Sabtu, 20 Oktober 2012

Projek RTC Melaka Telah Siap.....


Gambar Bagunan RTC Melaka Di Kuala Linggi....


Gambar Semasa Turun Padang Mengadakan Lawatan Kerja Untuk Memantau Perkembangan Tapak Pembangunan Rural Transformation Centre (RTC).


ALOR GAJAH - Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) ketiga negara yang terletak di di Kuala Linggi di sini bakal beroperasi pada 1 Nov depan.
 
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata RTC bernilai RM4.6 juta itu dibangunkan di pejabat pengurusan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melibatkan kawasan seluas 10 hektar.  
 
Beliau berkata pengubahsuaian premis tersebut mengambil masa enam minggu dan bakal menempatkan lapan jabatan kerajaan serta agensi swasta termasuk Syarikat Air Melaka Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Pejabat Tanah dan Galian, Majlis Perbandaran Alor Gajah dan LKIM.
 
"RTC ini diwujudkan bertujuan membangunkan penduduk luar bandar khususnya di kawasan nelayan Kuala Linggi supaya mereka lebih berdaya maju dan mampu meningkatkan taraf ekonomi mereka," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke RTC itu hari ini.
 
Katanya RTC itu akan menjadi pusat latihan yang menyediakan pelbagai kursus kepada nelayan seperti penyelenggaraan enjin bot dan memproses makanan laut selain menjadi pusat pembekalan benih pokok dan buah kepada petani.
Mohd Ali berkata RTC tersebut juga bakal beroperasi sebagai tempat pengumpulan serta jualan ikan segar dari perairan Melaka atau diimport dari Indonesia.
 
Beliau berkata melalui pelbagai aktiviti ekonomi serta kursus dan latihan yang ditawarkan, golongan tersebut mampu meraih pendapatan antara RM3,000 hingga RM4,500 sebulan.
 
Katanya RTC ketiga selepas Gopeng, Perak dan Bandar Baharu Tunjung Kota Baharu, Kelantan itu dijangka dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Nov depan. - Bernama


Selasa, 16 Oktober 2012

Projek Bekalan Elektrik Ke Pulau Besar.....



Gambar Semasa Meninjau kawasan Pantai Siring Pulai Bersama Pegawai TNB....





Gambar Semasa Lawatan Tapak Projek Bekalan Elektrik Ke Pulau Besar Oleh Kerajaan Negeri Melaka
Rujukan : Lwtn Tapak Projek Bekalan Elektrik Ke Pulau Besar.




 Gambar Semasa Majlis Pecah Tanah Projek Bekalan Elektrik Ke Pulau Besar, Melaka...



Gambar Pelan Dan Lukisan Teknik Projek....



Gambar Lakaran Hasil...

Laman Seterusnya



Ahad, 14 Oktober 2012

Projek McDonald's Di MITC Sudah Siap....

Gambar Bagunan McDonald's Di MITC....




Gambar Semasa Majlis Pembukaan Rasmi.......


MELAKA - Pemilik rangkaian restoran McDonald's di Malaysia, Golden Arches Restaurants Sdn Bhd merancang membuka 12 lagi cawangan restoran itu di seluruh negara menjelang hujung tahun ini bagi memperluaskan sayap perniagaan dalam industri makanan segera.

   
Pengarah Kanannya Lee May Yin berkata ia sejajar hasrat syarikat berkenaan yang mensasarkan pembukaan sebanyak 25 cawangan baru pada tahun ini.
   
"Terbaru kita telah membuka cawangan McDonald's ke-235 di Pengkalan Chepa, Kelantan pada Jumaat lepas," katanya kepada pemberita selepas majlis pembukaan rasmi Restoran Pandu Lalu McDonald's di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sini, hari ini.
   
Restoran McDonald's di MITC yang merupakan cawangan ke-11 di Melaka itu dibuka 10 Ogos lepas.
   
Lee berkata pembukaan setiap cawangan melibatkan kos antara RM5 juta hingga
RM6.5 juta.
   
Katanya pihaknya juga mensasarkan untuk meningkatkan jumlah cawangan di negara ini kepada 300 pada tahun 2014 dan 500 cawangan pada tahun 2020.   
   
Beliau juga berkata pihaknya merancang untuk membuka lapan lagi cawangan McDonald's di Melaka dalam tempoh dua tahun akan datang.
   
Katanya perancangan tersebut dibuat kerana negeri itu dilihat mampu memberi peluang besar pada pertumbuhan perniagaan syarikat berkenaan disebabkan prestasi ekonomi dan populasi demografinya selain faktor peningkatan jumlah pelancong asing setiap tahun. - Bernama

Projek Teranformasi Di Pulau Melaka..........

  
Pulau Melaka.....

Tahukah Anda? Pulau Melaka....

Pulau Melaka merupakan sebuah pulau buatan manusia yang terletak di negeri Melaka, Malaysia. Di sini terdapat sebuah masjid yang dinamakan Masjid Selat. Namun, kebanyakan kedai-kedai di sini kelihatan terbengkalai dan tidak berpenghuni. Terdapat sebuah jambatan yang dihubungkan dengan daratan dari Melaka Raya.
Terbaru, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif untuk menjadikan Pulau Melaka sebagai kawasan tumpuan pelancong dengan membina Taman Ikan Lumba-lumba dan Pertunjukan Singa Laut. Selain itu, pembinaan Kota Arab (Arab City) di Pulau Melaka juga dapat menarik pelancong-pelancong Arab ke Melaka.





Pelan Rancangan Projek Di Pulau Melaka........

1. ARAB CITY MELAKA



2. MASJID SELAT MELAKA



3. SEA FRONT APARTMENTS MELAKA
( tidak ada maklumat lagi )

4. WATER FRONT VILLAS
( tidak ada maklumat lagi )

5. CABLE CAR
( tidak ada maklumat lagi )

6. WILDLIFE THEATRE MELAKA



7. HOTEL
Gambar  Lakaran Artis Hotel Lima Bintang....

8.COMMERCIAL COMPLEX
( tidak ada maklumat lagi )

9. MALAYSIA EYE DAN THEME PARK



10. THE JATTY MELAKA



SUMBER AKHBAR...
Akhbar Melaka Hari ini....





Sabtu, 13 Oktober 2012

Projek Hotel Kobemas....

Gambar Contoh  Projek...



Gambar Semasa Pemantauan Dato Ali Di Tapak Projek...

Sumber Melaka Hari Ini...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...