Khamis, 27 September 2012

Projek Memajukan Sistem Bas Panorama Melaka.....




Gambar Semasa Pemantauan Pihak Berkuasa Tempatan Untuk Memastikan Keselisaan
 Dan Kelancaran Perjalanan Bas...



 Gambar Papan Elektronik Jadual Perlepasan  Bas Panorama Melaka
Di Melaka Santrel....




Gambar Dan Video Dari You Tube Semasa Menonton Melaka TV Di Dalam Bas Panorama Melaka.....

Gambar Poster Peraduan
'Naik Dan Kumpul Tiket Bas Panorama'


Gambar Semasa Menerima  Hadiah Dari Peraduan
'Naik Dan Kumpul Tiket Bas Panorama' Oleh Pihak
 Panorama Melaka, Bertujuan Menggalakan Orang Ramai
Mengunakan Pegangkutan Awam.

Gambar Iklan Kerja Kosong Pemandu Bas, 
Pihak Panorama  Berusaha Membantu  Orang Ramai
Untuk Memprolihi Pekerjaan Serta Meningkatkan 
Kualiti Dan Kecekapan Sistem Operasi Bas
Di Melaka.... 



Gambar Semasa Merasmikan Korperasi Panorama Melaka
 Untuk Kakitangan Syarikat Bas Panorama  Di Melaka Sentral, 
Bertujuan Membela Kakitangan Syarikat Bas Panorama 
Dan Meningkatkan Pendapatan Syarikat,,


Gambar Bas Panorama Melaka....

Akabr Melaka Hari Ini.....
( Panorama Buka Pusat Servis Kerita )

Cadangan Projek Oleh Syarikat Bas Panorama

Lebih banyak Panorama Sentral di setiap daerah di Melaka

JASIN 27 Ogos - Panorama Melaka Sdn. Bhd. (Panorama Melaka) akan membina lebih banyak Panorama Sentral di setiap daerah bagi meningkatkan mutu perkhidmatan bas henti-henti di negeri ini.
Pengerusi bersama Panorama Melaka, Datuk Hasan Rahman berkata, Panorama Sentral diwujudkan sebagai pusat sistem pengurusan bas, sistem maklumat bas dan sistem jadual operasi perjalanan bas yang dapat diurus dengan lebih sempurna dan sistematik.
Menurutnya, tempat tersebut juga akan menjadi depot untuk menyimpan bas dan kaunter penerangan operasi perjalanan perkhidmatan bas Panorama di semua destinasi yang terdapat di negeri ini.
''Panorama Sentral diwujudkan untuk memastikan sistem pengurusan bas dapat disusun dengan lebih teratur dan sistematik terutama berkaitan dengan jadual perjalanan iaitu waktu ketibaan dan pelepasan ke setiap destinasi.
''Kaunter penerangan juga terdapat di sini untuk membolehkan pengguna perkhidmatan bas henti-henti mendapat sebarang maklumat berkaitan.
''Sebagai permulaan, Panorama Sentral pertama dibuka di Sungai Rambai dan ia akan disusuli pula di Masjid Tanah, Alor Gajah dan Melaka Tengah yang akan diwujudkan secara berperingkat-peringkat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Panorama Sentral Sungai Rambai dan Kempen Panorama Mesra sempena Hari Raya Aidilfitri di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Sungai Rambai di sini baru-baru ini.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.
Menurut Hasan, Panorama Sentral Sungai Rambai akan menjadi hentian arah ke selatan dan utara bagi laluan ke Muar dan Tangkak, Johor melalui Sungai Rambai, Bukit Serindit, Ujong Pasir, Padang Temu, Telok Mas, Umbai dan Merlimau.
''Pengguna juga boleh mendapat maklumat mengenai laluan dan masa bas berlepas serta tiba di setiap destinasi," katanya.
Sementara itu Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai turut mengumumkan peraduan 'Naik dan Kumpul Tiket Bas Panorama' dilancarkan.
Melalui peraduan itu katanya, orang ramai yang menaiki perkhidmatan bas panorama ke mana-mana destinasi boleh mengumpul tiket bas bagi memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan.
Ujarnya, pengguna boleh menyertai peraduan itu dengan mengisi borang penyertaan dan disertakan tiket bas yang berjaya dikumpul.
Beliau berkata, semua borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan di lima lokasi iaitu Melaka Sentral, Alor Gajah, Jasin, Merlimau dan Sungai Rambai.
Mengulas mengenai Kempen Panorama Mesra, beliau berkata, kempen itu bertujuan mengeratkan hubungan mesra antara penumpang dan pemandu bas.


Panorama Melaka perkenal 37 laluan baru

MELAKA 3 Sept. - Panorama Melaka Sdn. Bhd. (Panorama Melaka) akan menambah 37 laluan baru bagi menjadikan 69 laluan keseluruhan untuk menampung permintaan orang ramai terhadap perkhidmatan bas awam di negeri ini.
Pengerusinya, Datuk Hasan Rahman berkata, pada masa ini sebanyak 32 laluan digunakan oleh semua bas milik Panorama Melaka dan laluan baru yang diperkenalkan nanti akan tertumpu di kampung-kampung di sekitar Jasin, Alor Gajah dan Masjid Tanah.
Menurutnya, laluan baru itu akan mula dikuatkuasakan pada 1 Oktober ini selepas menerima 40 buah bas baru yang disewa daripada Syarikat Scomi Group.
''Orang ramai boleh melihat 37 laluan baru yang akan dipamerkan di stesen Melaka Sentral, Alor Gajah, Jasin dan Masjid Tanah.
''Selain itu laluan ini turut akan diedarkan ke semua Japerun di kawasan terbabit dan juga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi memaklumkan kepada penduduk setempat," katanya ketika ditemui di pejabat Panorama Melaka di Stesen Melaka Sentral di sini hari ini.
Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai berkata, laluan tersebut akan dihantar kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mendapat kelulusan.
Katanya, laluan baru itu diharap dapat memberi kelegaan kepada penduduk kampung yang sebelum ini tidak mendapat perkhidmatan bas awam.
Beliau berkata, sebelum ini pihaknya menerima banyak rungutan daripada orang ramai kerana kampung mereka tidak mempunyai pengangkutan awam untuk pergi dari satu tempat ke tempat yang lain.
''Sebenarnya Panorama Melaka menghadapi masalah kekurangan bas dan menerusi kerajaan negeri, kita dapat menyewa tambahan 40 buah bas daripada Scomi untuk perkhidmatan bas awam diperluaskan ke beberapa kawasan lain," ujarnya.
Menurutnya, pihaknya dijangka menerima kesemua bas yang disewa daripada Scomi hujung bulan ini.
Beliau menambah, pada masa ini Panorama Melaka mempunyai 63 buah bas yang digunakan bagi kemudahan orang ramai.
Selain itu, kata Hasan, syarikatnya akan membina tiga buah depot bas bagi memudahkan penempatan bas baru di Alor Gajah, Masjid Tanah dan Jasin.
Ujarnya, ketiadaan tapak yang sesuai menjejaskan kelancaran operasi sistem pengangkutan awam syarikat berkenaan dan sekali gus memberi kesan kepada penduduk negeri ini.

Sumber Diri Utusan Malaysia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...