Jumaat, 9 Mac 2012

projek Sungai melaka Fasa 1 telah siap.......

Gambar Sungai Melaka Ketika Dahulu.....

Sungai Melaka merupakan nadi penggerak perdagangan Melaka sewaktu zaman kegemilangannya dan ketika itu sungai ini padat dengan kapal pedagang dari serata dunia. Ada di antara bangunan-bangunan yang di bina di zaman tersebut yang masih berdiri kukuh hingga ke hari ini. Di tepi sungai juga dibarisi dengan perkampungan lama dan bangunan-bangunan moden.Bagi yang berminat untuk menikmati keindahan Sungai Melaka, anda boleh menyusuri sungai tersebut dengan menggunakan Melaka River Cruise. Perjalanan menyusuri sungai sejauh sembilan kilometer ini memakan masa selama 45 minit dan pasti akan menghiburkan para pelawat sambil diberi penerangan. Aktiviti ini perlu dimasukkan di dalam itinerari pelancongan anda jika ke Melaka. Harga tiket bagi setiap dewasa ialah RM10 dan RM5 bagi kanak-kanak.Walaubagaimanapun, kerajaan negeri Melaka menawarkan potongan 50 peratus harga tiket beberapa produk pelancongannya termasuk tambang bot menyusuri Sungai Melaka, Melaka River Cruise untuk setiap hari Isnin hingga Khamis. Lokasi untuk membeli tiket dan menaiki bot ini berada di dua tempat iaitu Taman Rempah dan Banda hilir (berdekatan Muzium Samudera). 6.8 juta pelancong melawat pelbagai destinasi di Melaka dan antara destinasi terbaru ialah menjejak sejarah Sungai Melaka.Pada waktu malam, sungai Melaka dipenuhi dengan limpahan cahaya lampu yang menghiasi di tebing-tebing sungai. Keadaan ini akan menarik perhatian pelancong yang inginkan suasana warna-warni.







Gambar Sungai melaka kini......


MELAKA 8 Sept. - Kerja-kerja membangun dan mengindahkan Sungai Melaka dari Jambatan Hang Jebat hingga ke Gadek di Alor Gajah sejauh 39 kilometer (km) akan bermula hujung tahun ini melibatkan peruntukan sebanyak RM285 juta.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Gapar Hasan berkata, peruntukan tersebut melibatkan projek fasa pertama dan kedua memakan masa lima tahun untuk disiapkan.

Menurut beliau, bagi projek fasa pertama ia melibatkan kerja-kerja mengindahkan, mendalamkan sungai dan membina terminal teksi air dari Jambatan Hang Jebat hingga ke Melaka Sentral bermula Disember ini dan dijangka siap 2013.

''Bagi projek fasa kedua pula ia turut melibatkan pengindahan, mendalamkan sungai dan melebarkan sungai sehingga Gadek di Alor Gajah bermula dari 2013 hingga 2015.

''Projek ini bertujuan untuk menjadikan Sungai Melaka sebagai salah satu jalan pengangkutan air dengan menggunakan teksi air dan bot Melaka River Cruise," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebagai permulaan kata Gapar, kerja-kerja menaik taraf sungai tersebut melibatkan pemanjangan dan pelebaran sungai itu akan dilakukan sejauh 2.3 kilometer.

Menurutnya, tender bagi projek fasa pertama telah dibuka dan akan ditutup pada 29 September ini.

Beliau menambah, apabila projek fasa pertama siap nanti ia akan memudahkan orang ramai menggunakan teksi air dan bot Melaka River Cruise dari Melaka Sentral ke pusat bandar bagi mengelak kesesakan pada setiap hujung minggu dan cuti umum.

''Secara tidak langsung, Sungai Melaka akan menjadi salah satu produk pelancongan yang terkenal dan menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri ini," ujarnya.

Di samping itu, katanya, pelbagai kemudahan infrastruktur bakal dibina sepanjang sungai tersebut selain mengindahkan tebing sungai dan pembinaan landskap menarik.

Projek Litar Go-Kart Melaka Telah Siap Pada 2008...

 Litar Go-Kart Melaka



Gambar Projek....

DURIAN TUNGGAL, 3 Dis - Litar Go-Kart terpanjang di Malaysia yang sedang giat dibangunkan di Durian Tunggal, berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh, di sini dijangka mula beroperasi Mac tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Datuk Md. Yunos Husin berkata, litar sepanjang 1.6 kilometer bernilai RM10 juta itu, kini mencapai tahap 75 peratus kerja-kerja pembinaannya. 

"Kerja-kerja telah dimulakan sejak 10 Oktober 2007 dan akan siap pada awal Januari depan sebelum diserahkan kepada Lembah Kelang Corporation (M) Sdn. Bhd. untuk mengurus litar ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Tapak Litar Go-Kart di sini, hari ini.

Menurut Md. Yunos, walaupun pada awalnya terdapat masalah untuk memperoleh pengiktirafan daripada Persatuan Automobil Malaysia (AAM), namun kerja-kerja masih dapat diteruskan.

"Saya telah mengarahkan semua pihak kontraktor yang terlibat untuk segera menyiapkan litar ini mengikut jadual yang telah ditetapkan.

"Saya juga akan memantau dari semasa ke semasa memandangkan kita tidak punya masa yang banyak," katanya.

Jelas beliau, Litar Go-Kart itu merupakan litar yang banyak menyediakan kemudahan berbanding litar-litar yang terdapat di Malaysia kini.

"Litar ini menyediakan kemudahan seperti akademik, bilik persalinan, bilik mesyuarat, bilik rawatan kecemasan, surau dan beberapa kemudahan lain.

"Trek di sini pula merupakan 'multitrack' yang mana bukan sahaja untuk go-kart, malah turut boleh digunakan untuk sukan bermotor lain seperti Mini Bike, Motosikal dan Drift," katanya lagi.

Medan perlumbaan terbesar di Malaysia yang boleh menempatkan 2,000 penonton dalam satu-satu masa dan dibina di atas tanah seluas 28 ekar itu merupakan ilham yang dicetuskan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, ke arah menjadikan Melaka hub sukan permotoran terunggul.

Projek Terminal Bas Melaka Sentral Telah Siap Pada 2004....








Melaka Sentral yang merupakan terminal bas dan teksi terletak di pinggir Bandar Peringgit. Ia terletak 15 minit daripada bandar Melaka dan bertentangan dengan pasaraya Tesco di Jalan Tun Razak.
 Terminal ini merupakan pusat pengangkutan yang menghubungkan bas dan teksi antara negeri dari seluruh pelusuk semenanjung serta perkhidmatan domestik. 

Rekabentuk terminal ini adalah gabungan motif tradisional Malaysia dan moden. Bangunan satu tingkat yang luas ini direka dengan atap yang tinggi dan mempunyai bukaan cahaya yang menerangi terminal ini yang berhawa dingin sepenuhnya. Bangunan ini mempunyai bahagian yang berbeza untuk bas dan teksi.
 Setiap bahagian mempunyai ruang tengah yang direka dengan taman tropika. Bahagian ini dilengkapi dengan kemudahan kafe jalanan, restoran dan kedai makanan segera serta kedai barangan untuk kemudahan pengunjung. Kaunter Penerangan terletak diantara dua bahagian ini. 

Terdapat 24 kaunter tiket dan 24 ruang pelepasan untuk perkhidmatan bas ekspres antara negeri. Untuk perkhidmatan bas domestik pula, terdapat 12 kaunter tiket dan 18 ruang pelepasan.
 Untuk mereka yang ingin berjalan dengan teksi, terdapat banyak ruang untuk teksi antara negeri dan domestik di terminal teksi. Melaka Sentral dibina dengan tiga komponen utama: terminal bas dan teksi di bangunan utama, pasar basah dan kering, dan bazar di luar bangunan. 


Tahukah Anda? Melaka Sentral
Melaka Sentral dibangunkan pada tahun 2004 yang dibina seakan-akan menyerupai terminal lapangan terbang. Melaka Sentral meliputi kompleks dan terminal pengangkutan awam, pasar dan bazar termoden di negara kita dan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.




Projek Masjid Selat Di Pulau Melaka telah siap pada 2006......







Masjid Selat merupakan masjid yang terbaru dan terkini di Melaka. Ianya dibina di Pulau Melaka dan terletak di tepi Selat Melaka yang merupakan selat tersibuk dan terpanjang di dunia.
Pembinaan Masjid Selat ini menelan belanja hampir RM11 juta, dibina diatas tapak berkeluasan 1.8 hektar. Masjid Selat ini pastinya mempunyai karekter dan senibina yang unik seperti juga masjid-masjid  lama tersohor di Melaka.
Peruntukan sebanyak RM7 Juta juga diberikan oleh kerajaan Persekutuan bertujuan sebagai pelengkap kepada RM11 Juta. Untuk pengetahuan anda, Masjid Selat ini boleh menampung kapasiti lebih kurang 2 000 jemaah pada satu-satu masa.
Pembinaannya bermula pada Jun 2003 dan berakhir sepenuhnya pada 29 Ogos 2006. Ia dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 24 November 2006.
Untuk pengetahuan anda juga, Masjid Selat ini dibina di tengah-tengah kawasan pusat perniagaan di Banda Hilir. Merupakan satu mercu tanda terkini di negeri Melaka ini selain menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri Melaka yang komited dalam meningkatkan syiar Islam.
Yang menariknya Masjid Selat ini ialah ianya dibina di atas permukaan laut di dalam kawasan pulau buatan yang diberi nama Pulau Melaka.
Dari segi senibina yang ditonjolkan, Masjid Selat mempunyai senibina yang amat menarik, unik dan cukup berbeza berbanding masjid-masjid lama tersohor di negeri Melaka. Menurut Ketua Men
teri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, Masjid Selat hampir mirip kepada sebuah masjid terapung di Jeddah, Arab Saudi.
Dan yang menariknya, masjid tersebut merupakan cetusan idea daripada Datuk Seri Mohd. Ali Rustam sendiri yang pernah menyertai lawatan ke Jeddah suatu masa dahulu.
Suasana ketenangan dan kedamaian di Masjid Selat cukup membuatkan hati anda terusik. Lebih terasa ketenangan apabila anda bersolat di dalamnya, diselangi dan disulami hembusan bayu Selat Melaka yang pasti menenangkan jiwa.
Diantara yang dominan pada masjid ini sudah pastinya menaranya yang setinggi 30 meter itu. Menara yang terletak di sebelah kiri pintu gerbang Masjid Selat itu bukan hanya sekadar untuk mengumandangkan azan sahaja. Sebaliknya, ianya mempunyai dwifungsi iaitu sebagai Rumah Api.
Cahaya amaran diberikan melalui menara itu kepada kapal-kapal dan perahu-perahu yang melalui Selat Melaka itu. Selain itu, ia juga bertindak sebagai panduan kepada pesawat yang terbang di ruang udara.
Dari segi senibinanya pula, ianya cenderung memartabatkan konsep senibina Melayu. Konsep utama rekaan dalam Masjid Selat ini ialah elemen batang buluh yang pangkalnya dibelah dua dan membentuk beberapa bahagian.
Penggunaan empat kubah kecil yang terletak di setiap penjuru mengapit kubah yang besar. Di bawah kubah yang besar ini terletaknya Dewan Besar Solat yang berukuran 24 meter diameter.
Banyak lagi sebenarnya keunikan Masjid Selat ini untuk kami kupaskan dengan panjang lebar seperti seni kaligrafi, seni muqarnas dan sebagainya. Tidak lengkap jika anda bercuti ke Melaka tapi tidak berkunjung ke Masjid Selat.  
Berkunjunglah ke Melaka. Anda tidak akan rugi jika bercuti ke Melaka, Bandaraya Warisan Dunia!

Tahukah Anda? Masjid Selad Melaka.....
Masjid Selat Melaka adalah masjid pertama di Malaysia yang dibina di atas laut dan yang pertama di Asia Tenggara. Masjid Selat Melaka juga adalah yang pertama dibina terapung di Selat Melaka.




Cadangan projek pelancongan hawaii melaka......





  
Gambar  Papan Tanda Projek......




Sumber Akhbar.......

Sumber You Tube......


SHANGHAI (CHINA), 2 Julai - Kawasan tambak laut seluas kira-kira 1,000 ekar di Klebang akan dibangunkan menggunakan konsep Taman Peringatan Laksamana Cheng Ho yang menjadi destinasi utama pelancong jika berkunjung ke sini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, daripada jumlah keluasan itu, sebanyak 30 ekar akan dibangunkan sebagai taman tema menggunakan konsep itu dan bakal menjadi tarikan terbaru pelancongan di negeri itu.
Katanya, selain menempatkan replika kapal Laksamana Cheng Ho, kawasan itu akan turut dilengkapi hotel, restoran dan kedai menjual barangan cenderamata.
Beliau berkata, pelan induk pembangunan kawasan berkenaan yang mengadap Selat Melaka sedang disiapkan dan akan dibentangkan tidak lama lagi.
"Perancangan awal kita ialah menyediakan taman tema di kawasan berkenaan yang bakal menjadi tarikan terbaru pelancong jika mereka berkunjung ke Melaka.
"Pembangunannya akan menggunakan konsep Taman Peringatan Laksamana Cheng Ho yang terdapat di sini. Kita akan namakan Hawaii Melaka atau Selat Melaka Coast," katanya kepada wartawan Malaysia, di sini, hari ini.
Ketua Menteri sedang mengetuai delegasi Melaka melakukan lawatan kerja empat hari ke sini dan Nanjing. Ketika berada di sini, delegasi Melaka akan menyaksikan Shanghai World Expo 2010.
Pada sebelah petang, Ketua Menteri yang juga Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) turut mengadakan perjumpaan dengan masyarakat Islam di Shanghai di Masjid Xiao Tao Yuan.
Dalam pertemuan itu, beliau menasihatkan agar masyarakat Islam di sini menggunakan DMDI untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, pelancongan dan kebudayaan.
Beliau berkata, terdapat kira-kira 60 juta umat Islam di China dan produk halal termasuk makanan dan komestik amat berpotensi untuk dipasarkan.
"Saya mempelawa masyarakat Islam di sini mengeluarkan produk halal dan mendapat sijil Halal Malaysia yang diiktiraf oleh seluruh dunia. Melaka mempunyai halal hub dan kita bersedia membantu mereka yang berminat untuk melabur di sana," katanya.

Khamis, 8 Mac 2012

Cadangan Projek Trem Melaka........

Gambar Model Trem Melaka.......




gambar majlis pecah tanah trem Melaka......






Gambar Paparan Awam Trem Melaka.......


sumber akhbar........



MELAKA 19 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan projek Melaka Trem bernilai RM272 juta di Ayer Keroh di sini, mampu menjadi ikon utama negara apabila ia siap kelak.

Menurut beliau, trem yang pertama di dunia menggunakan gas asli (NGV) itu bukan sahaja bakal dinikmati oleh penduduk Melaka malah keseluruhan rakyat negara ini.

Beliau teruja dengan pelaksanaan projek itu kerana teknologinya dibangunkan oleh rakyat tempatan yang juga Presiden dan Pengarah Urusan syarikat pengeluar trem, Mrails International Sdn. Bhd., Datuk Jeya Kumar.

"Kita perlu mencetuskan produk-produk yang lebih unik lagi menarik.

"Melaka Trem ini dianggap unik kerana ia belum pernah dilakukan dan trem ini pertama di dunia yang menggunakan NGV sebagai tenaga penggerak," katanya ketika merasmikan majlis pecah tanah projek Melaka Trem di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan penaung Mrails International Sdn. Bhd., Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Melaka Trem yang dijadual siap pada Mei tahun depan dilaksanakan secara usaha sama di antara Melaka, Pahang dan Terengganu yang menyediakan khidmat pusat latihan bagi pengendalian pemanduan trem.

Landasan trem sejauh 40 kilometer itu bermula dari Plaza Tol Ayer Keroh melalui 23 lokasi termasuk tempat-tempat bersejarah hingga ke Dataran Pahlawan di Bandar Hilir.

Antaranya landasan trem akan melalui Hotel Seri Malaysia, Taman Botanikal, Zoo Melaka, Masjid Al-Azim, Muzium, Dataran Pahlawan, Kelab Harbour, Kampung Hilir dan Hospital Putra.

Caj bayaran kemudahan trem tersebut juga dilihat mesra rakyat dan antara terendah di dunia iaitu RM2 untuk sekali perjalanan manakala RM5 bagi perjalanan sehari.

Sementara itu di Jasin, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan Kerajaan Pusat sebanyak RM5.5 juta bagi membina dan menaik taraf Jeti Nelayan Kuala Merlimau Pantai.

Peruntukan itu turut merangkumi kos bagi kerja-kerja mengorek dan mendalamkan muara bagi memudahkan nelayan keluar masuk ke jeti tersebut.

Selain itu, ia turut melibatkan penyediaan kemudian seperti stor, bengkel membaiki bot dan gerai ikan.

Terdahulu, Najib meluangkan masa berjalan kaki meninjau pembangunan sekitar pekan Merlimau sebelum disambut kira-kira 3,000 penyokong Barisan Nasional (BN).



Gambar Pejabat Pengurusan....

SPAD beri lampu hijau pembinaan trem di Melaka

12 Disember 2012 
MELAKA - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi lampu hijau bagi projek trem di Melaka walaupun undang-undang berkaitan penggunaannya masih belum wujud di negara ini.

Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata kerja-kerja teknikal seperti pembinaan landasan dan depoh boleh dimulakan sementara menunggu undang-undang pengangkutan trem digubal.

"Undang-undang jalan raya sedia ada tidak merangkumi penggunaan trem dan belum ada peraturan yang mentadbir pergerakannya. Namun kita benarkan projek ini diteruskan kerana kita masih ada masa untuk mewujudkan undang-undang itu selagi operasi trem belum dimulakan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sini hari ini.

Beliau berkata SPAD telah mengadakan perbincangan dengan pihak Peguam Negara dalam merangka undang-undang tersebut sebelum ia dibawa ke Parlimen untuk digazet.

Dalam pada itu, katanya SPAD akan meminta laporan terperinci mengenai aspek keselamatan dan penyelenggaraan sistem trem daripada pihak pemaju bagi memastikan kelancaran pengangkutan tersebut.

Projek pembinaan trem di Melaka dilaksanakan oleh Syarikat Mrails International Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Ketua Menteri (CMI) melibatkan kos RM272 juta yang akan bermula dari depot bersebelahan Plaza Tol Ayer Keroh ke Bandaraya Melaka meliputi jarak 40 kilometer merangkumi 11 daripada 14 kawasan tarikan pelancong.

Trem yang bakal beroperasi menggunakan gas cecair asli itu berupaya mengangkut 120 penumpang pada satu-satu masa dengan kelajuan 40 km/j.

Sementara itu Mohd Ali berkata kerja-kerja awal projek trem dijangka dimulakan pada Februari tahun depan.

"Kerja-kerja teknikal bagi pembinaan infrastruktur seperti depoh akan dilakukan tertakluk kepada kelulusan peringkat akhir rekabentuk sistem kenderaan ini oleh SPAD," katanya. - Bernama

Rujukan Dari Berita Harian...


cadangan projek Aerorail di melaka........



gambar cadangan Aerorail melaka.....





gambar model Aerorail..........









Gambar Lukisan Taknikal Aerorail...........








Gambar contoh Aerorail di japan.......



MELAKA - Satu sistem pengangkutan Aerorail yang pertama di Asia Tenggara bernilai RM1.8 bilion bakal dibina di bandar raya Melaka menghubungkan Ayer Keroh dengan Banda Hilir, tidak lama lagi.
Berbeza dengan monorel atau sistem transit ringan (LRT), gerabak penumpang Aerorail yang dibina syarikat Pyramid Express Sdn. Bhd. bergerak menggunakan trek kabel.
"Ia melibatkan laluan sepanjang 18.4 kilometer dengan pembinaan fasa pertama bermula berhampiran Melaka Mall sehingga Dataran Pahlawan di Banda Hilir," kata Pengarah Urusannya, Datuk Lim Sue Beng.
Beliau berkata demikian selepas upacara pecah tanah projek berkenaan di Dataran MBMB yang disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, semalam.
Projek yang sama turut menyaksikan syarikat itu membina 10 buah hotel bertaraf empat bintang di setiap stesen Aerorail yang bakal dibina kelak.
"Melalui 10 stesen bakal dibina dalam kedua-dua fasa, tempoh perjalanan dari Ayer Keroh ke Banda Hilir hanya mengambil masa sekitar 45 minit tanpa melalui kesesakan trafik," ujarnya sambil menambah, projek tersebut dijangka siap pada 2012.
Selain Malaysia, teknologi sama telah digunakan di Switzerland, Kanada, Jerman dan Amerika Syarikat.
Terdahulu, Mohd. Ali berkata, sistem Aerorail yang menggunakan teknologi Amerika Syarikat akan mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di bandar raya Melaka.
"Kenderaan yang masuk ke bandar raya Melaka semakin bertambah terutamanya di hujung minggu dengan kedatangan pelancong.



3 bulan tempoh kemuka bantahan projek aerorel

MELAKA 25 Jun – Kerajaan negeri memberi tempoh tiga bulan kepada penduduk negeri ini untuk mengemukakan cadangan atau bantahan berhubung pelaksanaan projek sistem pengangkutan aerorel yang menghubungkan Ayer Keroh ke Dataran Pahlawan di pusat bandar.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kerajaan negeri tidak boleh meneruskan pelaksanaan pembinaan projek berkenaan sekiranya mendapat bantahan daripada penduduk di negeri ini.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai untuk mengemukakan bantahan atau cadangan di ruang legar di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Menurutnya, setakat ini, pihaknya menerima pandangan yang positif berhubung pelaksanaan projek yang meliputi dua fasa dengan peringkat pertama menelan perbelanjaan sebanyak 200 juta.
‘‘Setakat ini, 60 orang sudah membuat komen mengenai projek aerorel dan maklum balas mereka amat positif malah menggalakkan kerajaan negeri untuk meneruskan projek itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak pembinaan laluan sistem transit aerorel Melaka di sini hari ini.
Sistem aerorel tersebut meliputi jarak sepanjang 18.4 kilometer dan melibatkan dua fasa.
Fasa pertama, sejauh 9.56 kilometer termasuk 10 hotel melibatkan dari Melaka Mall di Lebuh Raya Ayer Keroh seterusnya ke Hospital Melaka, Melaka Sentral, Hang Tuah Mall, sepanjang Sungai Melaka, ke stesen Jam Besar dan berakhir di Pusat Perubatan Mahkota di Banda Hilir.
Fasa kedua pula, sejauh 8.77 kilometer melibatkan laluan dari Melaka Mall ke Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Zoo Melaka dan berakhir berhampiran dengan Tol Ayer Keroh. 
Ia dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga tahun lagi.
Kos pembinaan dan pengurusannya ditanggung oleh pihak swasta Pyramid Express Sdn. Bhd. dengan kos bernilai RM1.8 bilion termasuk pembinaan 10 hotel berbintang empat di setiap stesen hentiannya.
 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...