Gambar Rancagan Projek A'Famosa Outlet Village....
Gambar Semasa Menandatagani MOU Projek A'Famosa Outlet Village
Oleh Datuk Idris Haron....
Freeport A'Famosa Outlet Village Sasar 3 Juta Pengunjung Pada Akhir 2015
MELAKA, 21 Feb (Bernama) -- Freeport A'Famosa Outlet Village yang dijadual dibuka pada April tahun depan, menyasarkan tiga juta pengunjung pada akhir tahun 2015, berdasarkan lokasinya yang strategik.
Projek usaha sama dengan nilai pelaburan RM190 juta, membabitkan antara A'Famosa Resort dan Freeport Retail, pemaju Outlet Centres di Eropah dari London, menjangkakan jumlah pengunjung itu dapat dicapai berikutan lokasinya berhampiran pusat bandar berbanding gedung premium lain di Malaysia.
Pengarah Komersil Freeport Retail Chris Milliken berkata angka yang diunjurkan itu juga berdasarkan jumlah pengunjung melawat Melaka tahun lepas.
Melaka menerima 14.3 juta pengunjung tahun lepas dan kerajaan negeri menyasarkan 15 juta pengunjung tahun ini terutama dari China, negara-negara Eropah dan negara Timur Tengah.
Beliau berkata gedung itu merupakan projek tiga fasa yang mengandungi 82 butik fesyen pada fasa pertama, 35 kedai pada fasa kedua manakala kira-kira 100 kedai pada fasa ketiga.
"Kami akan memulakan projek itu hari ini dan pembukaannya pada April tahun depan. Dua fasa pertama akan dibuka kepada orang ramai pada masa sama tahun depan," katanya pada sidang media selepas majlis pecah-tanah A'Famosa Resort dan Freeport Retail Jumaat.
Milliken juga berkata gedung itu menyaksikan 100 peratus pajakan pada fasa pertama berikutan maklum balas yang positif daripada jenama antarabangsa dan 10 peratus lagi kedai tempatan.
Mengulas mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan tahun depan, Milliken berkata pelaksanaan GST tidak akan memberi impak seperti di negara-negara Eropah yang mengenakan cukai jualan yang lebih tinggi ke atas rakyatnya.
"Seperti di United Kingdom, cukai jualannya ialah 20 peratus dan saya tidak melihat impaknya memandangkan bayaran tol dan bahan api di sini lebih murah berbanding negara-negara Eropah," katanya.
Sementara itu, ahli Exco Melaka bagi Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Datuk Wira Md Yunos Husin berkata gedung baharu itu akan mewujudkan lebih daripada 600 peluang pekerjaan di negeri itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan