Gambar Sungai Melaka Ketika Dahulu.....
Sungai Melaka merupakan nadi penggerak perdagangan Melaka sewaktu zaman kegemilangannya dan ketika itu sungai ini padat dengan kapal pedagang dari serata dunia. Ada di antara bangunan-bangunan yang di bina di zaman tersebut yang masih berdiri kukuh hingga ke hari ini. Di tepi sungai juga dibarisi dengan perkampungan lama dan bangunan-bangunan moden.Bagi yang berminat untuk menikmati keindahan Sungai Melaka, anda boleh menyusuri sungai tersebut dengan menggunakan Melaka River Cruise. Perjalanan menyusuri sungai sejauh sembilan kilometer ini memakan masa selama 45 minit dan pasti akan menghiburkan para pelawat sambil diberi penerangan. Aktiviti ini perlu dimasukkan di dalam itinerari pelancongan anda jika ke Melaka. Harga tiket bagi setiap dewasa ialah RM10 dan RM5 bagi kanak-kanak.Walaubagaimanapun, kerajaan negeri Melaka menawarkan potongan 50 peratus harga tiket beberapa produk pelancongannya termasuk tambang bot menyusuri Sungai Melaka, Melaka River Cruise untuk setiap hari Isnin hingga Khamis. Lokasi untuk membeli tiket dan menaiki bot ini berada di dua tempat iaitu Taman Rempah dan Banda hilir (berdekatan Muzium Samudera). 6.8 juta pelancong melawat pelbagai destinasi di Melaka dan antara destinasi terbaru ialah menjejak sejarah Sungai Melaka.Pada waktu malam, sungai Melaka dipenuhi dengan limpahan cahaya lampu yang menghiasi di tebing-tebing sungai. Keadaan ini akan menarik perhatian pelancong yang inginkan suasana warna-warni.
Gambar Sungai melaka kini......
MELAKA 8 Sept. - Kerja-kerja membangun dan mengindahkan Sungai Melaka dari Jambatan Hang Jebat hingga ke Gadek di Alor Gajah sejauh 39 kilometer (km) akan bermula hujung tahun ini melibatkan peruntukan sebanyak RM285 juta.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Gapar Hasan berkata, peruntukan tersebut melibatkan projek fasa pertama dan kedua memakan masa lima tahun untuk disiapkan.
Menurut beliau, bagi projek fasa pertama ia melibatkan kerja-kerja mengindahkan, mendalamkan sungai dan membina terminal teksi air dari Jambatan Hang Jebat hingga ke Melaka Sentral bermula Disember ini dan dijangka siap 2013.
''Bagi projek fasa kedua pula ia turut melibatkan pengindahan, mendalamkan sungai dan melebarkan sungai sehingga Gadek di Alor Gajah bermula dari 2013 hingga 2015.
''Projek ini bertujuan untuk menjadikan Sungai Melaka sebagai salah satu jalan pengangkutan air dengan menggunakan teksi air dan bot Melaka River Cruise," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebagai permulaan kata Gapar, kerja-kerja menaik taraf sungai tersebut melibatkan pemanjangan dan pelebaran sungai itu akan dilakukan sejauh 2.3 kilometer.
Menurutnya, tender bagi projek fasa pertama telah dibuka dan akan ditutup pada 29 September ini.
Beliau menambah, apabila projek fasa pertama siap nanti ia akan memudahkan orang ramai menggunakan teksi air dan bot Melaka River Cruise dari Melaka Sentral ke pusat bandar bagi mengelak kesesakan pada setiap hujung minggu dan cuti umum.
''Secara tidak langsung, Sungai Melaka akan menjadi salah satu produk pelancongan yang terkenal dan menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri ini," ujarnya.
Di samping itu, katanya, pelbagai kemudahan infrastruktur bakal dibina sepanjang sungai tersebut selain mengindahkan tebing sungai dan pembinaan landskap menarik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan