Selasa, 6 Mac 2012

wildlife Theatre Melaka Sudah Operasi......

Logo Wildlife Theatre Melaka......




gambar projek Wildlife Theatre Melaka dalam pembinaan........


gambar ketika membuat persembahan dihadapan orang ramai.......



MELAKA - Pertunjukan tiga ekor singa laut menjadi tarikan utama di Wildlife Theatre Melaka di Pulau Melaka di sini yang dibuka baru-baru ini.
Pengarah Urusan Wildlife Production Sdn. Bhd., Christie Siow berkata, setiap hari, sebanyak dua pertunjukan diadakan di taman berkenaan iaitu pada pukul 3 petang dan 6 petang.
"Pertunjukan selama hampir satu jam itu membabitkan tiga ekor singa laut berusia lapan bulan yang berasal dari Amerika Selatan iaitu Jonny, Mary dan Ann.
"Selain itu, pengunjung juga disajikan dengan pertunjukan haiwan reptilia, burung dan persembahan kebudayaan Sabah dan Sarawak dikenali sebagai Wildlife Theatre Tribe," katanya di sini semalam.
Christie berkata, pertunjukan itu bukan sekadar menghiburkan pengunjung, malah turut menyelitkan pelbagai maklumat mengenai haiwan terbabit.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.







Taman Singa Laut yang terletak di Pulau Melaka dan bakal menjadi tarikan terbaru pelancongan di negeri ini .
Sebagai permulaan dua ekor singa laut akan dibeli dari Indonesia dan dilatih untuk membuat persembahan kepada orang ramai,” katanya.Beliau berkata demikian selepas meninjau projek terbabit di Pulau Melaka, Banda Hilir di sini kelmarin.
Taman Singa Laut yang pertama dibina di negeri ini mampu memuatkan kira-kira 1,500 orang untuk satu pertunjukan.
Mohd. Ali berkata, taman itu akan diuruskan oleh anak syarikat kerajaan negeri, Menara Taming Sari Berhad yang kini mengendalikan operasi Menara Taming Sari dan monorel di Taman Rempah.Menurutnya, harga tiket yang akan dikenakan kepada pengunjung ialah RM5 untuk kanak-kanak dan RM10 bagi dewasa.


”Harga tiket ini tidak mahal kerana pengunjung akan berpuas hati dengan persembahan daripada kedua-dua haiwan terlatih ini,” ujarnya.Beliau menambah, produk pelancongan terbaru itu dijangka mampu menarik minat kira-kira 1,000 pelancong sehari dengan pendapatan RM10,000 sebulan.“Kita yakin, selepas ini Pulau Melaka yang dahulunya suaram bakal menjadi produk pelancongan terkenal antaranya seperti Bandar Arab dan Taman Ikan Lumba-Lumba,"katanya
Dijangka pertunjukan selama 45 minit.Pertunjukan ini akan diuruskan oleh sebuah syarikat swasta, namun hasilnya sebanyak 30% setahun akan dipungut oleh Kerjaan Negeri Melaka.
Wow pasti gempak ...Tahniah Rakyat Melaka.

Sumber Akhbar Melaka Hari Ini.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...