Khamis, 19 Mac 2015

Projek Merlimau Sentral Melaka....





Gambar Sekitar Majlis Pecah Tanah Kompleks Merlimau Sentral....


JASIN 20 Mac - Pembangunan Kompleks Merlimau Sentral di sini dijangka mampu melonjakkan status Merlimau sama taraf dengan bandar pesat membangun yang lain seperti Shah Alam, Selangor.
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, projek pembinaan terminal bas di tapak seluas 1.21 hektar itu seterusnya akan me­ran­cakkan lagi pembangunan di kawasan Bandar Baharu Mer­li­mau Utara yang kini rancak mem­bangun.
Menurutnya, projek swasta bernilai hampir RM6 juta yang akan bermula pada Oktober 2016 itu juga akan mengubah wajah Merlimau yang sebelum ini dikenali sebagai ‘pekan koboi’ menjadi sebuah bandar maju.

“Tapak projek ini sangat stra­tegik untuk Kompleks Mer­limau Sentral kerana terdapat beberapa buah institusi pengajian tinggi (IPT) seperti Politeknik Merlimau dan Universiti Teknologi Mara Kampus Semujuk serta kemudahan jalinan Lebuhraya Alor Gajah-Melaka Te­ngah-Jasin (AMJ).
“Projek ini juga dilihat mampu menjadi pemangkin kepada pem­bangunan sosioekonomi war­ga daerah Jasin khususnya di Mer­limau,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Kompleks Merlimau Sentral sempena La­wat­an Kerja ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, di sini hari ini.

Yang hadir sama Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah; Pe­ngerusi Jawatankuasa Pe­ru­mahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Oth­man; Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau, Datuk Roslan Ahmad dan Yang Dipertua Majlis Per­bandaran Jasin, Hazudin Hashim.
Kata Idris, beliau percaya dengan terbinanya kompleks merlimau Sentral itu akan memudahkan lagi perjalanan penduduk Merlimau untuk ke destinasi lain dengan adanya kemudahan pengangkutan awam seperti bas berhenti-henti, bas ekspres dan teksi.

Menurutnya, penduduk Merli­mau juga bakal mendapat limpahan faedah dari segi peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan apa­bila siapnya kemudahan lain se­perti hotel, pangsapuri, kedai, pejabat dan sebagainya kelak.
“Selain itu, penduduk turut berpeluang menceburkan diri dalam bidang perniagaan di pasar bazar yang bakal disediakan dan seterusnya menjana pembangunan ekonomi masyarakat secara keseluruhannya,” ujarnya.

Sementara itu, Idris turut ber­harap usaha membawa ke­majuan holistik kepada semua dapat terus dilaksanakan dengan sistematik mengikut struktur yang telah di­atur.
“Kontraktor yang terbabit juga diharap dapat mengambil kira soal penjagaan alam sekitar, pengekalan dan pelestarian persekitaran ha­rus dijadikan wacana utama pem­­bangunan termasuk aspek ke­ber­sihan,” tambahnya.

Sumber Artiker Dari: Utusan Online


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...