Sabtu, 30 Jun 2012

Projek Asrama Penempatan pekarja Asing....




 Gambar Semasa Merasmikan majlis Pecah Tanah Projek Asrama Pekarja Industri....



Bina asrama selesai penempatan pekerja asing

MOHD. Ali Rustam (tengah) melihat pelan projek pembinaan selepas menyempurnakan majlis pecah tanah asrama pekerja industri di kawasan perindustrian Masjid Tanah, Melaka, kelmarin.


ALOR GAJAH 13 Jun - Pembinaan asrama pekerja warga asing yang menelan kos berjumlah RM5.3 juta di kawasan perindustrian Masjid Tanah di sini, dijangka dapat menyelesaikan isu penempatan pekerja berkenaan terutamanya yang menetap di kawasan perumahan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, projek pembinaan asrama itu yang dijadualkan siap pada pertengahan 2014 mempunyai dua blok rumah pangsa lima tingkat dan mampu menampung seramai 1,650 pekerja dengan kapasiti 12 pekerja untuk satu rumah.

Menurutnya, pembinaan asrama berkenaan merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam mewujudkan situasi 'menang-menang' antara pekerja warga asing dan penduduk setempat.

"Saya mendapat banyak aduan daripada penduduk di taman perumahan di sini yang berasa tidak selesa dan selamat kerana ramai pekerja asing menyewa di kejiranan mereka dan akibat pertembungan budaya dan adat, pelbagai kesulitan berlaku.

"Pengasingan pekerja warga asing ini juga dilihat mampu membendung kejadian tidak diingini seperti salah laku moral, jenayah dan paling penting penduduk setempat berasa selesa," katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah projek berkenaan di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Datuk Yusof Jantan; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Abd. Ghafaar Atan dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ab. Karim Sulaiman.

Mohd. Ali berkata, projek asrama di atas tanah seluas 1.74 hektar itu akan dibangunkan oleh PKNM dan apabila siap kelak akan disewakan kepada pemaju untuk diuruskan.

Beliau berkata, kira-kira 700 warga asing yang bekerja di kawasan perindustrian Masjid Tanah kini menginap di rumah yang disewakan majikan mereka di Taman Bidara Permai kerana tiada lokasi sesuai untuk menempatkan pekerja berkenaan.

Tambahnya, pemilik kilang di lokasi terbabit disaran segera memindahkan pekerja mereka ke asrama berkenaan apabila pembinaannya siap sepenuhnya kelak.

Sumbar Akhbar Utusan 13 Jun....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...