Rabu, 29 Oktober 2014

CADANGAN PROJEK BANDAR GRID PINTAR MELAKA....













Cadangan Gambar Projek....

Rujukan Gambar Serta Maklumat Lebih Lanjut Layari:

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Masers Energy Malaysia Sdn Bhd bersedia untuk melaksanakan projek Bandar Grid Pintar pertamanya berharga US$72 bilion (RM228 bilion) dan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Hijau di Melaka.
Bandar Grid Pintar ialah sebuah bandar yang menggunakan grid tradisi yang dilengkapkan dengan teknologi maklumat dan komunikasi inovatif. Sejumlah besar data yang dihantar dan diproses diperlukan bagi pengurusan grid itu.
SEZ Hijau adalah zon yang bebas karbon, yang beroperasi melalui penyepaduan penuh teknologi Grid Pintar.
Projek-projek itu akan menjadikan Malaysia sebuah negara grid pintar dan bebas karbon menjelang 2020.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Suhaimi Abdul Rahman, berkata syarikat itu memperuntukkan pelaburan sebanyak US$2 bilion (RM6.34 bilion) bagi fasa pertama yang terdiri daripada Rembia Nucleus Smart Grid City.
Beliau berkata projek itu, iaitu yang pertama seumpamanya di negara ini, dijangka bermula dalam suku pertama tahun depan dan dijadualkan siap pada 2017.
Projek yang terletak di Alor Gajah itu akan dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri dan Persekutuan. Fasa projek ini akan mengandungi lot kilang siap bina dengan pusat perkhidmatan setempat, hab komersial dengan pusat peruncitan, pameran produk hijau, dewan pameran dan pejabat gred A, pusat operasi rangkaian, kompleks
penyelidikan dan pembangunan (R&D), kawasan kediaman, gudang pintar dan pusat rawatan sisa boleh baharu.
Pengangkutannya terdiri daripada kenderaan pelepasan bukan karbon seperti kereta elektrik.
Sekurang-kurangnya 20 pusat R&D akan dibangunkan, yang memerlukan lebih 7,000 tenaga pekerja berkemahiran tinggi dan profesional kejuruteraan dalam sektor industri grid pintar dan tenaga boleh baharu serta sektor teknologi bersih di kawasan itu. Ia turut dijangka menjana sebanyak 300,000 pekerjaan
dalam teknologi hijau baharu.
Projek itu akan bermula dengan pembinaan ladang suria 15MW di tapak seluas 210 hektar. Ia dijangka dilaksanakan pada bila-bila masa sekarang, katanya.
Apabila Bandar Grid Pintar ini siap, ia boleh menjana sejumlah 100MW tenaga suria, sepadan dengan keperluan tenaga bagi kawasan itu.
Suhaimi berkata fasa pertama projek itu dijangka menyumbang kira-kira RM100 bilion kepada keluaran dalam negara kasar bagi negara ini.
Di bawah fasa kedua, syarikat itu akan bekerjasama dengan sebuah syarikat Korea Selatan, C&M Global, untuk memajukan tanah tebus guna laut seluas enam hektar di pesisiran pantai Melaka sebagai SEZ Hijau dengan anggaran kos US$70 bilion (RM222 bilion).
Kata Suhaimi projek ini akan mempunyai kemudahan dan inovasi yang sama seperti Rembia Nucleus Smart Grid City termasuk sebuah lapangan terbang antarabangsa, pelabuhan antarabangsa, dan jambatan yang menghubungkan Melaka dengan Dumai, Sumatera.
Silver Springs Networks ialah rakan kongsi bagi semua aspek prasarana pintar projek Masers Energy Smart Grid City Melaka dan Green SEZ Melaka.
Maser Energy Malaysia ialah sebuah syarikat platform tenaga yang menyediakan produk lengkap bagi pengguna, dari aplikasi hinggalah kepada perkhidmatan yang dijana oleh Masers Energy Endless Connection -- sebuah platform terbuka, selamat dan berskala, yang memudahkan komunikasi antara pembekal perkhidmatan dan pengguna.
-- BERNAMA



Sumbar Video Dari YouTube

Petaling Jaya: Masers Energy Malaysia Sdn Bhd (Masers Energy), komited menjadikan Melaka sebagai bandar pertama menggunakan Smart Grid (Grid Pintar) di Asia menerusi Projek Zon Ekonomi Khas Melaka (SEZ) yang membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) lebih RM50 bilion.
Presidennya Datuk Seri Suhaimi Abd Rahman berkata, SEZ adalah fasa pertama bagi keseluruhan projek Masers Energy di Melaka dan ia dijangka bermula bulan ini.
Katanya, fasa pertama ini dimulakan di Alor Gajah, Melaka di tanah seluas 210.4 hektar dan akan dilengkapi kilang siap dibina dan pusat perkhidmatan berpusat, hab komersial dengan pusat peruncitan, pameran produk hijau, dewan pameran dan pejabat gred A, pusat operasi rangkaian, kompleks R&D, kondominium, rumah kediaman, gudang pintar dan pusat rawatan sisa boleh diperbaharui.

“Bagi projek ini, kami memfokus tenaga daripada hiliran yang bakal menjadi sistem lengkap dan setiap bangunan akan dipasang grid pintar untuk menjana kuasa dari bangunan sendiri.


SUHAIMI menunjukkan projek fasa kedua Masers Energy yang menghubungkan Melaka dan Dumai.

“Kami mahu Melaka menjadi bandar bebas karbon dan untuk itu juga bagi projek fasa pertama ini, kami akan membina sistem pengangkutan bertingkat (tiga tingkat) membabitkan logistik kereta elektrik (EV) dan EV awam,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, Masers Energy menyasarkan Melaka akan menjadi bandar bebas karbon sepenuhnya menjelang 2030 dan pihaknya yakin ia dapat dicapai menerusi projek SEZ sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan baru kepada penduduk setempat.

Suhaimi berkata, setakat ini pihaknya menarik beberapa pelabur asing yang berminat dan dijangka mendapat pulangan modal antara 10 hingga 12 tahun.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan fasa pertama ini akan siap sepenuhnya menjelang 2016 dan selepas itu Masers Energy akan terus memulakan projek fasa keduanya yang membabitkan pembangunan pelabuhan pintar, lapangan terbang antarabangsa Melaka dan jambatan yang menghubungkan Melaka-Dumai.

“Kami jangka projek fasa kedua ini akan menjadi seperti pembangunan Iskandar kerana ia pelaburan paling mahal dilakukan dan sekarang kami mengumpulkan pelabur tempatan dan asing.

“Bagi jambatan Melaka-Dumai ini, ia adalah projek laut dalam pertama negara yang lebih efektif iaitu pada kos pelaburan lebih kurang RM45 bilion bagi 109.4 kilometer panjang,” katanya.

Sumber Artikel Dari myMetro

Sumbar Gambar Dari FB Masers Energy....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...