Rabu, 21 November 2012

projek kota warisan "porto historia"....

Gambar Projek....




Gambar Lakaran Projek Kota Warisan....



Gambar Semasa Majlis Pecah Tanah Projek....
Rujukan: perjalanan saya 20.11.2012 (mohd ali rustam)


Gambar Projek Dalam Pembinaan....
(Gambar Di Ambil Pada 27/5/2014)


MELAKA 20 Nov. - Kerajaan negeri kini dalam proses membangunkan Kompleks Kota Warisan Porto Historia bernilai RM92 juta di Kota Laksamana di sini dalam usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri terutama di daerah Melaka Tengah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, projek pembangunan hartanah itu dibangunkan di atas tanah seluas 1.9 hektar berhadapan Sungai Melaka, melibatkan bangunan komersial tiga tingkat dengan 55 unit kedai.

Menurutnya, pembinaan Porto Historia yang dijangka siap sepenuhnya November hadapan merupakan hasil usahasama pintar antara anak syarikat kerajaan negeri iaitu Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Finance House Berhad dan First Avenue Partners (Asia) Sdn. Bhd.

"Projek ini mendapat sambutan amat menggalakkan kerana kesemua unit kedai yang bakal dibangunkan ini telah habis dijual.

"Ini menunjukkan bahawa bidang pemilikan hartanah mempunyai potensi besar bagi meningkatkan ekonomi negeri," katanya ketika berucap sebelum merasmikan majlis pecah tanah projek tersebut di Kota Laksamana di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md. Yunos Husin; Pengurus Besar DMDI Finance House Berhad, Mashitah Ismail dan Pengarah Perhubungan Awam First Avenue Partners (Asia) Sdn. Bhd, Datuk Amzah Omar.

Mohd. Ali berkata, pembangunan Kompleks Kota Warisan ini adalah unik kerana reka bentuk bangunan yang dibina berkonsepkan bangunan bersejarah di negeri ini seperti yang terdapat di Banda Hilir dan Jonker Walk.

"Saya mengalu-alukan projek seumpama ini kerana dapat membantu mengekalkan ciri-ciri bersejarah yang sememangnya merupakan identiti Melaka sebagai Bandar Raya Warisan Dunia seterusnya menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara," ujarnya.

Katanya, kompleks perniagaan ini juga bakal memberikan lebih 200 peluang pekerjaan kepada orang ramai terutama ahli Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad (Kobemas) serta anak-anak mereka yang mahu mencari pekerjaan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...