Sabtu, 24 November 2012

Projek Laluan Basikal Di Melaka....

Gambar Pelan Projek Laluan Basikal....

Laluan Basikal Di Jalan Hang Tuah...


Jalan yang terbabit ialah:-

Jalan Hang Tuah
Jalan Tun Ali
Jalan Tun Mutahir
Siar Kaki Sungai Melaka
(Jarak Keseluruhan 3.46 km)

Rujukan: http://www.melakagreentech.gov.my/inisiatif-hijau/peringkat-pbt-2/majlis-bandaraya-melaka-bersejarah-mbmb/projek-hijau/projek-laluan-basikal/

Rabu, 21 November 2012

projek kota warisan "porto historia"....

Gambar Projek....




Gambar Lakaran Projek Kota Warisan....



Gambar Semasa Majlis Pecah Tanah Projek....
Rujukan: perjalanan saya 20.11.2012 (mohd ali rustam)


Gambar Projek Dalam Pembinaan....
(Gambar Di Ambil Pada 27/5/2014)


MELAKA 20 Nov. - Kerajaan negeri kini dalam proses membangunkan Kompleks Kota Warisan Porto Historia bernilai RM92 juta di Kota Laksamana di sini dalam usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri terutama di daerah Melaka Tengah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, projek pembangunan hartanah itu dibangunkan di atas tanah seluas 1.9 hektar berhadapan Sungai Melaka, melibatkan bangunan komersial tiga tingkat dengan 55 unit kedai.

Menurutnya, pembinaan Porto Historia yang dijangka siap sepenuhnya November hadapan merupakan hasil usahasama pintar antara anak syarikat kerajaan negeri iaitu Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Finance House Berhad dan First Avenue Partners (Asia) Sdn. Bhd.

"Projek ini mendapat sambutan amat menggalakkan kerana kesemua unit kedai yang bakal dibangunkan ini telah habis dijual.

"Ini menunjukkan bahawa bidang pemilikan hartanah mempunyai potensi besar bagi meningkatkan ekonomi negeri," katanya ketika berucap sebelum merasmikan majlis pecah tanah projek tersebut di Kota Laksamana di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md. Yunos Husin; Pengurus Besar DMDI Finance House Berhad, Mashitah Ismail dan Pengarah Perhubungan Awam First Avenue Partners (Asia) Sdn. Bhd, Datuk Amzah Omar.

Mohd. Ali berkata, pembangunan Kompleks Kota Warisan ini adalah unik kerana reka bentuk bangunan yang dibina berkonsepkan bangunan bersejarah di negeri ini seperti yang terdapat di Banda Hilir dan Jonker Walk.

"Saya mengalu-alukan projek seumpama ini kerana dapat membantu mengekalkan ciri-ciri bersejarah yang sememangnya merupakan identiti Melaka sebagai Bandar Raya Warisan Dunia seterusnya menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara," ujarnya.

Katanya, kompleks perniagaan ini juga bakal memberikan lebih 200 peluang pekerjaan kepada orang ramai terutama ahli Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad (Kobemas) serta anak-anak mereka yang mahu mencari pekerjaan.



Selasa, 20 November 2012

Projek Naik Taraf Dataran Pahlawan....

Gambar Lakaran Projek...



(Gambar Di Ambil Pada:18/11/2012)


(Gambar Di Ambil Pada:29/10/2013)
Gambar Kerja Naik Taraf....



Gambar Projek Naik Taraf Dataran Pahlawan Melaka Sudah Siap...
(Gambar Di Ambil Pada:13/5/2014)

Sabtu, 17 November 2012

Rabu, 14 November 2012

Program Melaka Bebas Asap Rokok....

Logo Melaka Bebas Asap Rokok....


Mulai 11 April 2010, Kerajaan Negeri Melaka telah melancarkan Program 'Melaka Bebas Asap Rokok' bersempena dengan sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2010 peringkat kebangsaan yang berlangsung di Melaka Bandaraya Warisan Dunia dan ia adalah sebahagian dari usaha kerajaan dalam
menjadikan Melaka Sebagai Sebuah Negeri Yang maju dalam teknologi hijau menjelang 2020...

Pegenalan....
 Program 'Melaka Bebas Asap Rokok'  merupakan satu usaha 'mewujudkan lokaliti keseluruhan atau sebahagian bandar atau bandaraya sebagai kawasan bebas asap rokok'. Ia bertujuan utk melindungi orang awam daripada ancaman pendedahan kepada asap rokok basi yg membaahayakan kesihatan.

Lokasi....
Bandar Warisan Dunia seluas 4.2km dan Melaka Raya di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Kawasan MITC di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
Pusat Bandar Alor Gajah di Majlis Perbandaran Alor Gajah
Pusat Bandar Jasin di Majlis Perbandaran Jasin
Kawasan Larangan Merokok
Dalam Bangunan : tempat kerja, muzium, hotel, premis perniagaan, kedai makan..

Luar Bangunan : tapak warisan sejarah, taman permainan dan taman rekreasi, Jonker Walk, sepanjang jalan kota..

Fakta mengenai asap rokok:
Lebih 60 drpd 4000 bahan kimia dalam asap rokok adalah penyebab kanser
Pendedahan kpd asap rokok adalah penyebab utama utk 6 drpd 8 penyakit serius yg mbawa maut
Seorang drpd dua perokok sepanjang hayat akan maut akibat rokok
Perokok pasif mempunyai risiko 30% lebih tinggi mdapat kanser paru2 berbanding perokok
Asap rokok merosakkan hampir semua organ di dalam tubuh manusia
Kualiti udara di dalam bangunan dengan asap rokok lebih tercemar berbanding kualiti udara di luar bangunan yg tercemar dgn asap kenderaan dan perindustrian


VISI
Melaka Maju – Bebas Asap Rokok
- Pengiktirafan WHO = 2013

MISI
Memperkasakan masyarakat ke arah Melaka Bebas Asap Rokok (MBAR)

OBJEKTIF
Objektif program adalah untuk mewujudkan beberapa kawasan di Negeri Melaka sebagai Bebas Asap Rokok demi:

1. Melindungi hak golongan majoriti bukan perokok dari ancaman pencemaran udara oleh asap rokok
2. Menggalakkan tidak merokok sebagai amalan cara hidup sihat di kalangan masyarakat Melaka
3. Menggalakkan para perokok untuk berhenti merokok
4. Membantu usaha kerajaan Negeri Melaka untuk mencapai dan mengekalkan status negeri maju dengan melaksanakan persekitaran bebas asap rokok bagi melindungi kesihatan rakyat sejagat
5. Membantu usaha kerajaan Negeri Melaka untuk mengekalkan status “Bandaraya Warisan Dunia” dengan melaksanakan projek “Melaka Bebas Asap Rokok” supaya melindungi artifak-artifak dan bangunan-bangunan warisan tamadun sejarah Negeri Melaka daripada kesan kehakisan kepada bangunan dan artifak.


Gambar Usaha Yang Dilakukan Untuk Program Melaka Bebas Asap Rokok....


Gambar Papan Iklan Besar Di Tepi Jalan....

Gambar Iklan Program Di Bagunan....

Gambar Iklan Program Di Bagunan....

 Gambar Buku Dan Lencana Program....

 Gambar Template Program....

Gambar Peta Lima Zon Bebas Asap Rokok....


MELAKA 26 Okt. - Semua pemilik bangunan dan pengusaha hotel di negeri ini diminta memberi kerjasama dalam menjayakan usaha kerajaan negeri menggerakkan kempen menjadikan Melaka sebagai zon bebas asap rokok.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Yusof Jantan berkata, pihak berkenaan perlu terlibat untuk menjayakan program tersebut terutama dalam meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan kempen itu.

Menurutnya, MBMB selaku pihak berkuasa tempatan (PBT) amat komited membantu kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan untuk melaksanakan kempen tersebut.

"Pemilik-pemilik bangunan, pengusaha hotel dan semua premis terutamanya restoran perlulah memberikan kerjasama bagi memastikan rakyat menikmati kualiti persekitaran yang sihat.

"Langkah ini merupakan salah satu indikator yang perlu dicapai oleh Melaka bagi menepati sasaran negeri maju iaitu melaksanakan kempen Melaka bebas asap rokok," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memasang kira-kira 20 papan tanda zon Melaka bebas asap rokok di beberapa premis hotel dan restoran sepanjang Jonker Walk baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Azmi Hashim.

Menurut Yusof, apa yang dikesalkan, ada segelintir penyewa restoran tidak memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Jabatan Kesihatan dan MBMB untuk memasang papan tanda berukuran 0.4 x 0.9 meter itu di luar premis mereka.

"MBMB tidak mengenakan sebarang kos kepada mereka untuk memasang papan tanda itu, bahkan ia akan membuatkan lebih ramai pelanggan berkunjung ke restoran atau hotel mereka kerana ia bersih daripada puntung rokok.

"Kalau boleh kita pun tidak mahu sampai menggunakan tindakan undang-undang kepada pihak-pihak yang ingkar kerana kempen ini adalah untuk kebaikan semua pihak,'' katanya.

KAPSYEN--Jonker Walk kini merupakan Zon Bebas Asap Rokok selepas pelancaran zon bebas rokok di kawasan tersebut baru-baru ini.

Rujukan: Utusan Online Edisi 27/10/2010...
Untuk Info Lanjut: http://www.mbar.gov.my

Isnin, 12 November 2012

Projek Laluan Pejalan Kaki Negeri Melaka....


 Projek Laluan Pejalan Kaki Di Hadapan Masjid Al Azim Melaka....

Projek Laluan Pejalan Kaki Di Jalan Graha Makmur....

Projek Laluan Pejalan Kaki Di Jalan Komersial MITC....

Projek Laluan Pejalan Kaki Di Bandar Jasin....

 Projek Laluan Pejalan Kaki Di TESCO Bandar Melaka....

 Projek Laluan Pejalan Kaki Di Jalan Tun Ali

Projek Laluan Pejalan Kaki Di Tebing Sungai Melaka....

 Projek Laluan Pejalan Kaki Di Hadapan Pangsapuri Seri Siantan, Bukit Baru....

Projek Laluan Pejalan Kaki Di Hadapan Pejabat Pos Besar Negeri Melaka....

Melalui Peruntukan Perbelanjaan Pembangunan Kementerian Dalam Negeri (P62) bagi tahun 2011 dan 2012 untuk melaksanakan inisiatif NKRA Mengurangkan Jenayah bagi Program Bandar Selamat telah membina laluan pejalan kaki sepanjang 13.9 km di lokasi seperti di atas. Antaranya, projek pengasingan laluan pejalan kaki dan laluan bermotosikal dengan membina rel besi penghadang untuk mengelakkan kejadian samun dan ragut belaku di negeri Melaka dan Ia adalah sebahagian dari rancagan  projek hijau...

Ahad, 11 November 2012

Majlis Pelancaran Projek RTC Melaka....



Gambar Semasa Majlis Pelancaran RTC Melaka....

RTC Melaka merupakan RTC yang ketiga selepas RTC Perak dan RTC Kelantan. Dengan 9 inisiatif yang diperkenalkan di RTC Melaka menjadikannya lebih unik berbanding dengan RTC lain yang mempunyai hanya lapan inisiatif.
9 Inisiatif RTC Melaka :

Inisiatif 1 : Latihan Kemahiran (Ada RTC traning center)
Inisiatif 2 : Kiosk 1 Malaysia (Perkhidmatan)
Inisiatif 3 : Pertanian bernilai tinggi (TKPM)
Inisiatif 4 : Pemprosesan Produk Agro Makanan (Serai wangi)
Inisiatif 5 : Pengurusan Sistem Rangkaian (Pasar Nelayan)
Inisiatif 6 : Kerjasama Universiti (Perkongsian Ilmu pengetahuan)
Inisiatif 7 : Perkhidmatan (Klinik 1 Malaysia)
Inisiatif 8 : Pembiayaan Kewangan (Bank)
Inisiatif 9 : Agro Pelancongan (BARU : Chalet, Homestay, Medan Ikan Bakar...) 



Antara aktiviti pertanian berteknologi tinggi adalah pemprosesan serai wangi. MARDI akan bertindak sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk menjadikan kawasan Kuala Linggi sebagai salah pusat pemprosesan serai dan penghasilan produk berkaitan....... 




Kuala Sungai Bahru: Satu pelan pembangunan khas diwujudkan bagi memastikan pelaksanaan sembilan inisiatif untuk Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Melaka berjalan lancar.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata pelan itu akan menggariskan cadangan pembangunan terperinci bagi kawasan tertentu mengikut inisiatif berkenaan termasuk penyediaan kawasan khas meliputi tapak seluas antara 500 hingga 1,000 hektar.
“Pelan ini juga akan mengenal pasti tindakan pencegahan hakisan dan alam sekitar bagi memastikan kualiti persekitarannya,” katanya.

Pelbagai kemudahan 

Mohd Ali berkata, lebih 1,700 nelayan, 1,500 petani dan dan 800 penternak bakal menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan RTC Melaka.

Katanya, pusat berkenaan bakal membawa perubahan kehidupan golongan luar bandar berikutan lokasinya di kawasan Pelabuhan Kuala Linggi.

“Pelabuhan ini mencatat nilai eksport RM130 juta dan import RM40 juta tahun lalu. Kita mahu jadikan penduduk Kuala Linggi orang kaya baru dengan pendapatan bulanan RM4,000 menjelang 2020,” katanya.
Mohd Ali juga berkata, Kerajaan Melaka menghargai peruntukan yang diluluskan Kerajaan Persekutuan sehingga menjadikan negeri itu popular sebagai destinasi pelancongan terkemuka dunia.

Beliau berkata, ia termasuk menambah peruntukan RM180 juta bagi membangun dan mengindahkan Sungai Melaka sebagai usaha meningkatkan jumlah pelancong ke negeri itu.

"Tahun lalu saja Sungai Melaka mencatatkan jumlah pengunjung 1.028 juta menerusi perkhidmatan Melaka River Cruise dan dijangka meningkat dua kali ganda akhir tahun ini.

"Kita juga berterima kasih kepada Perdana Menteri yang meluluskan peruntukan hampir RM100 juta untuk membolehkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dibina di Banda Hilir," katanya.

Rujukan: Berita Harian Edisi 11/11/2012

Sumber Dari You Tube....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...