Jumaat, 9 Mac 2012

Cadangan projek pelancongan hawaii melaka......





  
Gambar  Papan Tanda Projek......




Sumber Akhbar.......

Sumber You Tube......


SHANGHAI (CHINA), 2 Julai - Kawasan tambak laut seluas kira-kira 1,000 ekar di Klebang akan dibangunkan menggunakan konsep Taman Peringatan Laksamana Cheng Ho yang menjadi destinasi utama pelancong jika berkunjung ke sini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, daripada jumlah keluasan itu, sebanyak 30 ekar akan dibangunkan sebagai taman tema menggunakan konsep itu dan bakal menjadi tarikan terbaru pelancongan di negeri itu.
Katanya, selain menempatkan replika kapal Laksamana Cheng Ho, kawasan itu akan turut dilengkapi hotel, restoran dan kedai menjual barangan cenderamata.
Beliau berkata, pelan induk pembangunan kawasan berkenaan yang mengadap Selat Melaka sedang disiapkan dan akan dibentangkan tidak lama lagi.
"Perancangan awal kita ialah menyediakan taman tema di kawasan berkenaan yang bakal menjadi tarikan terbaru pelancong jika mereka berkunjung ke Melaka.
"Pembangunannya akan menggunakan konsep Taman Peringatan Laksamana Cheng Ho yang terdapat di sini. Kita akan namakan Hawaii Melaka atau Selat Melaka Coast," katanya kepada wartawan Malaysia, di sini, hari ini.
Ketua Menteri sedang mengetuai delegasi Melaka melakukan lawatan kerja empat hari ke sini dan Nanjing. Ketika berada di sini, delegasi Melaka akan menyaksikan Shanghai World Expo 2010.
Pada sebelah petang, Ketua Menteri yang juga Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) turut mengadakan perjumpaan dengan masyarakat Islam di Shanghai di Masjid Xiao Tao Yuan.
Dalam pertemuan itu, beliau menasihatkan agar masyarakat Islam di sini menggunakan DMDI untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, pelancongan dan kebudayaan.
Beliau berkata, terdapat kira-kira 60 juta umat Islam di China dan produk halal termasuk makanan dan komestik amat berpotensi untuk dipasarkan.
"Saya mempelawa masyarakat Islam di sini mengeluarkan produk halal dan mendapat sijil Halal Malaysia yang diiktiraf oleh seluruh dunia. Melaka mempunyai halal hub dan kita bersedia membantu mereka yang berminat untuk melabur di sana," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...