Jumaat, 25 Oktober 2013

Cadangan Projek Hospital Baru...


Projek Vedro By The River Mall Melaka...




Gambar Cadangan Projek vedro 



Gambar Pelan Projek Vedro

Gambar Peta Lokasi Projek.


Gambar Cadangan Sebenar.

Uutuk Rujukan Lanjut: http://www.vedromall.com/


Sumber Di Ambil Dari You Tube.


Projek KIP Mart Melaka.

Gambar Iklan Projek KIP Melaka.







Gambar Semasa Perojek Dalam Pembinaan...
( Gambar Di Ambil Pada 18/09/2013)



Gambar Semasa KIP Mart Dibuka kepada Orang Awam....
(Gambar Dia Ambil Pada 12/4/2014)

Sumbar Gambil Dari FB KIP Mart Melaka.

Rabu, 1 Mei 2013

Projek Bagunan Baru MPJ, Melaka....

Gambar Pelan Projek Bangunan Baru MPJ....  




Gambar Semasa Majlis Pecah Tanah Bagunan Baru MPJ, Melaka....

JASIN - Usaha meningkatkan imej Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) lebih menyerlah apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) itu bakal memiliki bangunan sendiri di kawasan pusat pentadbiran baru Jasin.

Bangunan tiga tingkat bernilai RM7.1 juta itu akan didirikan di kawasan seluas empat hektar,  menjadi mercu tanda bandar Jasin dan dijadualkan siap pada 2015.

Yang Dipertua MPJ, Murad Husin berkata, kawasan berkenaan terdiri daripada bangunan MPJ membabitkan kawasan seluas 0.8 hektar, manakala selebihnya adalah pusat komersial termasuk bangunan hotel, apartment, pangsapuri kos sederhana dan bangunan lot komersial.

“Cadangan bangunan di bawah pentadbiran MPJ itu terletak 30 kilometer dari pusat bandaraya Melaka dan 10 kilometer dari pusat pentadbiran Kerajaan Negeri, bangunan Seri Negeri.

“Selain itu, bangunan ini juga terletak 12 kilometer dari Plaza Tol Ayer Keroh dan lima kilometer dari Plaza Tol Lipat Kajang,” katanya.

Menurutnya, selaras dengan Melaka sebagai Bandar Teknologi Hijau, bangunan itu dibina berkonsepkan ‘bangunan hijau’ yang mesra alam dan jimat tenaga, sekaligus konsep hijau pertama dibina di daerah ini.

"Dengan terbinanya bangunan MPJ yang baru ini, ia menjadi satu mercu tanda pusat pentadbiran daerah bagi menyokong wawasan pembangunan daerah Jasin sebagai Daerah Lestari dan Bandar Bestari menjelang 2020,” katanya.

Beliau berkata, antara kemudahan yang bakal dibina termasuk lif penumpang, sistem penghawa dingin, dewan yang mampu memuatkan kira-kira 500 orang dalam satu-satu masa, dua gelanggang badminton, tempat letak kereta bagi orang kurang upaya (OKU), perkhidmatan keselamatan, sistem pencegahan kebakaran dan jalur lebar tanpa wayar.


Sumber Dari Sinar Harian: Akhbar Sinar Harian

Selasa, 30 April 2013

Projek Jasin Sentral Dan Pasaraya Econsave Sudah Siap...






JASIN 3 April - Jasin Sentral yang menempatkan terminal bas dan teksi di bandar ini, kini menjadi mercu tanda baru bagi Jasin hasil kerjasama Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan pasar raya Econsave Cash and Carry Sdn. Bhd. (Econsave).

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, terminal di tapak seluas 0.8 hektar itu yang dinaik taraf pihak Econsave dengan nilai mencecah RM3 juta, juga dilihat bakal memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Menurutnya, kawasan lebih selesa dan strategik itu turut akan membantu meningkatkan pendapatan para pengusaha teksi dan bas selain memberi ruang kepada peniaga kecil menjana ekonomi sendiri.

"Selain pasar raya, Jasin Sentral turut menempatkan sebanyak 12 gerai jualan bagi peniaga kecil serta ruang menunggu berhawa dingin dan kemudahan internet tanpa wayar secara percuma untuk orang ramai," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Jasin Sentral dan Econsave Jasin di sini semalam.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md. Yunos Husin; Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri, Datuk Ghazale Mohamad dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin, Murad Husin.

Jelas Mohd. Ali, lebih banyak projek perkongsian melalui dasar penswastaan akan dapat dilaksanakan melalui persefahaman antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan syarikat swasta.

"Konsep perkongsian seperti ini merupakan sesuatu yang patut dicontohi dan diharap dapat diperluaskan lagi ke pekan-pekan kecil seperti di Merlimau, Masjid Tanah dan kawasan-kawasan lain," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga, Hamdan Mohd. Sharif, 48, berkata, projek menaik taraf Jasin Sentral amat diharapkan kerana mampu memberi keselesaan selain memudahkan para peniaga dan masyarakat setempat.

"Projek ini memberi peluang kepada peniaga mencari pendapatan lebih namun PBT perlu memantau jenis perniagaan yang beroperasi supaya lebih pelbagai dan mampu menarik ramai pengunjung," ujarnya.

Seorang penduduk tempatan, Zulkifli Kalil, 43, pula memberitahu, dia gembira dengan adanya kemudahan serba moden di Jasin Sentral.

"Dengan adanya kemudahan seperti ini, orang ramai tidak perlu bersusah payah mendapatkan perkhidmatan bas dan teksi selain mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi orang ramai," tambahnya.




Sumber Dari Utusan: Berita Utusan

Isnin, 29 April 2013

Projek MyDin Jasin Dah Siap....


Gambar Bagunan Hypermarket MyDin Jasin.... 



Gambar Semasa Majlis Pembukaan MyDin Jasin....


JASIN- Mydin Hypermarket berharga kira-kira RM60 juta kini beroperasi di Bandar Jasin Bistari, Melaka dan kira-kira 7,000 warga Jasin dan lokasi berhampiran. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, pada 30 Mac 2013.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holding Berhad, Datuk Wira Dr. Ameer Ali berkata, Mydin Bandar Jasin Bistari merupakan cawangan Mydin Hypermarket kedua di Melaka selepas Mydin MITC dan ke-12 yang juga merupakan rangkaian ke-101 di Malaysia.

Katanya, pembukaan Mydin Bandar Jasin Bistari bakal menjadi alternatif destinasi membeli-belah untuk warga Jasin, Tangkak, Segamat atau Muar, bahkan ia bakal menjadi katalis pembangunan sosio-ekonomi setempat di samping memberi peluang pekerjaan kepada kira-kira 300 anak tempatan.

"Kewujudan Mydin Hypermarket di ini juga adalah sebagai melaksanakan sebahagian dari Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kerana ia bertujuan menambah baik taraf hidup rakyat kerana CSR tidak terhad hanya sekadar sumbangan kewangan atau barangan, bahkan pengertian CSR adalah jauh lebih luas termasuk dalam bentuk perkhidmatan yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai," ujarnya.


Sumber Dari FB: perjalanan saya 30.03.2013 (mohd ali rustam)
Sumber Dari Akhbar: Sinar Harian
Cerita sebelum ini: Projek Pasaraya Mydin Di Jasin.....


Rabu, 27 Februari 2013

Projek Jurassic Park Di Melaka....

jurassic Park....


Gambar Semasa Taklimat Megenai Projek Jurassic Park Di Seri Negeri Melaka....


Melaka Bakal Miliki Jurassic Park Pertama Di Asia
MELAKA: Melaka bakal mempunyai sebuah taman haiwan purba dikenali sebagai 'Jurassic Park' bernilai RM200 juta yang dirancang dibina bersama beberapa projek pelancongan lain di Dataran 1Malaysia di sini.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata destinasi pelancongan yang pertama seumpamanya di Asia itu akan mempamerkan 200 spesies dinosaur melalui kaedah hidrolik dan elektronik.

Beliau berkata Jurassic Park itu akan dibina bersebelahan dengan sebuah lagi taman tema iaitu Melaka Sea World, melibatkan kawasan seluas 12.1 hektar yang akan dilaksanakan secara usahasama oleh Yayasan Melaka dan syarikat swasta, Eden Incorporation Berhad.

"Perbincangan mengenai projek ini berjalan lancar dan memorandum persefahaman (MoU) dijangka ditandatangani pada Mac depan," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat mengenai projek tersebut di Seri Negeri di sini, Isnin.

Katanya Jurassic Park itu dijangka siap dibina dalam tempoh dua tahun selepas MoU tersebut ditandatangani.

Mohd Ali berkata Jurassic Park itu dijangka mampu menarik lebih satu juta pelancong setahun.

Sementara itu, beliau berkata kawasan Dataran 1Malaysia turut akan menempatkan Melaka Sea World yang akan dilengkapi galeri ikan paus terbesar di negara ini di atas tapak berkeluasan 60.7 hektar.

Beliau berkata projek lain yang turut dibina di kawasan tersebut termasuk Dataran Peta Malaysia bernilai RM2 juta, 21 restoran bas dan 20 chalet bas bernilai RM2.7 juta serta tiga padang bola bernilai RM1.4 juta. - BERNAMA

Projek E-Masjid Di Melaka....



 Gambar Iklan Internet Di Masjid Al-Azim Melaka....

 Gambar Semasa Orang Awam Memgunakan Internet Di Masjid....



MELAKA – Kesemua 187 buah masjid di Melaka akan dilengkapi perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar (WiFi) menjelang pertengahan bulan depan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, perkhidmatan terbabit dapat memberikan kemudahan Internet secara percuma kepada pengunjung yang berkunjung ke masjid bagi mendapatkan informasi terkini antara lain berkaitan hal ehwal Islam, kegiatan harian masjid dan teks khutbah.
Beliau berkata, perkhidmatan itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka, Jabatan Mufti Melaka, Bahagian K-Ekonomi Melaka, Melaka ICT Holdings dan Telekom Malaysia Berhad bagi mengukuhkan program e-Masjid.
Ia membabitkan peruntukan sebanyak RM1,971,972.
“Daripada 187 buah masjid itu, sebanyak 10 buah sudah siap dipasang perkhidmatan WiFi dan boleh digunakan sepenuhnya oleh pengunjung dengan kapasiti kelajuan 4mbps serta boleh melayari Internet sejauh jarak 300 meter,” katanya kepada pemberita.
Beliau merasmikan majlis Multaqa Perdana Islam dan Karnival Masjid kawasan Parlimen Bukit Katil hari ini.
Mohd Ali juga berkata, anggaran kos perbelanjaan bagi kerja-kerja membekal, memasang, menguji dan menyelenggara kelengkapan ICT bagi semua masjid melalui perkhidmatan WiFi tersebut ialah RM54,777 sebulan.
Setiap masjid dicaj RM160 sebulan bagi perkhidmatan WiFi tersebut dengan para imam dan jawatankuasa masjid dilatih bagi menguruskan sistem portal masjid masing-masing dengan pemantauan pegawai Melaka ICT Holdings, katanya.
“Setiap masjid juga akan membayar RM50 sebulan supaya portal mereka sentiasa dikemas kini termasuk dari segi pangkalan data, kegiatan harian, khutbah jumaat dan pemantauan akaun masjid,” tambahnya.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri turut menyumbang satu set komputer bagi setiap masjid untuk kegunaan khas masjid memperoleh informasi terkini berkaitan isu yang melibatkan perkembangan masjid di seluruh dunia.
 –Sumber Dari  BERNAMA

Sabtu, 23 Februari 2013

Projek Perkampungan Hang Tuah Hampir Siap....


Muzium Hang Tuah & Auditorium....


Balai Adat & Kebudayaan....

Rumah Lima Bersaudara......


Rumah Hang Tuah....

 Rumah Hang Jebat....

Rumah Hang Kasturi....

 Rumah Hang Lekir....

 Rumah Hang Lekiu....


Rumah Melayu Tradisional Melaka....


 Gerai Makan....

 Pentas Silat Utama ....

 Gelanggang Silat....

 Rumah Kuda....

Stesyen Kuda Dan Kaunter Tiket....

Tandas Awam....
Sumber Gambar Dari: klik sini....

RANCAK DIBINA... Projek pelancongan yang dinamakan "Perkampungan Pahlawan Laksamana Hang Tuah, pahlawan terbilang Melaka" dibina di kawasan seluas 40 hektar di Kampung Duyung di sini dengan nilai RM132 juta sedang giat dijalankan. Kampung Duyong dipilih kerana ia dipercayai merupakan kampung asal dan tempat Hang Tuah bermastautin selain menjadi sebutan dalam hikayat lama seperti Lagenda Sungai Duyong.Perkampungan tersebut dibina menerusi satu perancangan bersepadu menggabungkan identiti budaya, seni bina dan tradisi itu dijangka siap sepenuhnya pada Mac depan yang dijangka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan di jangka akan menarik 2,000 pengunjung sebulan setelah siap dibina kelak.Pembinaan projek itu melibatkan beberapa fasa dengan fasa pertama melibatkan kawasan seluas 10.4 hektar yang bernilai RM34.132 juta dan melibatkan pembinaan struktur-struktur baru yang lebih tersusun manakala struktur sedia ada akan dibaik pulih dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
Sumbar Dari FB Bernama....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...