Jumaat, 9 Mac 2012

Projek Terminal Bas Melaka Sentral Telah Siap Pada 2004....








Melaka Sentral yang merupakan terminal bas dan teksi terletak di pinggir Bandar Peringgit. Ia terletak 15 minit daripada bandar Melaka dan bertentangan dengan pasaraya Tesco di Jalan Tun Razak.
 Terminal ini merupakan pusat pengangkutan yang menghubungkan bas dan teksi antara negeri dari seluruh pelusuk semenanjung serta perkhidmatan domestik. 

Rekabentuk terminal ini adalah gabungan motif tradisional Malaysia dan moden. Bangunan satu tingkat yang luas ini direka dengan atap yang tinggi dan mempunyai bukaan cahaya yang menerangi terminal ini yang berhawa dingin sepenuhnya. Bangunan ini mempunyai bahagian yang berbeza untuk bas dan teksi.
 Setiap bahagian mempunyai ruang tengah yang direka dengan taman tropika. Bahagian ini dilengkapi dengan kemudahan kafe jalanan, restoran dan kedai makanan segera serta kedai barangan untuk kemudahan pengunjung. Kaunter Penerangan terletak diantara dua bahagian ini. 

Terdapat 24 kaunter tiket dan 24 ruang pelepasan untuk perkhidmatan bas ekspres antara negeri. Untuk perkhidmatan bas domestik pula, terdapat 12 kaunter tiket dan 18 ruang pelepasan.
 Untuk mereka yang ingin berjalan dengan teksi, terdapat banyak ruang untuk teksi antara negeri dan domestik di terminal teksi. Melaka Sentral dibina dengan tiga komponen utama: terminal bas dan teksi di bangunan utama, pasar basah dan kering, dan bazar di luar bangunan. 


Tahukah Anda? Melaka Sentral
Melaka Sentral dibangunkan pada tahun 2004 yang dibina seakan-akan menyerupai terminal lapangan terbang. Melaka Sentral meliputi kompleks dan terminal pengangkutan awam, pasar dan bazar termoden di negara kita dan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...