Gambar Artukel Melaka Hari Ini Edisi 23 Januari 2015
Sabtu, 7 Februari 2015
Projek Hotel Ibis Melaka...
MELAKA 21 Jan. – Sektor perhotelan di Melaka bakal maju setapak lagi apabila sebuah hotel bertaraf antarabangsa, Hotel Ibis yang kini mempunyai sejumlah 1,013 cawangan di seluruh dunia bakal beroperasi negeri ini pada tahun hadapan.
Hotel bertaraf empat bintang itu yang sudah beroperasi di 53 buah negara akan mula dibina pada bulan ini dan dijangka siap dalam tempoh 12 bulan dengan kemudahan 249 buah bilik di empat blok bangunan enam tingkat di atas tapak seluas 0.7 hektar di Jalan Bendahara, bersebelahan Wisma Bendahara di pusat bandar raya ini.
Pembinaan Hotel Ibis yang pertama di negara ini itu hasil kerjasama antara kerajaan negeri Melaka, agensi perhotelan dalam talian yang beribu pejabat di Paris, Perancis iaitu Accor Hotels dan syarikat pemaju tempatan, Goldstone Property (Malacca) Sdn. Bhd. (Goldstone Property) dengan nilai pelaburan dianggarkan sebanyak RM200 juta.
Advertisement
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron ketika mengumumkan langkah kerjasama itu berkata, pembinaan Hotel Ibis di Melaka merupakan satu sejarah apabila sebuah agensi perhotelan yang terkenal di seluruh dunia berminat untuk melabur dan mendirikan kemudahan penginapan yang mampu menarik lebih banyak pelancong ke negeri ini.
Menurut beliau, dengan kemudahan 126,000 buah bilik di seluruh dunia, Hotel Ibis merupakan jenama pelancongan yang cukup besar untuk menarik lebih ramai pengunjung ke negeri ini.
“Kerajaan negeri Melaka menerima tawaran pembukaan Hotel Ibis di negeri ini yang akan dibina dalam tempoh yang agak pantas iaitu kira-kira 12 bulan dan jika majlis pecah tanahnya bermula bulan ini, pada tahun 2016 hotel ini akan mula beroperasi di Melaka,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Seri Negeri di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah Operasi Hotel Ekonomi, Accor Hotels Malaysia dan Indonesia, Xavier Cappelut; Pegawai Perwakilan Ekonomi Pelaburan Melaka ke China, Datuk Gan Tian Loo; Pemilik Goldstone Property, Datuk Dr. Tang Yong Chew dan Pengarah Urusannya, Pektho Lam.
Menurut Idris, nilai pelaburan RM200 juta itu turut melibatkan kos pembinaan yang dilaksanakan oleh syarikat Goldstone Property yang mendapat suntikan daripada pelabur di China dan Taiwan serta kos perkhidmatan selepas hotel itu siap dibina.
Katanya, kewujudan Hotel Ibis di Melaka disifatkan tepat pada masanya kerana negeri ini masih memerlukan jumlah bilik penginapan yang lebih banyak walaupun terdapat lebih 500 buah hotel untuk kemudahan pelancong dalam dan luar negara.
Advertisement
“Dengan pembinaan hotel itu juga, ia akan menambah peluang pekerjaan kepada penduduk di negeri ini, malah kedudukannya yang terletak di lokasi strategik di bandar raya ini hotel ini juga menjadi satu kelebihan untuk menjadi pilihan pelancong yang datang berkunjung,” katanya.
Sumber Artikel Dari Utusan Online.
Sumber Artikel Lain Melaka Hari Ini Edisi 23 Januari 2015
Sumber Artikel Lain Melaka Hari Ini Edisi 23 Januari 2015
Sumber Dari YouTube....
Selasa, 23 Disember 2014
Projek Panggung Bangsawan Melaka....
Gambar Projek Panggung Bangsawan Melaka....
MELAKA 5 Dis. – Usaha untuk memartabatkan seni persembahan bangsawan dan memperkenalkan kepada masyarakat terhadap teater bangsawan akan bermula tahun hadapan apabila Panggung Bangsawan di Jalan Hang Tuah akan beroperasi Januari tahun hadapan.
Panggung Bangsawan yang dulunya adalah panggung wayang Cathay berhampiran Sungai Melaka dekat Jambatan Hang Jebat dekat sini telah dinaik taraf melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) melibatkan kos sebanyak RM7.6 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif PKNM, Datuk Baharam Mohd. berkata, kerja-kerja menaiktaraf Panggung Bangsawan itu dijangka siap sepenuhnya hujung bulan ini.
Menurutnya, hanya kerja-kerja luaran mencantikkan bangunan itu dengan landskap sedang giat dijalankan di samping memperkemaskan sistem audio dan pencahayan di ruang dalam panggung itu.
“Pentas kita ubahsuai menjadi lebih luas dan panggung ini mampu memuatkan sebanyak 400 penonton bagi satu-satu pementasan teater dan dilengkapi penghawa dingin, sistem audio yang canggih dan pencahayaan.
“Setakat ini Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron yang meninjau kerja-kerja akhir di sini amat berpuashati dengan Panggung Bangsawan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Baharam berkata, satu jawatankuasa pengurusan Panggung Bangsawan akan ditubuhkan bagi merancang pelbagai program persembahan bangsawan yang dijadualkan bermula Februari tahun hadapan.
Menurutnya, panggung itu apabila siap sepenuhnya nanti akan menghidupkan semua persembahan teater dan bangsawan sekali gus melahirkan lebih ramai penggiat seni budaya terutama dalam bidang berkenaan.
Beliau berkata, pengisian aktiviti program pementasan teater dan bangsawan sedang diatur untuk tempoh enam bulan melalui kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
“Dengan adanya Panggung Bangsawan ini, saya yakin ia akan menjadi satu lagi produk pelancongan khusus kepada peminat-peminat seni teater yang datang dari luar negeri ini,” ujarnya.
Sumber Artikel Dari Utusan Online Edisi 06 Disember 2014
Gambar Artikel Utusan Malaysia....
Isnin, 22 Disember 2014
Jumaat, 19 Disember 2014
Projek Hentian HSR Di Ayer Keroh Melaka....
Gambar Hiasan....
SINGAPURA - Beberapa perkara kini sedang diteliti untuk dimuktamadkan antara Kuala Lumpur dan Singapura sebelum pelaksanaan langkah berikutnya bagi merealisasikan projek kereta api laju antara kedua negara yang dijangka siap menjelang 2020.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kedua-dua pihak kini sangat mengambil berat dan menyokong antara satu sama lain bagi melihat projek itu berjaya.
"Projek ini sangat penting dan kedua-dua negara menyokong projek ini dengan kuat. Ini kerja bersama dan dalam hal tertentu kita perlu muktamadkan," katanya kepada pemberita Malaysia di sini sebelum mengakhiri lawatan kerjanya malam tadi.
Bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong mengumumkan projek itu selepas mengadakan pertemuan empat mata dan perbincangan dua hala sempena sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura di sini.
Kedua-dua pemimpin bersetuju usaha itu adalah perkembangan strategik kepada hubungan dua hala yang seterusnya akan meningkatkan kesalinghubungan antara Malaysia dan Singapura.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha kemudiannya dilaporkan berkata, pembinaan landasan lebih 400 kilometer itu akan membolehkan waktu perjalanan antara kedua-dua bandar raya dipendekkan kepada hanya 90 minit.
Berdasarkan kajian awal, Kong berkata, lima stesen kereta api baru akan dibina iaitu di Seremban (Negeri Sembilan); Ayer Keroh (Melaka); dan Muar, Batu Pahat serta Iskandar Johor (Johor) menuju ke Singapura.
Mustapa berada di sini bagi liputan misi pelaburan dan pelancongan Kelantan semalam.
Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan meja bulat dengan lebih 300 pelabur Singapura sebelum merasmikan program promosi "Let's Go To Kelantan, Malaysia by Firefly" yang dihadiri 700 pemain industri pelancongan di negara ini. - Bernama
Gambar Dari Akhbar Melaka Hari Ini Edisi 31 Oktober 2014....
Video Dari You Tube....
Khamis, 18 Disember 2014
Cadangan Projek Naik Taraf Lorong Belakang UNESCO....
Gambar Contoh Projek Naik Taraf....
Gambar Diatas Adalah Lukisan Dinding Di Pulau Pinang....
MELAKA 3 Dis. - Tiga kawasan utama di Bandar Hilir yang termasuk dalam Tapak Warisan Dunia dan menjadi tumpuan pelancong akan berwajah baharu tidak lama lagi.
Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu berkata, menerusi peruntukan RM10 juta daripada Jabatan Warisan Negara, tiga kawasan iaitu Kampung Hulu, Jalan Tun Tan Cheng Lock dan Padang Nyiru akan dinaik taraf menjadi lebih menarik berbanding sekarang.
Menurutnya, projek membaik pulih kawasan seluas 18 hektar tersebut yang bermula sejak Mei lalu dan dijadual siap November tahun depan akan memastikan reka bentuk asalnya dikekalkan sesuai dengan pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2008.
"Kerja-kerja yang dijalankan selama lebih setahun lebih ini melibatkan kerja-kerja membaik pulih jalan raya dan longkang, membina landskap, memasang lampu jalan baharu, menaik taraf persiar jalan kaki, membaik pulih lorong belakang dan memasang papan tanda.
"Apabila siap nanti, ketiga-tiga kawasan tersebut akan menjadi mercu tanda baharu di bandar raya ini apabila seluruh bangunan terbabit akan dicat merah sebagai simbolik memberitahu pengunjung mereka berada di Tapak Warisan Dunia," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri sesi taklimat mengenai kerja-kerja membaik pulih tiga kawasan Tapak Warisan Dunia di sini hari ini.
Taklimat tersebut turut dihadiri Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Ismail Othman.
Terdahulu Mohd. Khalil membuat lawatan singkat dan meninjau kerja-kerja membaik pulih di kawasan terbabit.
Zainal berkata, sepatutnya kerja-kerja membaik pulih kawasan warisan tersebut sudah bermula pada 2010 tetapi hanya pada tahun ini peruntukan RM10 juta telah diluluskan.
Menurutnya, kerja-kerja tersebut yang dijalankan oleh Syarikat UT Generations Sdn. Bhd. setakat ini berjalan lancar dan dijadualkan siap sepenuhnya pada November tahun depan.
"Kerja-kerja baik pulih itu tidak melibatkan sebarang pembinaan bangunan baharu tetapi sebaliknya masih mengekalkan keadaan struktur bangunan asal dengan penambahbaikan seperti kerosakan pada bangunan terbabit," katanya.
Jelas beliau lagi, apabila siap nanti ketiga-tiga kawasan yang berada di Tapak Warisan Dunia itu akan berwajah baharu dan diyakini mampu menarik lebih ramai pelancong ke situ.
Artikel Penuh: Akhbar Utusan Melayu
Akhbar Melaka Hari Ini Edisi 19 Disember 2014
Langgan:
Catatan (Atom)

.jpg)
.jpg)






.jpg)
.jpg)























