Ahad, 30 September 2012

Cadangan Projek Naik Taraf Studium Hang Tuah Melaka....

Gambar Studium Hang Tuah Melaka, kini.....

Gambar Cadangan Pelan Projek Studium Hang Tuah Melaka....


BANDARAYA MELAKA  - Stadium tertua di Melaka, Stadium Hang Tuah atau sebelum ini dikenali Stadium Kubu akan berubah wajah berikutan langkah kerajaan menjadikan sekitar stadium sebuah kawasan hijau.


Cadangan itu akan menyaksikan sebuah taman rekreasi dibina di antara stadium berkenaan dan Pusat Transformasi Bandar (UTC), selain perlaksanaan kerja landskap bagi menghijaukan persekitaran.


Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan negeri, Datuk Gan Tian Loo berkata, walaupun projek itu dijalankan, ia tidak akan menjejaskan fungsi asal Stadium Hang Tuah sebagai sebuah lokasi sukan.


Menurutnya, mesyuarat Exco Kerajaan Negeri minggu lalu telah bersetuju cadangan pembinaan sebuah pusat rekreasi di kawasan berke naan,  di mana kerja pembinaan akan dimulakan sebaik sahaja proses tender selesai.


Katanya, pembinaan pusat rekreasi itu akan menyaksikan dinding dan tempat duduk stadium berhampiran bangunan  UTC dirobohkan.


“Cadangan ini telah menerima sokongan orang ramai, termasuklah guru dan pelajar sebuah sekolah berhampiran,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.


Tian Loo berkata, kerja menyiapkan pusat rekreasi itu dijangka dapat disiapkan menjelang akhir tahun ini dan ia bukan sahaja mengubah wajah  Stadium Hang Tuah, malah kawasan sekitarnya.


Menurutnya, walaupun aktiviti sukan terutama bola sepak masih boleh dijalankan apabila kerja pembinaan dimulakan, beliau mencadangkan supaya aktiviti itu dipindahkan ke Stadium Tun Fatimah di Bukit Serindit buat sementara waktu.


“Kerajaan Negeri akan menambah baik kemudahan di Stadium Tun Fatimah bagi membolehkan ia digunakan untuk sebarang aktiviti kesukanan.


“Walaupun projek ini melibatkan pembinaan sebuah taman dan pusat untuk rekreasi orang ramai, namun fungsi asal Stadium Hang Tuah tidak akan terjejas,” katanya.

Sumber Dari Akhbar Digitel Sinar Harian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...