Sabtu, 7 Februari 2015

Projek Hotel Ibis Melaka...



MELAKA 21 Jan. – Sektor perhotelan di Melaka bakal maju setapak lagi apabila sebuah hotel bertaraf antarabangsa, Hotel Ibis yang kini mempunyai sejumlah 1,013 cawangan di seluruh dunia bakal beroperasi negeri ini pada tahun hadapan.
Hotel bertaraf empat bintang itu yang sudah beroperasi di 53 buah negara akan mula dibina pada bulan ini dan dijangka siap dalam tempoh 12 bulan dengan kemudahan 249 buah bilik di empat blok bangunan enam tingkat di atas tapak seluas 0.7 hektar di Jalan Bendahara, bersebelahan Wisma Bendahara di pusat bandar raya ini.
Pembinaan Hotel Ibis yang pertama di negara ini itu hasil kerjasama antara kerajaan negeri Melaka, agensi perhotelan dalam talian yang beribu pejabat di Paris, Pe­rancis iaitu Accor Hotels dan syarikat pemaju tempatan, Goldstone Property (Malacca) Sdn. Bhd. (Goldstone Property) dengan nilai pelaburan dianggarkan sebanyak RM200 juta.

Advertisement
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron ketika mengumumkan langkah kerjasama itu berkata, pembinaan Hotel Ibis di Melaka merupakan satu sejarah apabila sebuah agensi perhotelan yang terkenal di seluruh dunia berminat untuk melabur dan mendirikan kemudahan penginapan yang mampu menarik lebih banyak pelancong ke negeri ini.
Menurut beliau, dengan kemudahan 126,000 buah bilik di seluruh dunia, Hotel Ibis merupakan jenama pelancongan yang cukup besar untuk menarik lebih ramai pengunjung ke negeri ini.
“Kerajaan negeri Melaka me­nerima tawaran pembukaan Hotel Ibis di negeri ini yang akan dibina dalam tempoh yang agak pantas iaitu kira-kira 12 bulan dan jika majlis pecah tanahnya bermula bulan ini, pada tahun 2016 hotel ini akan mula beroperasi di Melaka,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Seri Negeri di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah Operasi Hotel Ekonomi, Accor Hotels Malaysia dan Indonesia, Xavier Cappelut; Pegawai Perwakilan Ekonomi Pelaburan Melaka ke China, Datuk Gan Tian Loo; Pemilik Goldstone Property, Datuk Dr. Tang Yong Chew dan Pengarah Urusannya, Pektho Lam.
Menurut Idris, nilai pelaburan RM200 juta itu turut melibatkan kos pembinaan yang dilaksanakan oleh syarikat Goldstone Property yang mendapat suntikan daripada pelabur di China dan Taiwan serta kos perkhidmatan selepas hotel itu siap dibina.
Katanya, kewujudan Hotel Ibis di Melaka disifatkan tepat pada masanya kerana negeri ini masih memerlukan jumlah bilik penginapan yang lebih banyak walaupun terdapat lebih 500 buah hotel untuk kemudahan pelancong dalam dan luar negara.

Advertisement
“Dengan pembinaan hotel itu juga, ia akan menambah peluang pekerjaan kepada penduduk di negeri ini, malah kedudukannya yang terletak di lokasi strategik di bandar raya ini hotel ini juga menjadi satu kelebihan untuk menjadi pilihan pelancong yang datang berkunjung,” katanya.

Sumber Artikel Dari Utusan Online.
Sumber Artikel Lain Melaka Hari Ini Edisi 23 Januari 2015

Sumber Dari YouTube....

1 ulasan:

  1. ASSALAMUALAIKUM,SAYA SEDANG MENCARI MAIN CON UNTUK MENERIMA BEKALAN TENAGA BURUH BINAAN SAYA DARI BANGLADESH.SEKIRANYA PIHAK TUAN BERMINAT ,HUBUNGI SAYA,0146266055

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...