Rabu, 27 Februari 2013

Projek Jurassic Park Di Melaka....

jurassic Park....


Gambar Semasa Taklimat Megenai Projek Jurassic Park Di Seri Negeri Melaka....


Melaka Bakal Miliki Jurassic Park Pertama Di Asia
MELAKA: Melaka bakal mempunyai sebuah taman haiwan purba dikenali sebagai 'Jurassic Park' bernilai RM200 juta yang dirancang dibina bersama beberapa projek pelancongan lain di Dataran 1Malaysia di sini.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata destinasi pelancongan yang pertama seumpamanya di Asia itu akan mempamerkan 200 spesies dinosaur melalui kaedah hidrolik dan elektronik.

Beliau berkata Jurassic Park itu akan dibina bersebelahan dengan sebuah lagi taman tema iaitu Melaka Sea World, melibatkan kawasan seluas 12.1 hektar yang akan dilaksanakan secara usahasama oleh Yayasan Melaka dan syarikat swasta, Eden Incorporation Berhad.

"Perbincangan mengenai projek ini berjalan lancar dan memorandum persefahaman (MoU) dijangka ditandatangani pada Mac depan," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat mengenai projek tersebut di Seri Negeri di sini, Isnin.

Katanya Jurassic Park itu dijangka siap dibina dalam tempoh dua tahun selepas MoU tersebut ditandatangani.

Mohd Ali berkata Jurassic Park itu dijangka mampu menarik lebih satu juta pelancong setahun.

Sementara itu, beliau berkata kawasan Dataran 1Malaysia turut akan menempatkan Melaka Sea World yang akan dilengkapi galeri ikan paus terbesar di negara ini di atas tapak berkeluasan 60.7 hektar.

Beliau berkata projek lain yang turut dibina di kawasan tersebut termasuk Dataran Peta Malaysia bernilai RM2 juta, 21 restoran bas dan 20 chalet bas bernilai RM2.7 juta serta tiga padang bola bernilai RM1.4 juta. - BERNAMA

Projek E-Masjid Di Melaka....



 Gambar Iklan Internet Di Masjid Al-Azim Melaka....

 Gambar Semasa Orang Awam Memgunakan Internet Di Masjid....



MELAKA – Kesemua 187 buah masjid di Melaka akan dilengkapi perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar (WiFi) menjelang pertengahan bulan depan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, perkhidmatan terbabit dapat memberikan kemudahan Internet secara percuma kepada pengunjung yang berkunjung ke masjid bagi mendapatkan informasi terkini antara lain berkaitan hal ehwal Islam, kegiatan harian masjid dan teks khutbah.
Beliau berkata, perkhidmatan itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka, Jabatan Mufti Melaka, Bahagian K-Ekonomi Melaka, Melaka ICT Holdings dan Telekom Malaysia Berhad bagi mengukuhkan program e-Masjid.
Ia membabitkan peruntukan sebanyak RM1,971,972.
“Daripada 187 buah masjid itu, sebanyak 10 buah sudah siap dipasang perkhidmatan WiFi dan boleh digunakan sepenuhnya oleh pengunjung dengan kapasiti kelajuan 4mbps serta boleh melayari Internet sejauh jarak 300 meter,” katanya kepada pemberita.
Beliau merasmikan majlis Multaqa Perdana Islam dan Karnival Masjid kawasan Parlimen Bukit Katil hari ini.
Mohd Ali juga berkata, anggaran kos perbelanjaan bagi kerja-kerja membekal, memasang, menguji dan menyelenggara kelengkapan ICT bagi semua masjid melalui perkhidmatan WiFi tersebut ialah RM54,777 sebulan.
Setiap masjid dicaj RM160 sebulan bagi perkhidmatan WiFi tersebut dengan para imam dan jawatankuasa masjid dilatih bagi menguruskan sistem portal masjid masing-masing dengan pemantauan pegawai Melaka ICT Holdings, katanya.
“Setiap masjid juga akan membayar RM50 sebulan supaya portal mereka sentiasa dikemas kini termasuk dari segi pangkalan data, kegiatan harian, khutbah jumaat dan pemantauan akaun masjid,” tambahnya.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri turut menyumbang satu set komputer bagi setiap masjid untuk kegunaan khas masjid memperoleh informasi terkini berkaitan isu yang melibatkan perkembangan masjid di seluruh dunia.
 –Sumber Dari  BERNAMA

Sabtu, 23 Februari 2013

Projek Perkampungan Hang Tuah Hampir Siap....


Muzium Hang Tuah & Auditorium....


Balai Adat & Kebudayaan....

Rumah Lima Bersaudara......


Rumah Hang Tuah....

 Rumah Hang Jebat....

Rumah Hang Kasturi....

 Rumah Hang Lekir....

 Rumah Hang Lekiu....


Rumah Melayu Tradisional Melaka....


 Gerai Makan....

 Pentas Silat Utama ....

 Gelanggang Silat....

 Rumah Kuda....

Stesyen Kuda Dan Kaunter Tiket....

Tandas Awam....
Sumber Gambar Dari: klik sini....

RANCAK DIBINA... Projek pelancongan yang dinamakan "Perkampungan Pahlawan Laksamana Hang Tuah, pahlawan terbilang Melaka" dibina di kawasan seluas 40 hektar di Kampung Duyung di sini dengan nilai RM132 juta sedang giat dijalankan. Kampung Duyong dipilih kerana ia dipercayai merupakan kampung asal dan tempat Hang Tuah bermastautin selain menjadi sebutan dalam hikayat lama seperti Lagenda Sungai Duyong.Perkampungan tersebut dibina menerusi satu perancangan bersepadu menggabungkan identiti budaya, seni bina dan tradisi itu dijangka siap sepenuhnya pada Mac depan yang dijangka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan di jangka akan menarik 2,000 pengunjung sebulan setelah siap dibina kelak.Pembinaan projek itu melibatkan beberapa fasa dengan fasa pertama melibatkan kawasan seluas 10.4 hektar yang bernilai RM34.132 juta dan melibatkan pembinaan struktur-struktur baru yang lebih tersusun manakala struktur sedia ada akan dibaik pulih dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
Sumbar Dari FB Bernama....

Jumaat, 22 Februari 2013

Projek Taman Burung Melaka Akan Dibuka.....


 Gambar Projek Taman Burung Terbesar (Bird Park Melaka) Di Melaka....


Gambar Semasa Lawatan Datuk Ali Rustam Ke Tapak Projek Taman Burung Terbesar (Bird Park Melaka) Di Melaka.......
Sumbar Gambar Dari FB Datuk Ali.....

Khamis, 21 Februari 2013

Projek Sea World Melaka....

Gambar Contoh....



Gambar Semasa Taklimat Megenai Projek Sea Warld Di Seri Negeri....


Taman Tema Berkonsepkan 'Sea World' Dibina Di Melaka
MELAKA: Sebuah taman tema berkonsepkan 'dunia laut' (Sea World) akan dibina di kawasan Dataran 1Malaysia di sini, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata, projek pelancongan melibatkan kos kira-kira RM300 juta ditanah berkeluasan 60.7 hektar itu akan menempatkan galeri ikan paus terbesar dinegara ini yang bakal menjadi ikon pelancongan baru di Malaysia.

"Taman tema ini akan mempamerkan pelbagai spesies hidupan laut di dalam sebuah akuarium yang besar mengatasi Underwater World Langkawi," katanya kepada pemberita ketika melawat tapak projek pelacongan itu di sini, Rabu.

Katanya, projek itu akan dilaksanakan secara usahasama oleh Yayasan Melaka dan syarikat swasta, Eden Incorporation Berhad.

Sementara itu, Mohd Ali berkata, kawasan Dataran 1Malaysia itu turut akanmenempatkan beberapa projek pelancongan lain termasuk pembinaan Dataran Peta Malaysia bernilai RM2 juta, 21 restoran bas dan 20 chalet bas bernilai RM2.7 juta serta tiga padang bola bernilai RM1.4 juta.

Selain itu, katanya sebanyak 2,000 unit rumah kos rendah bernilai RM42,000 seunit akan turut dibina di kawasan tersebut. -
Sumber Dari- BERNAMA

Ahad, 17 Februari 2013

Sabtu, 2 Februari 2013

Projek Pemasangan Panel Solar Di Rembia Melaka....




Gambar Semasa Majlis Pemasangan Panel Solar...


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam memasang panel solar sebagai simbolik pada majlis pemasangan Panel Solar di Rembia di sini hari ini.
Melalui projek ini, bekalan tenaga elektrik akan di jual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui perjanjian "Renewable Energy Power PurchaseAgreement (REPPAS) selama 21 tahun.
Dengan adanya projek ini dapat mengurangkan tenaga elektrik konvensional dalam aktiviti serta menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk negeri Melaka. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...