Isnin, 5 Mac 2012

Projek The Shore Dalam Pembinaan....






 model projek kerjaya hotel melaka......


Gambar Persekitaran Projek....


ruang dan contoh hiasan dalaman kerjaya hotel melaka apa bila siap........


majlis pertukaran MOU.......

Gambar Lawata Dato Ali Rustam Ke Tapak Projek....


sumber akbar melaka hari ini......



(Gambar diambil pada 9/2/2012)


Gambar diambil pada 11/5/2012

Gambar diambil pada 12/6/2012


(Gambar diambil pada 15/10/2012)





(Gambar diambil pada 10/10/2014)

 Gambar Kerja-kerja Pembinaan.....

Video Dari You Tube....

MELAKA, (Bernama) - Sebuah hotel tertinggi di Melaka bertaraf empat bintang akan dibangunkan oleh Kerjaya Hotel Sdn Bhd setinggi 32 tingkat dengan pembinaan turut merangkumi tiga blok pangsapuri servis dengan kos RM400 juta.


Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata projek yang dibangunkan di kawasan seluas 3.645 hektar itu akan akan mengambil masa selama empat tahun dan dijangka siap pada 2014.

"Hotel ini akan dapat menambah bilangan bilik sekarang yang kini pada 11,402 bilik untuk kemudahan pelancong menginap di Melaka," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pembinaan hotel dan pangsapuri itu di Kampung Bunga Raya Pantai di sini, hari ini.

Hotel yang dikenali sebagai Hotel Kerjaya itu mempunyai 306 bilik dan bakal mempunyai 400 orang pekerja. Katanya blok pertama akan dibina setinggi 32 tingkat manakala tiga blok pangsapuri servis itu setinggi 27 tingkat dengan 700 unit pangsapuri.

"Hotel ini menyasarkan sebanyak 75 peratus daripada jumlah bilik penuh pada satu-satu masa dan diharap ini membantu kerajaan negeri memanjangkan tempoh bermalam pelancong melebihi 1.89 malam yan dicatat tahun lepas", katanya.

Mohd Ali berkata seramai 136 orang penduduk yang mendiami 80 rumah di kawasan pembangunan itu diberi pampasan berjumlah RM1.93 juta.

Beliau juga mengumumkan bermula minggu pertama bulan depan, Riau Airlines bakal menggunakan pesawat Boeing 737 yang boleh memuatkan kira-kira 140 penumpang bagi laluan Melaka ke Pekan Baru, Riau.

Pesawat Boeing itu menggantikan pesawat Fokker 50 yang boleh memuatkan kira-kira 50 penumpang dan syarikat penerbangan itu kini melakukan satu penerbangan setiap hari bagi laluan Melaka-Pekan Baru.

Mengenai keadaan berjerebu di negeri itu, beliau menasihatkan penduduk negeri ini supaya banyak meminum air untuk mengelakkan sebarang penyakit daripada jerebu itu.

"Pada masa yang sama kerajaan sedang bekerjasama dengan kerajaan Indonesia untuk menangani masalah jerebu," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...