Khamis, 8 Mac 2012

cadangan projek Aerorail di melaka........



gambar cadangan Aerorail melaka.....





gambar model Aerorail..........









Gambar Lukisan Taknikal Aerorail...........








Gambar contoh Aerorail di japan.......



MELAKA - Satu sistem pengangkutan Aerorail yang pertama di Asia Tenggara bernilai RM1.8 bilion bakal dibina di bandar raya Melaka menghubungkan Ayer Keroh dengan Banda Hilir, tidak lama lagi.
Berbeza dengan monorel atau sistem transit ringan (LRT), gerabak penumpang Aerorail yang dibina syarikat Pyramid Express Sdn. Bhd. bergerak menggunakan trek kabel.
"Ia melibatkan laluan sepanjang 18.4 kilometer dengan pembinaan fasa pertama bermula berhampiran Melaka Mall sehingga Dataran Pahlawan di Banda Hilir," kata Pengarah Urusannya, Datuk Lim Sue Beng.
Beliau berkata demikian selepas upacara pecah tanah projek berkenaan di Dataran MBMB yang disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, semalam.
Projek yang sama turut menyaksikan syarikat itu membina 10 buah hotel bertaraf empat bintang di setiap stesen Aerorail yang bakal dibina kelak.
"Melalui 10 stesen bakal dibina dalam kedua-dua fasa, tempoh perjalanan dari Ayer Keroh ke Banda Hilir hanya mengambil masa sekitar 45 minit tanpa melalui kesesakan trafik," ujarnya sambil menambah, projek tersebut dijangka siap pada 2012.
Selain Malaysia, teknologi sama telah digunakan di Switzerland, Kanada, Jerman dan Amerika Syarikat.
Terdahulu, Mohd. Ali berkata, sistem Aerorail yang menggunakan teknologi Amerika Syarikat akan mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di bandar raya Melaka.
"Kenderaan yang masuk ke bandar raya Melaka semakin bertambah terutamanya di hujung minggu dengan kedatangan pelancong.



3 bulan tempoh kemuka bantahan projek aerorel

MELAKA 25 Jun – Kerajaan negeri memberi tempoh tiga bulan kepada penduduk negeri ini untuk mengemukakan cadangan atau bantahan berhubung pelaksanaan projek sistem pengangkutan aerorel yang menghubungkan Ayer Keroh ke Dataran Pahlawan di pusat bandar.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kerajaan negeri tidak boleh meneruskan pelaksanaan pembinaan projek berkenaan sekiranya mendapat bantahan daripada penduduk di negeri ini.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai untuk mengemukakan bantahan atau cadangan di ruang legar di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Menurutnya, setakat ini, pihaknya menerima pandangan yang positif berhubung pelaksanaan projek yang meliputi dua fasa dengan peringkat pertama menelan perbelanjaan sebanyak 200 juta.
‘‘Setakat ini, 60 orang sudah membuat komen mengenai projek aerorel dan maklum balas mereka amat positif malah menggalakkan kerajaan negeri untuk meneruskan projek itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak pembinaan laluan sistem transit aerorel Melaka di sini hari ini.
Sistem aerorel tersebut meliputi jarak sepanjang 18.4 kilometer dan melibatkan dua fasa.
Fasa pertama, sejauh 9.56 kilometer termasuk 10 hotel melibatkan dari Melaka Mall di Lebuh Raya Ayer Keroh seterusnya ke Hospital Melaka, Melaka Sentral, Hang Tuah Mall, sepanjang Sungai Melaka, ke stesen Jam Besar dan berakhir di Pusat Perubatan Mahkota di Banda Hilir.
Fasa kedua pula, sejauh 8.77 kilometer melibatkan laluan dari Melaka Mall ke Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Zoo Melaka dan berakhir berhampiran dengan Tol Ayer Keroh. 
Ia dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga tahun lagi.
Kos pembinaan dan pengurusannya ditanggung oleh pihak swasta Pyramid Express Sdn. Bhd. dengan kos bernilai RM1.8 bilion termasuk pembinaan 10 hotel berbintang empat di setiap stesen hentiannya.



1 ulasan:

  1. SAYA ADA MEMBEKALKAN TENAGA BURUH BINAAN WARGANAGARA BANGLADESH. 0146266055

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...