Petikan Dari Akhbar Melaka Hari Ini
Sumber Dari Akhbar Melaka Hari Ini....
MELAKA 2 Ogos - Hentian Bas adalah satu-satunya lokasi yang membolehkan kita melihat puluhan bas berada di satu tempat dalam suasana hiruk-pikuk.Persekitarannya pula, tentu sekali dicemari asap karbon dioksida yang dilepaskan ekzos bas berenjin diesel sekali gus membahayakan kesihatan.
Namun cuba bayangkan pemandangan sama dapat dinikmati tetapi kali ini ia berlaku dalam suasana cukup harmoni dan deruman enjin bas digantikan dengan deruan ombak yang menghempas pantai.
Hiruk-pikuk hon bas pula bertukar menjadi kicauan burung dan lantai yang berminyak menjadi hamparan rumput hijau sejuk mata memandang.
Jika masih tertanya-tanya di manakah kita boleh menikmati semua ini, jawapannya ialah di Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang di sini.
Ini kerana lokasi tersebut akan menjadi yang pertama di negara menempatkan sebanyak 40 buah bas usang yang akan diubah suai menjadi calet, restoran dan kedai jualan cenderamata.
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) adalah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertanggungjawab merealisasikan produk pelancongan terbaru itu.
Datuk Bandarnya, Zainal Abu berkata, jika segalanya berjalan mengikut perancangan, projek keseluruhan bernilai RM1.5 juta itu bakal tersergam sebelum akhir tahun ini.
"Pada 7 Ogos ini, semua penender akan ke lokasi tersebut untuk melihat tapak projek dan selepas itu MBMB akan memilih penender yang layak sebelum tarikh tutup pada 28 Ogos ini.
"Kita akan memastikan hanya mereka yang berkemampuan dari segi kewangan dan kepakaran dipilih, apatah lagi ini merupakan projek yang pertama seumpamanya di negara ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut beliau, semua 40 buah bas usang itu adalah bas henti-henti yang pernah digunakan sebagai pengangkutan awam utama di negeri ini sejak puluhan tahun lalu.
Ia dimiliki oleh 10 buah syarikat bas dan terpaksa dilupuskan setelah digantikan dengan pengurusan bas baru, Panorama Melaka Sdn. Bhd. (Panorama Melaka).
"Setiap bas yang usang itu nanti akan dicat semula dan diuba hsuai tetapi masih mengekalkan nama asalnya seperti Salira, Bas Tuah, M.O.S, Baswira dan Roda Juara bagi mengembalikan nostalgia perkhidmatan bas tersebut suatu masa dahulu.
"Bahagian luar bas ini juga akan dicat dengan pelbagai produk pelancongan negeri, manakala di bahagian dalam, pengubahsuaian dilakukan mengikut tiga konsep iaitu restoran, calet dan pusat jualan cenderamata.
"Malah, satu daripada bas tersebut akan dijadikan tandas awam dan kos untuk mengubahsuai sebuah bas dianggarkan lebih RM20,000," jelas beliau.
Apabila siap kelak, Zainal berkata, kira-kira 60 peniaga yang berniaga di dalam khemah di dataran itu ketika ini akan ditawarkan untuk berpindah ke dalam bas-bas tersebut dengan bayaran sewa yang akan ditetapkan.
Selain menaik taraf bas, katanya, MBMB juga memperuntukkan tambahan RM700,000 lagi untuk kerja-kerja pengindahan landskap menjadikan kos keseluruhan projek adalah RM1.5 juta.
"Di kawasan belakang bas ini nanti kita akan tanam rumput seluas empat hektar menjadikan ia kawasan padang yang luas untuk tujuan orang awam datang beriadah.
"Kawasan ini juga akan dilengkapi dengan sistem pencahayaan yang menarik dan unik bagi menambahkan lagi tarikan lokasi ini," ujar beliau.
Sebanyak 40 buah bas tersebut dimiliki oleh Salira Transport & Tours Sdn. Bhd., Tai Lye Sdn. Bhd., Malacca Omnibus Sdn. Bhd., Town Bus Service Sdn. Bhd., Baswira Sdn. Bhd. dan Roda Juara Sdn. Bhd.
Syarikat lain ialah Patt Hup Transport Co. Bhd., Batang Bus Co. Sdn. Bhd. dan Bas Tuah Sdn. Bhd.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan