Ahad, 4 November 2012

Projek Terminel Kapal Mewah Di Melaka...



Gambar Kapal Mewah "Legend Of The Sea" Milik Syarikat Royal Caribbean Cruise Itd....



Gambar Semasa Menaiki Dan Melawat Kapal "Legend Of The Sea" Milik Syarikat Royal Caribbean Cruise Itd....

Sumber Gambar Dari


BANDARAYA MELAKA- Kapal persiaran mewah ‘Royal Caribbean International’ yang berpangkalan di Miami, Amerika Syarikat akan kerap berlabuh di Melaka sekiranya penghubung jalan darat dapat disiapkan dalam masa terdekat.

Keperluan terminal baru yang lengkap dengan fasiliti untuk kemudahan kapal mewah itu berlabuh di negeri ini disuarakan sendiri oleh ‘Captian Master of Vessel, Capt Yngvar Knutsen (Norway) kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Malah, Mohd Ali yang positif dengan perkembangan relevan bagi mempopularkan industri pelancongan di negeri ini memberi jaminan bahawa kerja-kerja pembinaan terminal yang dimaksudkan akan dimulakan dengan segera.

“Projek terminal tersebut akan dibina di antara Pulau Melaka dan Pulau Panjang yang menelan perbelanjaan sekitar RM100 juta. 

“Jika tidak ada apa-apa halangan, kerja-kerja pembinaan tersebut boleh dimulakan dalam tempoh tiga bulan ini,” katanya kepada pemberita.

Mohd Ali berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ringkas ke kapal mewah itu yang berlabuh di persisir pantai Jeti Parameswara, Banda Hilir, dekat sini. 

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sungai & Pantai Melaka (PPSPM), Datuk Baharom Majid.

Tambah Mohd Ali lagi, pihak kontraktor yang dilantik bagi membina terminal baru itu sedang menunggu reka bentuk baru selepas reka bentuk yang dicadangkan sebelum ini tidak dipersetujui.

“Sebelum ini rekabentuk yang dicadangkan adalah berbentuk T, namun tidak dipersetujui kerana tidak begitu praktikal dan konsultan mengubahnya kepada bentuk L.

“Sekarang hanya tunggu masa untuk mendapatkan lakaran baru terminal tersebut sebelum kerja-kerja pembinaan dimulakan,”katanya.

Menurutnya lagi, sebaik terminal baru beroperasi nanti, ia mampu menjadi lokasi berlabuh dua buah kapal mewah besar secara serentak dalam satu-satu masa.

“Dengan fasiliti serba lengkap nanti, saya menjangkakan ia dapat menampung kemasukan kira-kira 200,000 pelancong.

“Ini juga merupakan satu lagi tarikan pelancongan baru dan kerajaan negeri pasti dapat menambah pendapatan dari caj yang dikenakan ke atas pelancong terbabit,” katanya.

Sementara itu, Yngvar Knutsen yang mengetuai 720 anak kapal berkata, sepanjang tahun 2012, Royal Caribbean International menerima sebanyak 21 permohonan untuk menyertai pelayaran berbanding tahun sebelumnya yang hanya 12 ‘call’ sahaja.

“Ini satu petanda baik bahawa percutian mewah di atas kapal mula menjadi ‘trademark’ kepada masyarakat di negeri ini.

“Malah, selepas berbincang dengan Ketua Menteri yang komited menyiapkan terminal baru, hasrat membawa pelancong dan singgah di Melaka dengan lebih kerap pasti tidak menjadi masalah lagi. 

“Dengan keluasan terminal yang besar juga, saya bercadang membawa kapal mewah Royal Caribbean yang lebih besar supaya dapat memuatkan kira-kira 3,500 penumpang berbanding kapasiti sedia ada sekitar 2,076 penumpang saja,” katanya.

Sumber Melaka Hari Ini....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...