Khamis, 8 Mac 2012

Cadangan Projek Trem Melaka........

Gambar Model Trem Melaka.......




gambar majlis pecah tanah trem Melaka......






Gambar Paparan Awam Trem Melaka.......


sumber akhbar........



MELAKA 19 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan projek Melaka Trem bernilai RM272 juta di Ayer Keroh di sini, mampu menjadi ikon utama negara apabila ia siap kelak.

Menurut beliau, trem yang pertama di dunia menggunakan gas asli (NGV) itu bukan sahaja bakal dinikmati oleh penduduk Melaka malah keseluruhan rakyat negara ini.

Beliau teruja dengan pelaksanaan projek itu kerana teknologinya dibangunkan oleh rakyat tempatan yang juga Presiden dan Pengarah Urusan syarikat pengeluar trem, Mrails International Sdn. Bhd., Datuk Jeya Kumar.

"Kita perlu mencetuskan produk-produk yang lebih unik lagi menarik.

"Melaka Trem ini dianggap unik kerana ia belum pernah dilakukan dan trem ini pertama di dunia yang menggunakan NGV sebagai tenaga penggerak," katanya ketika merasmikan majlis pecah tanah projek Melaka Trem di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan penaung Mrails International Sdn. Bhd., Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Melaka Trem yang dijadual siap pada Mei tahun depan dilaksanakan secara usaha sama di antara Melaka, Pahang dan Terengganu yang menyediakan khidmat pusat latihan bagi pengendalian pemanduan trem.

Landasan trem sejauh 40 kilometer itu bermula dari Plaza Tol Ayer Keroh melalui 23 lokasi termasuk tempat-tempat bersejarah hingga ke Dataran Pahlawan di Bandar Hilir.

Antaranya landasan trem akan melalui Hotel Seri Malaysia, Taman Botanikal, Zoo Melaka, Masjid Al-Azim, Muzium, Dataran Pahlawan, Kelab Harbour, Kampung Hilir dan Hospital Putra.

Caj bayaran kemudahan trem tersebut juga dilihat mesra rakyat dan antara terendah di dunia iaitu RM2 untuk sekali perjalanan manakala RM5 bagi perjalanan sehari.

Sementara itu di Jasin, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan Kerajaan Pusat sebanyak RM5.5 juta bagi membina dan menaik taraf Jeti Nelayan Kuala Merlimau Pantai.

Peruntukan itu turut merangkumi kos bagi kerja-kerja mengorek dan mendalamkan muara bagi memudahkan nelayan keluar masuk ke jeti tersebut.

Selain itu, ia turut melibatkan penyediaan kemudian seperti stor, bengkel membaiki bot dan gerai ikan.

Terdahulu, Najib meluangkan masa berjalan kaki meninjau pembangunan sekitar pekan Merlimau sebelum disambut kira-kira 3,000 penyokong Barisan Nasional (BN).



Gambar Pejabat Pengurusan....

SPAD beri lampu hijau pembinaan trem di Melaka

12 Disember 2012 
MELAKA - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi lampu hijau bagi projek trem di Melaka walaupun undang-undang berkaitan penggunaannya masih belum wujud di negara ini.

Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata kerja-kerja teknikal seperti pembinaan landasan dan depoh boleh dimulakan sementara menunggu undang-undang pengangkutan trem digubal.

"Undang-undang jalan raya sedia ada tidak merangkumi penggunaan trem dan belum ada peraturan yang mentadbir pergerakannya. Namun kita benarkan projek ini diteruskan kerana kita masih ada masa untuk mewujudkan undang-undang itu selagi operasi trem belum dimulakan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sini hari ini.

Beliau berkata SPAD telah mengadakan perbincangan dengan pihak Peguam Negara dalam merangka undang-undang tersebut sebelum ia dibawa ke Parlimen untuk digazet.

Dalam pada itu, katanya SPAD akan meminta laporan terperinci mengenai aspek keselamatan dan penyelenggaraan sistem trem daripada pihak pemaju bagi memastikan kelancaran pengangkutan tersebut.

Projek pembinaan trem di Melaka dilaksanakan oleh Syarikat Mrails International Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Ketua Menteri (CMI) melibatkan kos RM272 juta yang akan bermula dari depot bersebelahan Plaza Tol Ayer Keroh ke Bandaraya Melaka meliputi jarak 40 kilometer merangkumi 11 daripada 14 kawasan tarikan pelancong.

Trem yang bakal beroperasi menggunakan gas cecair asli itu berupaya mengangkut 120 penumpang pada satu-satu masa dengan kelajuan 40 km/j.

Sementara itu Mohd Ali berkata kerja-kerja awal projek trem dijangka dimulakan pada Februari tahun depan.

"Kerja-kerja teknikal bagi pembinaan infrastruktur seperti depoh akan dilakukan tertakluk kepada kelulusan peringkat akhir rekabentuk sistem kenderaan ini oleh SPAD," katanya. - Bernama

Rujukan Dari Berita Harian...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...