Sabtu, 20 Oktober 2012

Projek RTC Melaka Telah Siap.....


Gambar Bagunan RTC Melaka Di Kuala Linggi....


Gambar Semasa Turun Padang Mengadakan Lawatan Kerja Untuk Memantau Perkembangan Tapak Pembangunan Rural Transformation Centre (RTC).


ALOR GAJAH - Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) ketiga negara yang terletak di di Kuala Linggi di sini bakal beroperasi pada 1 Nov depan.
 
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata RTC bernilai RM4.6 juta itu dibangunkan di pejabat pengurusan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melibatkan kawasan seluas 10 hektar.  
 
Beliau berkata pengubahsuaian premis tersebut mengambil masa enam minggu dan bakal menempatkan lapan jabatan kerajaan serta agensi swasta termasuk Syarikat Air Melaka Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Pejabat Tanah dan Galian, Majlis Perbandaran Alor Gajah dan LKIM.
 
"RTC ini diwujudkan bertujuan membangunkan penduduk luar bandar khususnya di kawasan nelayan Kuala Linggi supaya mereka lebih berdaya maju dan mampu meningkatkan taraf ekonomi mereka," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke RTC itu hari ini.
 
Katanya RTC itu akan menjadi pusat latihan yang menyediakan pelbagai kursus kepada nelayan seperti penyelenggaraan enjin bot dan memproses makanan laut selain menjadi pusat pembekalan benih pokok dan buah kepada petani.
Mohd Ali berkata RTC tersebut juga bakal beroperasi sebagai tempat pengumpulan serta jualan ikan segar dari perairan Melaka atau diimport dari Indonesia.
 
Beliau berkata melalui pelbagai aktiviti ekonomi serta kursus dan latihan yang ditawarkan, golongan tersebut mampu meraih pendapatan antara RM3,000 hingga RM4,500 sebulan.
 
Katanya RTC ketiga selepas Gopeng, Perak dan Bandar Baharu Tunjung Kota Baharu, Kelantan itu dijangka dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Nov depan. - Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...