Isnin, 9 Februari 2015

Projek Jalan Persisir Pantai....

Melaka Laksana Projek Tambak Laut Dan Pembangunan Bercampur Bernilai RM800 Juta

MELAKA, 9 Feb (Bernama) -- Melaka akan melaksanakan projek penambakan laut dan pembangunan bercampur bernilai RM800 juta di kawasan Kota Laksamana di sini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata projek yang akan dilaksanakan di kawasan seluas 1.65 hektar itu dibangunkan oleh syarikat Obor Maju Sdn Bhd dan dijangka siap dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

"Kawasan yang akan ditambak itu terletak 110 meter daripada projek mega Melaka Gateway dan akan digunakan untuk pembangunan bercampur antaranya kediaman dan perniagaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menandatangani perjanjian pelaksanaan projek tersebut dengan Pengarah Urusan Obor Maju Mohamad Ali Mohamad.

Idris berkata fasa pertama projek itu melibatkan pembangunan jalan pesisir pantai di kawasan yang akan ditambak yang menghubungkan Jalan Syed Sultan Abdul Aziz ke kawasan Ujong Pasir di sini.

Katanya syarikat itu akan mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran serta laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar daripada Jabatan Alam Sekitar untuk melaksanakan kerja-kerja menambak laut.

"Kerja-kerja menambak kawasan itu akan bermula selepas memperoleh kelulusan dan laporan tersebut," katanya.

-- BERNAMA

1 ulasan:

  1. Pure Titanium Earrings - Titsanium Art
    The perfect titanium key ring earrings for any t fal titanium occasion. Titsanium titanium engine block Ring of Gold, Red, apple watch stainless steel vs titanium Green, Black, titanium bmx frame Diamond.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...