploitasikan sektor perkayuan yang mana dijangka mampu memberi keuntungan kepada pengusaha-pengusaha tempatan sekaligus mampu mengukuhkan sektor utama negeri iaitu pelancongan.
Dibina daripada pelbagai jenis kayu-kayan, Rumah Melaka terbina indah dengan pelbagai ukiran dan mengekalkan ciri-ciri tradisional seni bina rumah Melayu Melaka. Berikut merupakan artikel mengenai sektor perkayuan dan Rumah Melaka.








Gambar Semasa Merasmikan Rumah Melaka Di Bukit Katil Melaka...

MELAKA, 18 Mac (Bernama) -- Eksport industri kayu dijangka mencecah RM23 bilion tahun ini berbanding RM20.52 bilion pada tahun lepas, yang mencerminkan satu sumbangan kepada ekonomi negara yang masih signifikan.
Timbalan Menteri Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin berkata Jepun yang dilanda gempa bumi baru-baru ini merupakan pasaran eksport terbesar negara, iaitu kira-kira 19 peratus.
Selain Jepun, negara utama pengimport industri kayu Malaysia berdasarkan statistik 2009 ialah Amerika Syarikat (12.2 peratus), India (6.85 peratus), Korea (5.85 peratus), United Kingdom ((4.65 peratus), Taiwan (4.30 peratus) dan Australia (4.11 peratus).
"Oleh kerana eksport kayu berkait rapat dengan ekonomi sesebuah negara itu, kita menjangkakan permintaan menurun dari negara matahari terbit itu dan juga pasaran dari negara-negara Timur Tengah," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Pusat Promosi Perabot dan Perkayuan Negeri Melaka (Rumah Melaka) di Bukit Katil di sini Jumaat.
Rumah Melaka yang dibina menggunakan pelbagai spesies kayu sebagai pusat promosi berharga RM5 juta di kawasan seluas dua hektar disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Menurut Hamzah, prestasi pasaran eksport boleh ditingkatkan dengan nilai tambah terutama industri perabot mengikut spesifikasi khas seperti yang dikehendaki pelanggan.
Pada masa yang sama, beliau berkata industri kayu dan perabot juga tidak seharusnya bergantung kepada pasaran eksport sebagai salah satu sumber pertumbuhan utamanya.
"Pasaran tempatan mempunyai potensi mewujudkan kesan berganda dan mampu mengimbangi cabaran ketidaktentuan pasaran antarabangsa," katanya.
Beliau berkata langkah mempromosi dan mempertingkatkan kayu kayan di pasaran tempatan termasuk pembinaan "Rumah Melaka" merupakan langkah yang tepat dan selaras dengan hasrat kerajaan menerusi Dasar Perindustrian Kayu Malaysia (NATIP) yang menyasarkan eksport kayu negara mencecah RM53 bilion menjelang 2020.
Pada masa ini, penggunaan kayu di pasaran tempatan dianggarkan bernilai RM24 bilion setahun di mana pengguna kayu terbesar di negara ini adalah di sektor pembinaan yang boleh diperluaskan lagi.
Rumah Melaka, katanya adalah sebuah projek kementerian yang berpotensi dijadikan hab atau pusat sehenti produk keluaran syarikat Bumiputera.
Furniture Industry Technology Centre (FITEC) sebuah anak syarikat milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA), telah dilantik untuk menguruskan penjualan produk keluaran Bumiputera di pusat itu.
Dengan bimbingan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan FITEC, katanya pengusaha perabot Bumiputera dijangka dapat memperluaskan jaringan pasaran mereka melalui penyertaan dalam aktiviti dan program yang akan dijalankan secara berkala di Rumah Melaka.
Prestasi eksport pengusaha kayu Bumiputera meningkat 5.5 peratus kepada RM32 juta tahun lepas berbanding RM30 juta pada 2009.

-- BERNAMA

Projek Asrama Penempatan pekarja Asing....




 Gambar Semasa Merasmikan majlis Pecah Tanah Projek Asrama Pekarja Industri....



Bina asrama selesai penempatan pekerja asing

MOHD. Ali Rustam (tengah) melihat pelan projek pembinaan selepas menyempurnakan majlis pecah tanah asrama pekerja industri di kawasan perindustrian Masjid Tanah, Melaka, kelmarin.


ALOR GAJAH 13 Jun - Pembinaan asrama pekerja warga asing yang menelan kos berjumlah RM5.3 juta di kawasan perindustrian Masjid Tanah di sini, dijangka dapat menyelesaikan isu penempatan pekerja berkenaan terutamanya yang menetap di kawasan perumahan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, projek pembinaan asrama itu yang dijadualkan siap pada pertengahan 2014 mempunyai dua blok rumah pangsa lima tingkat dan mampu menampung seramai 1,650 pekerja dengan kapasiti 12 pekerja untuk satu rumah.

Menurutnya, pembinaan asrama berkenaan merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam mewujudkan situasi 'menang-menang' antara pekerja warga asing dan penduduk setempat.

"Saya mendapat banyak aduan daripada penduduk di taman perumahan di sini yang berasa tidak selesa dan selamat kerana ramai pekerja asing menyewa di kejiranan mereka dan akibat pertembungan budaya dan adat, pelbagai kesulitan berlaku.

"Pengasingan pekerja warga asing ini juga dilihat mampu membendung kejadian tidak diingini seperti salah laku moral, jenayah dan paling penting penduduk setempat berasa selesa," katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah projek berkenaan di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Datuk Yusof Jantan; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Abd. Ghafaar Atan dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ab. Karim Sulaiman.

Mohd. Ali berkata, projek asrama di atas tanah seluas 1.74 hektar itu akan dibangunkan oleh PKNM dan apabila siap kelak akan disewakan kepada pemaju untuk diuruskan.

Beliau berkata, kira-kira 700 warga asing yang bekerja di kawasan perindustrian Masjid Tanah kini menginap di rumah yang disewakan majikan mereka di Taman Bidara Permai kerana tiada lokasi sesuai untuk menempatkan pekerja berkenaan.

Tambahnya, pemilik kilang di lokasi terbabit disaran segera memindahkan pekerja mereka ke asrama berkenaan apabila pembinaannya siap sepenuhnya kelak.

Sumbar Akhbar Utusan 13 Jun....


Rabu, 27 Jun 2012

Projek LTAM Telah Berjaya.......


  Pendaratan Pesawat Airbus 320 Air Asia di LTAM





Gambar Semasa Pendaratan Percubaan Airbus Di LTAM.....


Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Mampu urus Airbus 320

BATU BERENDAM, MELAKA. 15 Jun Pendaratan percubaan oleh Pesawat Airbus 320 Air Asia di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) kira-kira jam 2.30 petang tadi membuktikan bahawa LTAM mampu menguruskan semua jenis pesawat yang melakukan pendaratan di lapangan berkenaan.

Walaupun pesawat milik Air Asia hanya melakukan pendaratan percubaan, namun ia membuktikan LTAM mampu menguruskan semua pesawat termasuk Airbus.

Mungkin selepas ini Air Asia berhasrat singgah ke Melaka kerana LTAM memiliki segala kemudahan yang diperlukan oleh semua jenis pesawat,LTAM menyediakan pelbagai kemudahan termasuk tangki mengisi minyak untuk pesawat berkapasiti besar… selepas kejayaan pendaratan percubaan pesawat Airbus 320 yang dikendalikan oleh Kapten Rejesh Gill dan dibantu oleh Kaptan Aaron Louis.


Mohd Ali Rustam bersama Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna, Datuk Ghazale Mohamad turut meluangkan masa masuk ke kokpit pesawat berkenaan yang tiba menerusi penerbangan khas dari Terminal Tambang Murah (LCCT) Sepang.

Sementara itu jurucakap Malaysia Air Port Berhad (MAB) memberitahu, pendaratan percubaan oleh pesawat milik Air Asia itu adalah sebagai alternatif lokasi pendaratan kepada pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah itu sekiranya berlaku ‘cuaca buruk’.


Sumber Berita Dari Blog Ali Rustam




Boeing 737-500 Mampu Mendarat Di LTAM




Gambar Semasa Pendaratan Boeing 737-500 Riau Alrlines......

Gambar 90 Penumpang Tiba di LTAM.......


Boeing 737 boleh mendarat

MELAKA 9 Jan. - Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam di sini mampu mengendalikan pendaratan pesawat jenis Boeing 737. Keupayaan pesawat Boeing 737-500 milik Riau Airlines yang membawa 124 penumpang membuat pendaratan sulung Jumaat lalu membuktikan kemampuan sebenar LTAM.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kemampuan mengendalikan pendaratan pesawat jenis Boeing 737 akan menggalakkan lebih banyak syarikat penerbangan dari luar untuk menggunakan LTAM.
''Ini satu lembaran baru buat LTAM apabila berjaya mengendalikan pendaratan pesawat jenis Boeing 737 dan secara tidak langsung akan membawa perubahan besar bagi mengendalikan penerbangan antarabangsa yang lain.
''Jika Malaysia Airlines (MAS), FireFly dan AirAsia masih enggan menggunakan LTAM, lebih baik kita memberi ruang pada mana-mana syarikat penerbangan lain untuk mendarat di LTAM," katanya di sini, semalam.
Jumaat lalu, pesawat jenis Boeing 737-500 membuat pendaratan sulung di LTAM yang sebelum ini hanya digunakan oleh pesawat jenis BAE 146-200 dan ATR500-72.
Sambutan meriah diberikan sebaik pesawat yang membawa seramai 124 penumpang termasuk anak kapal dari Pekan Baru diketuai oleh Gabenor Riau, Datuk H.M. Rusli Zainal dan pegawai tertinggi republik itu mendarat di LTAM.
Turut hadir, Konsul Malaysia di Pekan Baru, Zamani Ismail, Presiden Direktor Riau Air, Teguh T. Riyanto dan beberapa wartawan dari negara itu.
Mengulas lanjut, Mohd. Ali berkata, pendaratan itu akan mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Melaka-Pekan Baru selain merancakkan lagi hubungan ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.
Katanya, kerajaan negeri turut menggalakkan orang ramai menggunakan Riau Air untuk ke destinasi lain di Indonesia termasuk Jakarta.
''Riau Air akan dijadikan sebagai hab udara untuk ke destinasi lain di seluruh Indonesia dan ini akan merancakkan ekonomi kedua-dua negara," ujarnya.
Riau Air menggunakan LTAM (dulu dikenali Lapangan Terbang Batu Berendam) sejak 2006 dengan menggunakan pesawat Fokker 50 yang mampu membawa 50 penumpang.
Beliau berkata, Riau Air akan menggunakan pesawat Boeing 737-500 bermula esok bagi destinasi Melaka-Pekan Baru bagi menggantikan pesawat Fokker 50.

Sumber Dari Akhbar Utusan 9 Jan....




Wings Air ATR72-200 Mendarat Di LTAM



Gambar Semasa Pendaratan Wings Air ATR72-200 Di LTAM.......




Heritage Air BAe146-200 Mendarat Di LTAM......


Gambar Pesawat Heritage Air BAe146-200 Di Melaka.....




Melaka Air Di LTAM......


Gambar Tempat Menjual Tiket Melaka Air....


MELAKA 28 Mei - Kerajaan negeri merancang untuk memiliki syarikat penerbangan sendiri dikenali sebagai Melaka Air sebagai langkah terakhir agar Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) bernilai RM131 juta dapat digunakan pada tahap maksimum.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sejak LTAM dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Februari lalu, tidak ada syarikat penerbangan tempatan menggunakan lapangan terbang itu setakat ini.

Menurutnya, rancangan untuk menubuhkan Melaka Air terpaksa dibuat jika rundingan antara kerajaan negeri dengan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dan Lion Air bagi menggunakan LTAM menemui jalan buntu.

"Rundingan telah diadakan tetapi hingga kini tidak ada kata putus diberikan sama ada AirAsia dan Lion Air bersetuju untuk menjadikan LTAM sebagai salah satu destinasi penerbangan.

"Apabila kedua-dua syarikat itu tidak memberi sebarang jawapan bagi saya adalah lebih baik kita memiliki syarikat penerbangan sendiri yang dikenali sebagai Melaka Air. Kajian menyeluruh sedang dibuat dan akan diketahui tidak lama lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelepasan Penerbangan Pertama (Sewa Khas) Melaka-Medan-Melaka menggunakan syarikat penerbangan Firefly di LTAM, Batu Berendam di sini hari ini.

Seramai 72 penumpang bertuah menyertai pakej tersebut berlepas dari LTAM kira-kira pukul 3.45 petang.

Pakej pelancongan tiga hari dua malam ke Medan itu adalah anjuran Putri Holidays Bhd. dengan kerjasama Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam, Datuk Gan Tian Loo; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Md. Yunus Hussin dan Ketua Pegawai Eksekutif FlyFirefly Sdn. Bhd. (Firefly), Datuk Eddy Leong.

Pada masa ini hanya syarikat penerbangan Riau AirLines menggunakan LTAM.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali berkata, melalui Melaka Air, kerajaan negeri tidak bercadang untuk membeli pesawat baru tetapi sebaliknya akan menyewa pesawat Boeing 737 dan Airbus daripada syarikat penerbangan lain.

"Jika menjadi kenyataan, Melaka Air akan menumpu kepada pakej pelancongan kesihatan dan rekreasi ke beberapa destinasi seperti Jakarta, Medan, Surabaya, Pekan Baru dan Bandung," katanya.

Mengulas mengenai penerbangan pertama sewa khas Firefly ke Medan, beliau berkata, usaha menganjurkan pakej pelancongan itu adalah sebagai langkah awal untuk memastikan LTAM digunakan pada tahap maksimum.

"Selepas tiga bulan LTAM dirasmikan oleh Perdana Menteri, inilah penerbangan pertama walaupun terpaksa disewa khas menggunakan pesawat milik Firefly, lapangan terbang ini dapat digunakan sebaik mungkin," katanya.

Beliau menjelaskan, pakej tersebut merupakan satu permulaan yang baik kepada LTAM untuk beroperasi bagi pasaran domestik dan antarabangsa khususnya.

Ujarnya, orang ramai berpeluang untuk menyertai pakej pelancongan Melaka-Medan-Melaka pada 25 Jun, 9 Julai dan 23 Julai.



MELAKA 6 April - Syarikat Melaka Air hari ini mencatat sejarah apabila memulakan penerbangan domestik pertama ke Pulau Pinang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam di sini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sebagai permulaan penerbangan dua kali seminggu Melaka-Pulau Pinang adalah setiap Isnin dan Jumaat mengggunakan pesawat ATR72-500 milik Firefly yang mempunyai 72 penumpang.

"Penerbangan dari Pulau Pinang ke Melaka ialah pada pukul 7.15 pagi manakala dari Melaka, ia berlepas pada pukul 12.25 tengah hari setiap hari.

"Harga yang ditawarkan pula ialah serendah RM19.90 terhad untuk lima penumpang pertama, RM99 dan RM199," katanya selepas menyambut ketibaan 40 penumpang dari Pulau Pinang menaiki pesawat Firefly yang tiba pada pukul 8.25 pagi di LTAM, di sini hari ini.

Mohd. Ali berkata, pemilihan Pulau Pinang sebagai destinasi penerbangan domestik yang pertama adalah kerana ia mempunyai hubungan penerbangan antarabangsa dengan negara-negara yang lain.

"Dari Pulau Pinang, kita boleh pergi ke Hong Kong dan juga Tokyo dan itu pastinya memberi kemudahan kepada penumpang untuk bergerak sekiranya mahu ke tempat-tempat tersebut," ujarnya.

Sebagai permulaan katanya, Melaka Air menawarkan jadual penerbangan dua kali seminggu dengan tambahan 7,800 penumpang sehala setahun.

Beliau yakin penerbangan tersebut akan bertambah tiga atau empat kali seminggu menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan perjalanan 32 buah bas ke Pulau Pinang sehari yang membawa 1,200 penumpang atau 40 penumpang bagi setiap buah bas.

Katanya, disasarkan sebanyak 10 peratus atau 120 penumpang bas tersebut akan menggunakan perkhidmatan penerbangan ke Pulau Pinang dari LTAM.

"Ini bermakna dalam setahun, sebanyak 43,800 penumpang akan ke Pulau Pinang menaiki Melaka Air.

"Potensi ini amat besar kerana sebagai hab utara tanah air, banyak negeri bergantung kepada Pulau Pinang manakala Melaka yang juga merupakan negeri pusat terletak di tengah-tengah antara Johor, Negeri Sembilan dan juga sebahagian Selangor serta Pahang," katanya.

Mengikut rekod, tambahnya, seramai 140,000 pelancong dari Pulau Pinang telah menginap di hotel-hotel berdaftar di negeri ini sepanjang tahun lalu.




Iklan Melaka Air...


Sky Aviation Fokker F50 Mendarat DI LTAM....


Gambar Pendaratan Sky Aviation Fokker F50 di LTAM......



Boeing 737-300 Mendarat Di LTAM......


Gambar Pendaratan Boeing 737-300 di LTAM......


Sumber Akhbar Melaka Hari Ini Edisi 11 Julai....





Projek UTC Melaka Telah Siap......



Gambar Bagunan UTC Melaka....


Gambar Semasa Dalam Pembinaan....


Gambar Semasa Majlis Perasmian UTC Dan
Jelajah Janji Ditepati.....



UTC adalah singkatan kepada Urban Transformation Center atau Pusat Transformasi Bandar. Ia adalah satu usaha dan inisiatif Kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti Bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan.

UTC juga merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan Kerajaan melalui kerjasama strategi antara pelbagai agensi Kerajaan termasuk penglibatan pihak swasta.

Kewujudan UTC Melaka yang menjadi ikon kebanggaan rakyat bakal memberikan tranformasi besar kepada lokasi sekitar Jalan Hang Tuah menerusi pelbagai aktiviti yang mampu memberi limpahhan rezeki tambahan kepada rakyat.

Selepas ini Jalan Hang Tuah dan sekitarnya akan terus 'hidup' dengan berbagai aktiviti. Pelbagai aktiviti sedang dirangka termasuk Pasar Tani Mega dan Pasar Malam Mega di perkarangan UTC Melaka.

UTC Melaka diharap menjadi model atau ikon terbaik yang akan memberikan perkhidmatan lebih berkualiti kepada rakyat oleh 72 agensi kerajaan, pihak swasta, dan NGO yang bernaung di bawah satu bumbung.

Jika sebelum ini rakyat perlu pergi ke beberapa lokasi berasingan dengan jarak yang agak jauh dan tempoh masa yang agak panjang, tapi di UTC Melaka semua perkhidmatan ada. Semua urusan jadi lebih mudah. Nak beli barang keperluan. Kedai Rakyat 1 Malaysia Malaysia pun ada, nak tukar kad pengenalan baru, kaunter JPN juga ada disini. Hendak dapatkan rawatan perubatan, UTC Melaka juga sediakan Klinik 1 Malaysia. UTC Melaka yang beroperasi setiap hari dari 8.30 pagi - 10 malam diharap mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat...

UTC Melaka menempatkan 72 organisasi melibatkan agensi kerajaaan, swasta serta NGO menyediakan 10 kluster.


10 KLUSTER UTC :
1. Perkhidmatan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat
2. Perkhidmatan Pendidikan, Latihan dan Pekerjaan
3. Perkhidmatan Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan
4. Perkhidmatan Kesihatan
5. Perkhidmatan Kewangan
6. Perkhidmatan Kerajaan
7. Perkhidmatan Pembangunan Belia
8. Perkhidmatan NGO
9. Perkhidmatan Utiliti
10. Perkhidmatan Keselamatan




SENARAI AGENSI / PERKHIDMATAN DI UTC MELAKA :


Aras Bawah
1. Kafeteria UTC
2. Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M)
3. ATM / CDM
4. Polis Diraja Malaysia (PDRM)
5. Klinik 1 Malaysia


Aras 1
1. Kementerian Pembangunan Waniata, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
2. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
3. Tabung Haji (TH)
4. SME Bank
5. FAMA
6. Bank Rakyat


Aras 2
1. Jabatan Imegresen Malaysia
2. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
3. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
4. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
5. Biro Pengaduan Awam (BPA)


Aras 3
1. Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI)
2. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
3. Tekun Nasional Berhad
4. Tenaga Nasional Berhad (TNB)
5. Telekom Malaysia (TM)
6. Pos Malaysia
7. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
8. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
9. E-Perolehan
10. Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)
11. Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK)
12. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Melaka (PPSPPA)


Aras 4
1. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
2. Kementerian Sumber Manusia (JPK/JTM/JOB MALAYSIA/PTPTK)
3. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)


Aras 5
1. Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM)
2. Lembaga Perumahan Melaka (LPM)
3. Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI)
4. Unit Kerajaan Tempatan Melaka (UKT)
5. Majlis Keselamatan Negara (MKN)
6. Majlis Sukan Negara (MSN)
7. Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)
8. Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
9. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
10. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)
11. Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)
12. Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)
13. Unit Pembela dan Pembangunan Desa dan Pemantau Adun (UPPD)
14. Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPEN)
15. Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEIM)
16. Pusat Zakat Melaka (PZM)
17. Pejabat Daerah Dan Tanah Melaka Tengah
18. Pejabat Daerah Dan Tanah Jasin
19. Pejabat Daerah Dan Tanah Alor Gajah
20. Gotomelaka.blogspot.com Invest Melaka Sdn Bhd
21. Bahagian Promosi Pelancongan (BPP)
22. Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Melaka (PTG)
23. Jabatan Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Melaka (JKPNM)
24. Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS)
25. Pejabat Pembangunan Negeri Melaka (PPNM)
26. Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka (MBGM)
27. Sahabat Belia Negeri Melaka
28. Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK)
29 Yayasan Melaka (YM)


Aras 6
1. Cybercafe (CC)
2. Perpustakaan
3. Tuition Center


Aras 7
1. Lot-lot Perniagaan (Entrepreneur Center)


Aras 8
1. Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
2. Youth Centre
3. Fitness Centre
4. Music Centre


Aras 9
1. Yayasan DMDI
2. DMDI Finance
3. Bilik Mesyuarat
4. Bilik Perbincangan
5. Bilik Seminar
6. Surau Lelaki & Wanita



MELAKA 23 Jun - Penubuhan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang pertama di negara ini di Jalan Hang Tuah di sini terbukti memberi kepuasan yang begitu tinggi kepada rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut beliau, ia merupakan contoh di mana kerajaan Pusat dan negeri dapat menjalin kerjasama dengan begitu erat selain menzahirkan satu konsep yang memberi kemudahan yang begitu baik kepada rakyat.
Beliau menegaskan, konsep UTC yang diperkenalkan itu dilihat cukup mesra rakyat di mana di bawah satu bumbung terdapat 70 kementerian, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk dimanfaatkan oleh seluruh masyarakat berbilang kaum di negeri ini.
''Saya percaya pusat ini (UTC) setelah beroperasi boleh mendapat sambutan yang cukup hangat bukan kerana bangunannya tetapi lebih penting dari segi kemudahan dan pengisian perkhidmatan yang begitu hebat diberikan kepada rakyat.
''Pusat ini juga berkonsepkan mesra rakyat, bukan sahaja terdapat 70 kementerian, agensi kerajaan, NGO dan swasta tetapi ia turut menawarkan kemudahan sosial seperti pusat jagaan kanak-kanak, perpustakaan, gimnasium dan surau.
''Lebih penting lagi, urusan berkaitan dengan orang ramai terdapat di sini seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen yang membolehkan MyKad serta pasport dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian bangunan UTC Melaka yang pertama seumpamanya di negara ini di Jalan Hang Tuah di sini hari ini.
Sejurus menyempurnakan perasmian yang dihadiri kira-kira 100,000 orang itu, Perdana Menteri turut meluangkan masa membuat lawatan dan meninjau perkhidmatan yang disediakan di situ.
Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Mengulas lanjut, Najib berkata, selepas Melaka, UTC kedua akan dilancarkan di Pudu Sentral, Kuala Lumpur tidak lama lagi.
Menurutnya, kerja-kerja membaik pulih bangunan Pudu Sentral itu kini sedang giat dijalankan.
''Selepas ini, UTC akan dikembangkan ke setiap bandar lain dan saya harap dalam masa tidak lama lagi setiap negeri akan mempunyai UTC sendiri," ujarnya.
Beliau turut memuji usaha gigih kerajaan negeri menyiapkan kerja-kerja membaik pulih bangunan UTC sembilan tingkat apabila dapat disiapkan dalam tempoh hanya enam minggu.
Katanya, ia merupakan satu rekod dari segi kepantasan serta pelaksanaan daripada satu keputusan dibuat dari tarikh kemudahan dapat disiapkan untuk kegunaan orang ramai.
UTC Melaka beroperasi tujuh hari seminggu dan dibuka kepada orang ramai untuk membuat urusan dari pukul 8.30 pagi hingga 10 malam.

Sumber Akhbar Utusan 23 jun





Sumber Dari You Tube.....


Selasa, 26 Jun 2012

Projek Rimbunan Kasih Di Serkam.....


Gambar Semasa Datuk Ali Rustam Melawat Ke
Tapak Projek Rimbunan Kasih Di Serkam Merlimau.......

Gambar Kawasan Yang Akan Dibagunkan Projek Rimbunan Kasih.....



Gambar Semasa Tinjauan Kerja Dato, Ali Ke Tapak Projek Di Serkam....



Gamabar Projek Rimbunan Kasih Yang Hampir Siap.....


Petikan Dari Akhbar Melaka Hari Ini 18 Mei........



Sumber Akhbar Dari Melaka Hari Ini 18 Mei....


Sumber Akhbar Dari Melaka Hari Ini 27 Jun....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...