Douglas Uggah Embas (dua, kiri) menaiki Melaka River Cruise di Jeti Taman Rempah untuk meninjau Sungai Melaka bagi Projek Pembersihan dan Pengindahan Sungai Melaka Parcel 2 sempena lawatan kerja sehari beliau ke Melaka, semalam. Turut kelihatan Mohd. Ali Rustam (kiri). - BERNAMA
RM135j pengindahan fasa kedua Sungai Melaka
MELAKA 7 Julai - Sejumlah RM135 juta diluluskan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi projek fasa kedua pengindahan Sungai Melaka yang dijangka dimulakan akhir tahun ini.
Menterinya, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, kerja-kerja menaik taraf sungai tersebut melibatkan pemanjangan dan pelebaran sungai itu sejauh 2.3 kilometer.
Menurutnya, pelbagai kemudahan infrastruktur bakal dibina sepanjang sungai tersebut sehingga ke kawasan Melaka Sentral dan ia dijangka siap tahun depan.
''Apabila projek ini siap nanti, Sungai Melaka akan menjadi salah satu produk pelancongan yang terkenal sekali gus menarik lebih ramai kunjungan pelancongan ke negeri ini pada masa depan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat berkaitan projek pengindahan Sungai Melaka yang turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di sini hari ini.
Menurutnya, projek pengindahan dan naik taraf sungai tersebut turut melibatkan penyediaan kemudahan teksi air bagi memudahkan orang ramai ke Melaka Sentral sekali gus mengelak kesesakan di pusat bandar.
''Kita juga merancang mewujudkan tempat pejalan kaki, kawasan habitat haiwan seperti burung dan kelip-kelip yang pasti akan ada nilai tambah untuk kepuasan pelancong," ujar beliau.
Sementara itu, Mohd. Ali pada sidang akhbar yang sama turut mencadangkan agar diwujudkan pasar terapung seperti di Thailand berhampiran Jambatan Hang Jebat.
Beliau berkata, pihaknya melalui Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai negeri akan menambah lebih banyak bot untuk dijadikan sebagai teksi air yang boleh memuatkan 16
Tiada ulasan:
Catat Ulasan