Rabu, 1 Mei 2013

Projek Bagunan Baru MPJ, Melaka....

Gambar Pelan Projek Bangunan Baru MPJ....  




Gambar Semasa Majlis Pecah Tanah Bagunan Baru MPJ, Melaka....

JASIN - Usaha meningkatkan imej Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) lebih menyerlah apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) itu bakal memiliki bangunan sendiri di kawasan pusat pentadbiran baru Jasin.

Bangunan tiga tingkat bernilai RM7.1 juta itu akan didirikan di kawasan seluas empat hektar,  menjadi mercu tanda bandar Jasin dan dijadualkan siap pada 2015.

Yang Dipertua MPJ, Murad Husin berkata, kawasan berkenaan terdiri daripada bangunan MPJ membabitkan kawasan seluas 0.8 hektar, manakala selebihnya adalah pusat komersial termasuk bangunan hotel, apartment, pangsapuri kos sederhana dan bangunan lot komersial.

“Cadangan bangunan di bawah pentadbiran MPJ itu terletak 30 kilometer dari pusat bandaraya Melaka dan 10 kilometer dari pusat pentadbiran Kerajaan Negeri, bangunan Seri Negeri.

“Selain itu, bangunan ini juga terletak 12 kilometer dari Plaza Tol Ayer Keroh dan lima kilometer dari Plaza Tol Lipat Kajang,” katanya.

Menurutnya, selaras dengan Melaka sebagai Bandar Teknologi Hijau, bangunan itu dibina berkonsepkan ‘bangunan hijau’ yang mesra alam dan jimat tenaga, sekaligus konsep hijau pertama dibina di daerah ini.

"Dengan terbinanya bangunan MPJ yang baru ini, ia menjadi satu mercu tanda pusat pentadbiran daerah bagi menyokong wawasan pembangunan daerah Jasin sebagai Daerah Lestari dan Bandar Bestari menjelang 2020,” katanya.

Beliau berkata, antara kemudahan yang bakal dibina termasuk lif penumpang, sistem penghawa dingin, dewan yang mampu memuatkan kira-kira 500 orang dalam satu-satu masa, dua gelanggang badminton, tempat letak kereta bagi orang kurang upaya (OKU), perkhidmatan keselamatan, sistem pencegahan kebakaran dan jalur lebar tanpa wayar.


Sumber Dari Sinar Harian: Akhbar Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...