MELAKA 12 Dis. - Kerajaan negeri merancang membina lebuh raya bertol sepanjang lebih 60 kilometer (km) bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang kerap berlaku pada setiap hujung minggu dan cuti umum.
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, pembinaan lebuh raya melibatkan tiga fasa itu dijangka menelan belanja RM6 bilion termasuk kos pengambilan tanah yang masih dalam perbincangan.
Katanya, lebuh raya itu akan mengelilingi bandar raya Melaka melalui tiga susur keluar dari Plaza Tol Simpang Ampat, Plaza Tol Ayer Keroh dan Plaza Tol Lipat Kajang di Jasin.
"Pada dasarnya kita bersetuju untuk mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Pusat bagi pembinaan lebuh raya bertol bagi mengatasi kesesakan teruk di bandar raya Melaka.
"Masalah kesesakan lalu lintas di negeri ini masih menghantui ramai pelancong khususnya sewaktu musim cuti sekolah, musim perayaan dan cuti hujung minggu.
"Kita khuatir jika masalah ini tidak diatasi akan menjejaskan semangat pelancong untuk datang ke Melaka sedangkan kerajaan negeri mengharapkan kedatangan mereka sebagai penggalak kepada kegiatan ekonomi," katanya di sini semalam.
Idris berkata, mesyuarat Exco semalam bersetuju mengenai cadangan pembinaan lebuh raya tersebut.
Menurutnya, lebuh raya itu akan melalui kawasan perindustrian dan lokasi tumpuan pelancong khususnya di sekitar Bandar Hilir dan kawasan berdekatan.
Katanya, mengikut pelan, lebuh raya tersebut akan bermula dari Plaza Tol Ayer Keroh melalui Bukit Katil-Seri Mendapat-Padang Temu- Melaka Raya-Limbongan-Klebang -Batang Tiga-Bukit Rambai-Bertam Ulu dan Krubong.
Sumber Dari Utusan Online...
Gambar Dari Akhbar Melaka Hari Ini....
(Akhbar Pada 12/12/2013)
Kerajaan Negeri Melaka bersetuju untuk membangunkan projek lebuh raya bertol yang dikenali sebagaka Melaka Internal Ring Road (MIRR) bernilai kira-kira RM6 Bilion bagi mengatasi kesesakan lalu lintas yang semakin teruk terutama musim cuti sekolah dan perayaan di negeri ini.
Projek yang melibatkan tiga fasa sejauh kira-kira 60 kilometer akan dibina mengelilingi bandar raya dengan memiliki jajaran dari pintu masuk dari Tol Simpang Ampat, Tol Ayer Keroh dan Tol Lipat Kajang.
Lebuh raya ini secara ringkas akan menghubungkan tiga daaerah Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin selain lokasi pelancongan serta kawasan perindustrian.
Projek MIRR juga akan mengaplikasikan konsep pembinaan lebuh raya bertol seperti di beberapa negara maju termasuk Singapura di mana sistem bayaran tol hanya menggunakan kad di beberapa lokais jalan alternatif, manakala laluan yang tidak adak ada jalan alternatif, pengguna tidak dikenakan bayaran tol. - Dipetik daripada akhbar Melaka Hari Ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan