Jumaat, 9 Mac 2012

Projek Dataran Pahlawan Melaka Megamall telah siap......





MELAKA, 14 Ogos (Bernama) -- Hypermarket Carrefour dan restoran makanan segera McDonalds, akan membuka perniagaan masing-masing di Dataran Pahlawan, sebuah kompleks perniagaan termoden di negeri ini, yang terletak di Banda Hilir.

McDonalds dijangka memulakan perniagaan hujung bulan ini manakala Carrefour pada April tahun depan.

Setakat ini 99 peratus pembinaan Dataran Pahlawan telah siap dan kompleks itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh empat hingga lima bulan lagi, kata Pengerusi Lianbang Ventures Sdn Bhd, Datuk Shuaib Lazim, kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian antara Lianbang Ventures Sdn Bhd dengan Carrefour dan McDonalds di sini, Isnin.

Dataran Pahlawan dengan kos keseluruhan pembinaan RM220 juta dibina oleh Lianbang Ventures Sdn Bhd dan rakan usaha sama Kumpulan Melaka Berhad, cabang pelaburan kerajaan Melaka.

Pada majlis itu, Shuaib menandatangani perjanjian bagi pihak Lianbang Ventures Sdn Bhd manakala Carrefour Malaysia diwakili Pengurus Besar Magnificient Diagraph Sdn Bhd, Shafie Shamsudin dan McDonalds oleh Pengurus Besar Golden Arches Restoran Sdn Bhd Azmir Jaafar.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohamed Ali Rustam menjadi saksi kepada majlis perjanjian tersebut.

Dataran Pahlawan mempunyai kawasan 1.5 juta kaki persegi dan kawasan runcit bersih 700,000 kaki persegi yang menempatkan lebih 600 cawangan runcitan berkeluasan 120 kaki persegi hingga 3,500 kaki persegi setiap satu.

Projek itu bermula pada 2001 sebagai inisiatif kerajaan negeri Melaka untuk menjadikan pusat bandar Melaka sebagai sebuah zon komersial bertenaga.

Dataran Pahlawan yang dibina atas kawasan 7.7 hektar di atas tanah yang dipajak dekat Kota A'Famosa, Muzium Melaka dan Memorial Kemerdekaan mengandungi sebuah pusat membeli-belah satu tingkat dan sebuah lagi lima tingkat.

Kompleks itu turut dilengkapi dengan sebuah padang yang boleh menampung acara besar dan aktiviti luaran.

Ia juga menyediakan 1,000 petak tempat letak kereta sekaligus menjamin keselesaan kepada pelanggannya.

Mohamed Ali berkata kerajaan negeri mempelawa syarikat besar dan jenama terkenal lain membuka perniagaan di Dataran Pahlawan bagi membolehkannya memberi banyak pilihan kepada pengunjung.

Beliau berkata dataran tersebut akan menjadi satu lagi tarikan baru pelancong ke negeri ini.

Kerajaan negeri menyasarkan kunjungan lima juta pelancong ke negeri ini tahun ini dan seramai enam juta tahun depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...