Ahad, 11 November 2012

Majlis Pelancaran Projek RTC Melaka....



Gambar Semasa Majlis Pelancaran RTC Melaka....

RTC Melaka merupakan RTC yang ketiga selepas RTC Perak dan RTC Kelantan. Dengan 9 inisiatif yang diperkenalkan di RTC Melaka menjadikannya lebih unik berbanding dengan RTC lain yang mempunyai hanya lapan inisiatif.
9 Inisiatif RTC Melaka :

Inisiatif 1 : Latihan Kemahiran (Ada RTC traning center)
Inisiatif 2 : Kiosk 1 Malaysia (Perkhidmatan)
Inisiatif 3 : Pertanian bernilai tinggi (TKPM)
Inisiatif 4 : Pemprosesan Produk Agro Makanan (Serai wangi)
Inisiatif 5 : Pengurusan Sistem Rangkaian (Pasar Nelayan)
Inisiatif 6 : Kerjasama Universiti (Perkongsian Ilmu pengetahuan)
Inisiatif 7 : Perkhidmatan (Klinik 1 Malaysia)
Inisiatif 8 : Pembiayaan Kewangan (Bank)
Inisiatif 9 : Agro Pelancongan (BARU : Chalet, Homestay, Medan Ikan Bakar...) 



Antara aktiviti pertanian berteknologi tinggi adalah pemprosesan serai wangi. MARDI akan bertindak sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk menjadikan kawasan Kuala Linggi sebagai salah pusat pemprosesan serai dan penghasilan produk berkaitan....... 




Kuala Sungai Bahru: Satu pelan pembangunan khas diwujudkan bagi memastikan pelaksanaan sembilan inisiatif untuk Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Melaka berjalan lancar.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata pelan itu akan menggariskan cadangan pembangunan terperinci bagi kawasan tertentu mengikut inisiatif berkenaan termasuk penyediaan kawasan khas meliputi tapak seluas antara 500 hingga 1,000 hektar.
“Pelan ini juga akan mengenal pasti tindakan pencegahan hakisan dan alam sekitar bagi memastikan kualiti persekitarannya,” katanya.

Pelbagai kemudahan 

Mohd Ali berkata, lebih 1,700 nelayan, 1,500 petani dan dan 800 penternak bakal menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan RTC Melaka.

Katanya, pusat berkenaan bakal membawa perubahan kehidupan golongan luar bandar berikutan lokasinya di kawasan Pelabuhan Kuala Linggi.

“Pelabuhan ini mencatat nilai eksport RM130 juta dan import RM40 juta tahun lalu. Kita mahu jadikan penduduk Kuala Linggi orang kaya baru dengan pendapatan bulanan RM4,000 menjelang 2020,” katanya.
Mohd Ali juga berkata, Kerajaan Melaka menghargai peruntukan yang diluluskan Kerajaan Persekutuan sehingga menjadikan negeri itu popular sebagai destinasi pelancongan terkemuka dunia.

Beliau berkata, ia termasuk menambah peruntukan RM180 juta bagi membangun dan mengindahkan Sungai Melaka sebagai usaha meningkatkan jumlah pelancong ke negeri itu.

"Tahun lalu saja Sungai Melaka mencatatkan jumlah pengunjung 1.028 juta menerusi perkhidmatan Melaka River Cruise dan dijangka meningkat dua kali ganda akhir tahun ini.

"Kita juga berterima kasih kepada Perdana Menteri yang meluluskan peruntukan hampir RM100 juta untuk membolehkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dibina di Banda Hilir," katanya.

Rujukan: Berita Harian Edisi 11/11/2012

Sumber Dari You Tube....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...