Isnin, 5 Mac 2012

projek monorail sungai melaka fasa 2




majlis pecah tanah projek monorail melaka fasa 2



Gambar Semasa Majlis Pecah Tanah...


Gambar Papan Maklumat Projek....




(Gambar Diambil Pada 18/11/2012...)


Gambar Semasa Projek Dalam Pembinaan....
(Gambar Diambil Pada 27/5/2014....)


Monorel Sg. Melaka fasa 2 siap Februari 2013

13/12/2011 1:58am

MELAKA - Pembinaan monorel pelancongan Sungai Melaka Fasa 2 bernilai RM21 juta dijangka siap Februari 2013 bagi meningkatkan bilangan pengunjung melihat keindahan Sungai Melaka.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, projek sejauh 1.3 kilometer itu adalah sambungan kepada projek monorel fasa 1 yang dilancarkan pada 20 Oktober tahun lepas yang menawarkan kepada pelancong untuk menyusuri dan melihat pemandangan Melaka dari monorel tersebut.
"Projek yang akan dilaksanakan ini menjadikan keseluruhan panjang trek monorel sejauh 2.9 kilometer dengan membuat satu pusingan lengkap,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Pembangunan Monorel Fasa 2 di Jalan Tun Mutahir di sini, semalam.
Beliau berkata, perjalanan monorel yang bermula dari Taman Rempah itu akan melalui Jalan Bunga Raya, Jalan Tun Ali dan Jalan Tun Mutahir sebelum kembali semula ke Taman Rempah.
Mohd. Ali berkata, projek yang mendapat peruntukan sebanyak RM13.2 juta daripada Kementerian Pelancongan Malaysia itu akan dibangunkan oleh Agibs Engineering & Construction Sdn. Bhd. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...