MELAKA 1 Feb. - Menara Taming Sari yang dijangka dapat memulakan operasinya selewat-lewatnya pertengahan bulan ini terpaksa ditangguhkan pembukaannya ekoran masalah teknikal.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, menara berputar tersebut yang sepatutnya menjalankan percubaan pada 8 Februari ini tidak dapat dimulakan akibat masalah tersebut.
''Kita berharap ia dapat menjalankan percubaan pada 8 haribulan dan beroperasi penuh pada 21 haribulan. Akibat masalah ini, ia mungkin mengambil masa sebulan lebih lagi," katanya.
Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas majlis tahlil dan doa selamat sempena selesai pembinaan menara berputar bernilai RM24 juta itu di sini malam tadi.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Ismail Saleh dan Ahli Lembaga Pengarah Menara Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Mohamad.
Menurut Mohd. Ali, beliau dimaklumkan oleh jurutera yang dilantik bahawa kerja-kerja membaiki masalah tersebut akan melibatkan tempoh sebulan atau lebih.
Menara Taming Sari yang menggunakan teknologi Eropah itu akan diuruskan oleh Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Kumpulan Melaka Berhad.
Kos pembinaan menara tersebut melibatkan tiang setinggi 110 meter, struktur berbentuk kepala keris di bahagian puncak serta kabin berputar yang mampu memuatkan 80 orang.
Di samping itu, sebuah kompleks yang menempatkan restoran, kaunter tiket dan kedai cenderamata turut dibina bersebelahan menara tersebut.
Beliau berkata, apabila beroperasi kelak, dijangkakan seramai 500,000 orang akan menggunakan perkhidmatan itu dalam setahun khususnya bagi mereka yang mahu menikmati pemandangan sekeliling bandar raya Melaka.
Sumbrt Dari You tube......
Tahukah Anda? Menara Taming Sari.....
Nama menara ini diambil sempena nama keris lagenda Taming Sari yang digunakan oleh Laksamana Melaka yang terkenal iaitu Laksamana Hang Tuah. Menara ini dibina atas cetusan idea YAB Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Seri Mohd. Ali bin Haji Mohd. Rustam sendiri.
Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara tinjau yang berketinggian 110 meter ini merupakan satu-satunya menara berputar yang menggunakan konsep 'gyro' di Malaysia dan dapat memuatkan 66 penumpang pada satu masa.
Menara yang menggunakan teknologi baru dari Switzerland dijangka dapat menarik lebih ramai pelancong ke negeri Melaka. Setiap pengunjung yang menaiki Menara Taming Sari ini pasti akan tersenyum puas melihat pemandangan dari atas pelantar menara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan