Selasa, 6 Mac 2012

Projek Taman Tema Air Melaka Wonderland sudah siap......

Logo Melaka Wonoerland.......




gamber pelan Melaka Wonderland.....


MELAKA: Taman Tema Air Melaka Wonderland yang terletak di Ayer Keroh di sini, dibuka kepada orang ramai mulai hari ini dengan menawarkan 16 aktiviti air.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata taman tema yang mula dibina pada Ogos 2009 itu dijangka mampu menarik lebih 800,000 pengunjung setahun.

“Taman tema ini seluas 30 ekar (12 hektar) dan mempunyai 16 aktiviti air iaitu terbanyak di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan taman tema itu, hari ini.

Mohd Ali berkata, projek yang dibangunkan Melaka Wonderland Sdn Bhd itu menelan belanja RM80 juta, iaitu RM42 juta untuk pembinaan taman tema air manakala baki RM38 juta untuk tanah dan pembangunan lain seperti hotel yang sedang dalam pembinaan di situ.

Katanya, hotel bertaraf empat bintang dengan 168 bilik itu yang sedang dalam pembinaan di taman tema itu akan siap dalam tempoh setahun.

Beliau yakin taman tema itu akan menambah bilangan pelancong ke Melaka sekaligus membantu memenuhi sasaran kedatangan 8.2 juta pelancong tahun ini dengan purata bermalam selama tiga malam.

“Sasaran ini akan berjaya dicapai sekiranya sektor ini mendapat sokongan dan pembabitan sepenuhnya daripada industri pelancongan dan penyertaan rakyat secara langsung atau tidak langsung,” katanya.
Beliau berkata, tahun lalu bilangan pelancong yang datang ke negeri ini adalah sebanyak 8.9 juta orang dengan tempoh bermalam selama dua suku malam.

Taman tema itu dikelilingi lebih 359 hektar kawasan hutan rekreasi. – Bernama




gambar Melaka Wonderland dalam pembinaan.....



Taman tema siap Disember

MELAKA 13 Ogos - Impian Melaka untuk menjadi negeri taman tema semakin menjadi kenyataan apabila produk pelancongan berasaskan rekreasi yang dikenali Wonderland Theme Park dijangka siap Disember ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, taman tema air bernilai kira-kira RM28 juta yang terletak di Ayer Keroh itu dimajukan sektor swasta dengan keluasan tapak 12.9 hektar.

Menurut beliau, ia dijangka mampu menarik kunjungan sebanyak 300,000 pelancong setahun.

"Melaka Wonderland Theme Park mempunyai 28 jenis permainan dan rekreasi air dan ia mampu menampung sehingga 4,000 pengunjung pada satu-satu masa," katanya di sini baru-baru ini.

Menurut Mohd. Ali, setakat ini, beliau berpuas hati dengan taklimat mengenai kemajuan projek itu yang disampaikan oleh Penolong Pengurus Arihant Industrial Corporation Limited, Mangesh Taksale.

"Selepas ini, saya berharap lebih banyak sektor swasta akan tampil untuk memajukan projek-projek seumpama ini yang dilihat memberi keyakinan baru kepada pelabur dalam sektor pelancongan berasaskan rekreasi," katanya.





gambar Melaka Wonderland baru dibuka.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...