Sabtu, 14 April 2012

Projek Pelancong Extreme Park Chinchin melaka dalam pembinaan.......




Gambar semasa majlis pecah tanah projek  Extreme Park.......





Tinjauan Mohd Ali Rustam ke tapak projek.......


JASIN 3 Feb. - Kerajaan negeri akan menjadikan Tasik Chinchin di daerah ini sebagai produk pelancongan terbaru di negeri ini yang berpotensi besar untuk dimajukan dengan pelbagai aktiviti pelancongan alam semula jadi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, menerusi peruntukan Kementerian Pelancongan berjumlah RM24.9 juta, Tasik Chinchin yang terletak di kawasan seluas 12 hektar akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan tarikan pelancong.

Menurutnya, antara kemudahan yang akan dibina di kawasan tersebut adalah calet, dewan serbaguna, restoran terapung, pelantar memancing, tapak perkhemahan, laluan pejalan kaki dan kawasan berbasikal sepanjang 4.5 kilometer.

"Selain itu, kemudahan lain seperti aktiviti lasak seperti sukan paintball, litar basikal BMX, flying fox, combat obstacle dan sebagainya akan turut dibina," katanya berucap pada majlis pecah tanah projek pembangunan kemudahan pelancongan di tasik itu semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latif Tamby Chik; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman; ADUN Serkam, Datuk Ghazale Mohamad; ADUN Merlimau, Roslan Ahmad dan ADUN Rim, Mohd. Yazed Khamis.

Mengulas lanjut Mohd. Ali berkata, kerja-kerja pembinaan kemudahan pelancongan itu sedang dijalankan oleh syarikat Agibs Engineering & Consruction Sdn. Bhd. dan dijangka siap dalam tempoh setahun setengah.

Menurutnya, projek Tasik Chinchin akan dibangunkan sebagai produk pelancongan bertemakan aktiviti lasak yang dijangka mempopularkan daerah itu.

"Saya yakin projek ini dapat menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih baik di daerah ini dan juga dapat memberi peluang pekerjaan serta ruang berniaga kepada penduduk," katanya.

Jelasnya, pembangunan kemudahan pelancongan di kawasan berkenaan adalah berdasarkan kedatangan pelancong ke negeri ini yang semakin meningkat setiap tahun.

Tahun lalu katanya, seramai 12.1 juta pelancong direkodkan mengunjungi negeri ini dan untuk tahun ini kerajaan negeri menyasarkan lebih 12 juta pelancong berkunjung ke sini sempena sambutan 750 tahun penubuhan Melaka.




Sumber dari akhbar Melaka Hari Ini.....

Projek Perkampungan Hang Tuah Melaka Dalam Pembinaan......

Gambar Pelan Projek.....



Gambar Proses Pembinan Perkampogan Hang Tuah....





Gambar Proses Pembinan Perkampogan Hang Tuah....
Gambar Di Ambil Pada 23/11/2012....





Gambar Proses Pembinan Perkampogan Hang Tuah....
Gambar Di Ambil Pada 31/12/2012

 Sebuah lagi projek pelancongan yang dinamakan "Perkampungan Pahlawan Laksamana Hang Tuah, pahlawan terbilang Melaka" akan didirikan di kawasan seluas 40 hektar di Kampung Duyung di sini dengan nilai RM132 juta.
 Mohd Ali Rustam berkata, kampung tersebut dipilih kerana ia dipercayai merupakan kampung asal dan tempat Hang Tuah bermastautin selain menjadi sebutan dalam hikayat lama seperti Lagenda Sungai Duyong.
"Perkampungan itu bakal dibina menerusi satu perancangan bersepadu menggabungkan identiti budaya, seni bina dan tradisi itu dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2013," 
Lawat Laman Sebelum Ini:

Projek Malaysia Eye Melaka kini dalam pembinaan......


Gambar pelan Malaysia Eye........







 kerja- kerja cerucuk bagi projek Malaysia Eye di Pulau Melaka bermula....




Gambar Semasa Tinjauan Dato Ali Ke Tapah Projek....




 Akhbar melaka hari ini....


Baru gergasi roda raksasa bagi Melaka

MELAKA: Melaka akan mendapat roda baru raksasa gergasi dari China untuk menggantikan struktur terdahulu yang telah ditutup dan dikeluarkan dua tahun lalu selepas 10 bulan perebutan undang-undang.

Digelar Mata Malaysia, baru 88m tinggi roda gergasi raksasa dari China akan dibina di Pulau Melaka oleh sebuah syarikat tempatan. Ia dijangka akan beroperasi pada 1 Jun.

Eye On sebelumnya setinggi 62m Kincir raksasa Malaysia, sebuah syarikat usahasama antara MST Ad Suria Sdn Bhd dan Eye On Malaysia Sdn Bhd milik negara, tidak lagi beroperasi pada tahun 2010 selepas pemilik Belgium Fitraco MV mengambil memiliki roda pada 7 Jan tahun itu lebih hutang RM18mil oleh MST Ad Suria.

Roda telah dibuang oleh Fitraco pada bulan Oktober tahun yang sama.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata struktur baru akan dihantar ke Melaka menjelang akhir bulan ini dan cerucuk kerja di pulau buatan manusia akan dimulakan minggu depan.

"Kami berharap bahawa roda raksasa akan beroperasi menjelang Jun 1, masa untuk cuti sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sekolah kerajaan bantuan khas untuk 255 murid di SK Datuk Demang Hussin di Bukit Katil di sini pada petang Rabu.

Mohd Ali berkata kerajaan negeri tidak terlibat dalam projek RM40mil, akan dijalankan oleh KAJ Development Sdn Bhd

"Struktur gergasi akan inistalled di atas tapak yang 0.8ha, yang juga akan diambil alih oleh syarikat itu," katanya.

Mohd Ali berkata bahawa dengan roda raksasa yang baru dan tinggi, Pulau Melaka akan dibangunkan lagi dengan tarikan.

Ditanya mengenai kualiti roda raksasa buatan China, beliau berkata: "Tidak semua produk dari China adalah berkualiti rendah.

"Kali ini kami akan memastikan apa yang kita peroleh adalah bermutu baik dan selamat untuk kegunaan awam."

Kerajaan negeri, pada tahun-tahun kebelakangan ini, telah dikritik kerana memperolehi jurulatih buatan China untuk sistem monorel Melaka sungai, regangan 1.6km dari Taman rempah di Pengkalan Rama Kampung Bunga Raya Pantai.

Jam selepas ia dibuka kepada orang ramai pada Okt 21, 2010, tanah monorel terhenti, terkandas 20 penumpang.

Sejak satu siri ujian dan pembetulan, selain merancang untuk meluaskan saluran.



cerita Cadangan Projek Malaysia Eye Melaka....... sebelun ini.





Rabu, 4 April 2012

Melaka Alive Bahtera Merdeka Akan Mula Dibuka Pada September Ini.








MELAKA 3 April - Melaka Alive Bahtera Merdeka sebuah panggung wayang menggunakan tirai air yang dibangunkan di atas sebuah kapal akan mula dibuka kepada orang ramai September ini.
Keunikan menonton wayang dengan air menjadi layar yang pertama dibina di Asia menggunakan gabungan teknologi dari United Kingdom, Sepanyol, Itali dan Amerika Syarikat (AS) merupakan produk terbaru di negeri ini.
Projek yang menelan kos sebanyak RM23 juta bagi fasa pertama itu dibangunkan oleh Pekan Legasi Sdn. Bhd. dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).
Presiden Pekan Legasi Sdn. Bhd., Mohd. Nizar Najib berkata, Melaka Alive Bahtera Merdeka yang dibina berhampiran Dataran Pahlawan Megamall, Banda Hilir, dekat sini akan menjadi produk pelancongan paling unik di negeri ini.



Sumber Akhbar Melaka Hari Ini....


Cerita Projek Melaka Alive Bahtera Merdeka 5D dalam pembinaan..... Sebelum Ini :



Ahad, 1 April 2012

Projek Melaka Kad....

Melaka Kad


Kiosk Melaka Kad yang akan digunakan secara meluas di Negeri Melaka.


Mengenai Melaka Kad:
Melaka Kad adalah Kad Pembayaran yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Melaka sebagai kaedah pembayaran alternatif kepada tunai.
Melaka Kad menggunakan kaedah cip pintar yang sama dengan kad-kad seperti MyKad, ATM, kad debit dan kredit.
Oleh itu, ianya selamat dan terpelihara untuk digunakan.
Tidak seperti kad prabayar dan kad tunai yang lain di negara ini, Melaka Kad berbeza kerana ianya membenarkan nilai kad dikembalikan.

Konsep - Kenapa menggunakan Melaka Kad?
Penggunaan pembayaran elektronik dalam masyarakat akan meningkatkan kecekapan pengurusan tunai dan keselamatan kepada orang awam dan peniaga amnya.
Dengan pengurusan tunai yang cekap, ianya akan menjimatkan kos secara jangka panjang kepada peniaga.
Apabila penggunaan pembayaran elektronik tinggi, kebergantungan kepada tunai akan berkurangan.
Oleh itu, pengurangan tunai fizikal dalam pasaran dapat dicapai.
Justeru ituitu, negara dapat menjimatkan kos besar dalam pengurusan tunai.

Pihak Berkepentingan
Melaka Kad merupakan inisiatif Bahagian K-Ekonomi, Jabatan Ketua Menrteri Melaka.
Platform dan sistem akan dikendalikan oleh IPS Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia.
IPS Sdn Bhd pada masa ini melaksanakan skim ePurse Malaysia yang dinamakan MEPSCASH dengan sejumlah 39 juta kad ATM & MyKad.


Jadual Pelaksanaan
Melaka Kad akan digunakan mengikut fasa di sektor utama :


untuk kamlumat lanjut:
http://www.emelaka.gov.my/bm/index.php/melakakad1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...