Khamis, 31 Januari 2013

Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia Melaka


MELAKA 24 Feb. - Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus membela nasib golongan berpendapatan rendah dengan memastikan mereka mampu memiliki rumah menerusi dasar dan inisiatif yang dilaksanakan untuk tempoh lima tahun lagi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri menegaskan, tiada kumpulan yang akan dipinggirkan dan kerajaan akan memastikan rakyat sentiasa mendapat manfaat melalui dasar yang memberi peluang kepada mereka memiliki atau menyewa rumah yang dibina oleh sektor awam dan swasta.
''Kerajaan berasa denyut nadi rakyat yang mahu memiliki rumah sendiri. Ini cita-cita yang semua orang mahu, tak kira siapa, mereka mahu suatu hari nanti dapat memiliki sebuah kediaman yang selesa.
''Inilah salah satu keutamaan di bawah kerajaan BN dan kita akan terus membina sebanyak rumah untuk rakyat miliki.
''Sebab itulah Dasar Perumahan Negara yang dilancarkan tahun lalu bertujuan memperkasakan lagi projek-projek perumahan awam dan swasta terutama sekali rumah yang mampu dimiliki oleh rakyat," katanya ketika berucap pada majlis Penyerahan Surat Tawaran kepada 336 pembeli Pangsapuri Rakyat Sungai Putat, Batu Berendam di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung; Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md. Yunos Husin.
Pada majlis itu juga, beliau mengumumkan harga pangsapuri tersebut yang dijual RM35,000 seunit berbanding harga kos sebenarnya bernilai RM148,000 seunit.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, sepanjang tempoh 2006 hingga 2010, sejumlah 110,000 unit perumahan awam mampu milik telah dapat dibina oleh kerajaan.
''Kita tambah lagi dengan Skim Rumah Pertamaku dengan setiap individu berusia 35 tahun ke bawah boleh mendapat pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan tanpa perlu wang pendahuluan," katanya.
Justeru, kata Najib, kerajaan dalam proses mempergiatkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang dibangunkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk diberikan kepada golongan sederhana dan berpendapatan rendah agar mereka memiliki rumah kediaman sendiri.
Menurutnya, kerajaan juga menyediakan subsidi sebagai sumbangan kepada rakyat supaya rumah yang ditawarkan oleh kerajaan adalah rendah berbanding harga pasaran sebenarnya.
Beliau berkata, sehingga 31 Disember tahun lalu, kerajaan telah menyiapkan sebanyak 65,246 buah rumah di seluruh negara dan sebagai tambahan, sebanyak 38,942 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan dibina bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Mengenai projek terbengkalai pula, katanya, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM63 juta bagi memulihkan 1,270 unit rumah terbengkalai di seluruh negara.
Katanya, sehingga 31 Disember tahun lalu, kerajaan dengan kerjasama semua pihak telah berjaya memulihkan sebanyak 83 projek daripada jumlah 167 projek perumahan yang diisytiharkan terbengkalai sejak 2009.
''Dengan pemulihan projek ini, seramai 9,278 pembeli telah mendapat manfaat," katanya.

Sumber: Utusan online Edisi 25/2/2012

Isnin, 28 Januari 2013

Projek 99 Residence Melaka....






Gambar Model Projek....



(Gambar Diambil Pada 1/12/2014)
Gambar Projek Dalam Pembinaan....

Jumaat, 4 Januari 2013

Projek Hard Rock Cafe Melaka Telah Siap Dan Akan Dibuka

 Gambar Logo Hard Rock Cafe Melaka....








Gambar Bagunan Hard Rock Cafe Melaka....
Gambar Diambil Pada 2/1/2013

Rujukan Gambar Dari: FB Hard Rock Cafe Melaka....



Hard Rock International adalah berbangga untuk mengumumkan pembukaan Kedai Rock terbaru runcit di 23 Lorong Hang Jebat di bandar pelabuhan yang menawan Melaka, menawarkan peminat peluang pertama untuk membeli barangan dari lokasi baru. Hard Rock Cafe Melaka Rock Shop menawarkan kedua-dua rock 'n' roll-inspirasi item, serta koleksi klasik Hard Rock Cafe Melaka barangan. Barangan Melaka khusus ini hanya boleh dibeli di lokasi ini, yang menawarkan kualiti yang eksklusif yang meningkatkan rayuan setiap item. Peminat juga dapat mengumpul banyak didambakan pin tandatangan Hard Rock, termasuk baru, edisi terhad Melaka pin, yang mencerminkan semangat bandar dan kesahihan barangan Hard Rock.

Hard Rock Cafe Melaka kafe akan terletak berhampiran Jonker Walk yang terkenal, yang terletak dalam zon teras tapak warisan dunia UNESCO. Menampilkan persembahan makan, kehidupan malam dan budaya yang pelbagai, restoran ikonik 9000 kaki persegi bakal menjadi mercu tanda bandar destinasi terbaru. Kafe Melaka baru akan cafe ketiga Hard Rock di Malaysia untuk rakan veteran francais HRC Holdings Pte Ltd dan rakan niaga tempatannya Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir.

Untuk Rujukan Dan Lawat Ke Web Dan Facebook Hard Rock Cafe Melaka....
Rujukan Facebook: FB Hard Rock Cafe Melaka....

Khamis, 20 Disember 2012

Projek Naik Taraf Sungai Rambai Airstrip....





JASIN - Lapangan terbang Sungai Rambai Airstrip di Kampung Tasek di sini akan dinaik taraf kepada lapangan terbang sokongan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di Batu Berendam.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman berkata, ia ekoran pengiktirafan yang diberikan oleh Airport Standard, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan serentak dengan itu, pelbagai kemudahan dan infrastruktur lebih lengkap akan dibina di lapangan tersebut.
Menurutnya, antaranya tempat meletak pesawat, kemudahan mengisi minyak, pusat penyelenggaraan, menara kawalan, kafetaria, bilik rehat dan tempat penginapan.
"Lapangan terbang ini yang dahulunya dikenali Sungai Rambai Airstrip akan ditukar nama kepada Sungai Rambai Aerodrome dan menerima pengiktirafan daripada Airport Standard DCA pada 10 Disember lalu.
"Segala infrastruktur yang akan dibina di sini akan diuruskan oleh Teguh Oil Sdn. Bhd. dengan kos RM5 juta dan dijangka siap dalam tempoh setahun," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Teguh Oil Sdn. Bhd. dan Japerun Sungai Rambai di sini semalam.

Ahad, 16 Disember 2012

Projek Imperio Mall @ Hatten City




Gambar Projek  Imperio Mall.......



Gambar Projek Dalam Pembinaan....
(Gambar Di Ambil Pada 7/12/2014)

Sumbar Dari Facebook Hatten


Sumber Akhbar Melaka Hari Ini....


Sumber Dari You Tube.....

Khamis, 13 Disember 2012

Projek Business Centre Melaka....

 Logo Business Centre Melaka.....


 Gambar Semasa Majlis Perasmian Pecah Tanah....

Gambar Peta Lokasi projek.....



Gambar Lakaran Sebenar Projek....


+
Gambar Semasa Projek Dalam Pembinaan....
(Gambar Di Ambil September 2012)





(Gambar Di Ambil Pada MAY 2013)



(Gambar Di Ambil Pada 19/5/ 2014)

Gambar Semasa Projek Dalam Pembinaan....

Rabu, 12 Disember 2012

Projek kilang kaca berteknologi hijau di jasin....


Rujukan Dari Berita TV3....

Gambar Semasa Pertukaran MOU Di Seri Negeri, Ayer Keroh....

MELAKA 14 Nov. - Guardian Industries Malaysia Sdn. Bhd. (Guardian Industries) merancang membina kilang kaca berteknologi hijau di Melaka dengan nilai pelaburan sebanyak RM800 juta.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, syarikat pengeluar kaca yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu memilih Jasin sebagai lokasi kilang dan kerja-kerja pembinaan akan bermula pada Januari depan.

Menurutnya, pengeluaran kaca tingkap daripada pasir yang dihasilkan menggunakan mesin berteknologi tinggi itu mampu menyerap haba lebih 20 peratus berbanding kaca biasa.

"Kilang pertama syarikat tersebut bakal didirikan di atas tanah seluas 24.28 hektar di Kawasan Perindustrian Lipat Kajang, Jasin yang dibeli dengan kos sebanyak RM20.5 juta daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pembelian tanah antara Ketua Pegawai Eksekutif PKNM, Datuk Yusof Jantan dan Pengarah Guardian Industries, Gregory Poulson di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Mohd. Ali memberitahu, teknologi yang dihasilkan syarikat tersebut melalui produk kaca tingkap itu mampu menyerap haba pada bangunan dengan lebih baik, sekali gus dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

"Penjimatan tenaga ini selari dengan sasaran kerajaan negeri untuk mencapai status negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang 2020," katanya.

Tambah beliau, pembukaan kilang yang dijangka bermula pada awal 2015 itu bakal menyediakan peluang pekerjaan baru kepada kira-kira 700 tenaga mahir, khususnya di daerah Jasin.

Sementara itu, Poulson berkata, pembinaan kilang tersebut dijangka mengambil masa antara 18 hingga 24 bulan dan bakal menjadi antara kilangnya yang terbesar selepas Rusia.

"Gentian kaca yang dihasilkan syarikat ini akan menggunakan bahan mentah iaitu pasir yang diperolehi dari dalam negara iaitu Johor dan Pahang bagi menjimatkan kos pengeluaran," tambahnya.
Rujukan Dari Utusan Online.




Untuk Rujukan Melaka Hari Ini: http://mhi.com.my/paper/NOVEMBER/151112/index.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...